Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)" (An Nuur:26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai ajaran Islam dan Sunnah NabiNya. Jadilah lelaki-lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
Pastinya perasan Apex kini sedang bahagia dan lega apabila segala-galanya telah selesai.
Bercakap tentang itu, tiba-tiba teringat bekas tunangnya, Aimie Harmelia atau Elia.
Di mana dia sekarang agaknya?
Kesempatan membaca blog Elia mendapati Elia juga sedang bahagia dengan kehidupannya sekarang.
Syukurlah kerana dia sangat positif dan tidak terbawa-bawa dengan kesan daripada cinta yang tak kesampaian itu.
Oh yea, dalam entry terbarunya, Elia berkongsi kegembiraannya sempena majlis konvokesyen UITM baru-baru ini.
Menurut Elia, dia sudah berjaya mendapat diploma dan kini sedang berusaha untuk mendapatkan ijazah pertama pula.
Tahniah Elia! Sekurang-kurangnya anda mempunyai sesuatu untuk dijadikan harta di dalam hidup dan ianya amat berharga.
Walaupun pernah dikecewakan, tetapi dengan semangat yang ada dan sokongan daripada keluarga, akhirnya Elia berjaya.
Lagipun Elia masih muda. Masih jauh lagi perjalan yang harus ditempuhi.
Benarlah, setiap manusia Allah SWT pasti uji dengan pelbagai cabaran…itu tandanya Tuhan sayangkan kita
(Surah An-Nisa’, Ayat 40)
“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipat gandakan dan memberikan dari sisiNya pahala yang besar”.
5 comments
ada yang lebih baik dr apek utk akak jejariruncing neh :) percayalah ..
barisan pertama ....selalu org terlupa!
Allah itu maha mengetahui, setiap yang berlaku ada hikmahnya, Insya Allah
takpe... dia akan dapat lelaki yang jauh lebih baik daripada yang sebelum ni.InshaaAllah :)
Walaupun die sentiasa doakan saya agar jumpe lelaki terbaik, namun saya tetap mendoakan kak elia berjaya dalam karier and life ...;)