Sebarkan pada seluruh 'awek-awek' di Malaysia.



Adakalanya terlalu sukar untuk dilakukan apa yg pernah kita tuturkan. Tapi harus kita lakukan demi mencari sinar kebahagian dalam kehidupan. Walau tidak terus berdiri dan berlari, moga 1hari nanti dengan IzinNya mampu jua kita tunaikan. Ikhlas demi mencari keredhaan.


niat + cakap + tulis + buat = amalkan dgn istiqomah..Insya'allah..(motivasi diri utk langkah yg pertma)

Ikutkan nafsu, banyaklah makannya,
Banyak makan, banyaklah daging yang tumbuh,
Banyak daging banyak pula isinya,
Banyak isi berat tubuhnya,
Berat tubuh, lesu bandannya,
Lesu badan, malas mahu bergerak,
Malas bergerak, kurang ibadahnya,
Kurang ibadah, kurang pula pahalanya,
Kurang pahala, banyak masa kosongnya,
Banyak masa kosong dekat pula dengan dosa,

Banyak dosa, gelaplah hatinya,
Gelap hati dekatlah dengan maksiat,
Banyak maksiat, tidak mahu bertaubat,

Kata Nabi saw: "Fan-naari aulabih"


"Fan-naari aula bih" maksudnya: Neraka lebih layak untuknya.


Sampai satu masa, kita akan diuji dengan apa yang kita tuturkan; diuji dengan apa yang kita pernah tulis.

Sampai satu masa, kita sendiri akan mengalah, bahawa apa yang aku ingin orang lakukan, aku sendiri tak mampu lakukan.

Adakah ini pesan Allah swt: "Besar kemurkaan-Ku pada manusia yang berkata namun tidak menunaikan" (Surat As-Saff)


Nota pesanan khidmat masyarakat  - Kalau bercouple, jadilah 'awek' yang tegas dan berdisiplin. Tegur-menegur jadikan amalan. Kalau ditakdirkan mati, biarlah husunul-khotimah. 

Langgar lampu isyarat dan peraturan jalan raya bukan macho namanya!

kenapa tiang lampu isyarat tak nak pulak dia langgar sekali kan .. .sebarkan pada seluruh 'awek-awek' di Malaysia. Kalau langgar, dia tahu, langgar tak kembali ..

Kalau sudah tertulis jangan bising, maknanya ketawa dan bercakap jauh sekali. Jika sudah dilarang dekati zina, usah berlagak lebih pandai daripada ALLAH.

p/s-100 kali peringatan buat diri sendiri.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


7 comments

24 Disember 2012 pada 8:14 PTG

Ya ya, awek tidak perlu terlalu lembut hati dengan kekasihnya sehingga maruah pun diberi.

24 Disember 2012 pada 9:23 PTG

betul tu..tapi biasalah manusia kalau undang2 dunia takut sangat dilanggar tapi undang2 yg telah ditetapkan Allah....langgar rasa mcm tak bersalah je..kan? nauzubillah

KY suka kata2 kat atas tu

24 Disember 2012 pada 9:41 PTG

setuju :)

24 Disember 2012 pada 10:49 PTG

Sangat setuju^_^

Tanpa Nama
24 Disember 2012 pada 11:03 PTG

:(

24 Disember 2012 pada 11:23 PTG

bila hati dh sayang maruah pon senang tergadai :(

24 Disember 2012 pada 11:41 PTG

thanks for sharing this :)
reminder for us

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.