*cita-cita 2 tahun lagi kena KIV dulu. -,-
Dalam hidup ni,
ada banyak masalah yang kita hadapi.
contohnya masalah kereta rosak, cukuplah kita bincang dengan mechanic,
tak perlu pun panggil bos syarikat kereta,kan?
habis-habis,disuruh beli kereta baru .
masalah rumah tangga, tak perlu cerita pada jiran tetangga, cukuplah bincang dgn tangga,pintu rumah dan tingkap.
tangga kita, bukan tangga jiran. melainkan dah memang takde jalan lain.kena jgak
tanya tangga jiran.
hurm. pandanglah masalah tu macam lada. kalu tak pedas langsung, tak sedap, tp klau pedas sangat, menangis kita.
faham tak?
thanks masalah, sebab melalui kau, manusia jd matang.
;)
;)
Kalau tengok post post dulu macam alahai, hingusan betul aku ini, dengan yakinnya mengutarakan pendirian sendiri. Takpelah, what happened before make myself today, kan?Aku bagi peluang dekat diri. :p Tak adalah nak cakap hari ini aku matang bebenar, tak matang pun. Biasa saja. Cuma rasa alahai, time dulu-dulu rasa macam tahu ini tau itu, rasa dah cukup bijak nak buat keputusan padahal masih banyak lagi mengenai kehidupan yang aku tak tahu, yang masih perlu dan sedang aku pelajari.
Berakhlak mulia memerlukan kekuatan untuk mengamalkannya secara berterusan. Bukan semata mata untuk mengambil hati orang tetapi kita buat ikhlas kerana mengikuti sunnah Rasulullah dan perintah Allah.
Sebab aku sedar. Bila pergi rotation mana mana di sini, orang Islam bukan majoriti dan terselitlah diri aku ini dalam kalangan orang orang bukan Islam which then, I came to a point of a realisation yang aku adalah seorang duta, bukan duta produk kecantikan tapi duta kecil Islam. Ada hati nak jadi duta produk kecantikan?Perah santan. Anyway, yeap. Aku pakai tudung, tudung is a religion statement yang aku seorang muslim yang Tuhannnya Allah, dan Rasulnya Muhammad SAW.
mostly sahabat-sahabat aku di sem baru ni semuanya dari berbilang bangsa,dan tak tahu Islam itu apa, yang mereka tahu, Islam adalah agama yang terpalit dengan keganasan seperti yang diwar-warkan dalam media massa. Okay sekarang aku serius terasa aku sedang buat esei BM untuk SPM.

But its okay.
Bukan selalu :p. Apa yang aku belajar from orang yang baru revert to Islam, mereka berpesan supaya orang Islam mengamalkan akhlak yang mulia, itu sudah cukup untuk mulai menambat hati mereka terhadap Islam. Tak perlu tunggu untuk diri mampu memberikan penerangan/ hujah hujah yang mantap bernas mengenai Islam untuk berdakwah, tapi hanya cukup dengan berakhlak mulia sebagai permulaan.
Dengar macam cliche sajakan. Berakhlak mulia. Nilai-nilai murni. Yang sering diulang-ulang dari kecil sampai besar tak sudah sudah. Hormati ibubapa, hormati guru guru dan rakan- rakan. Kita tahu tapi kita tak ambil pusing sangat sebab its a routine advice, balik balik benda sama. Tapi cuba kita duduk diam and fikir. Kita kadang selamba saja kutuk cikgu, mak ayah kita tanpa kita sedari, kita fikir tak ada apa. Standardlah itu kita kata. Padahal, orang dulu dulu even nak lunjurkan kaki ke arah tok guru pun dah kira tak beradab. See even benda sekecil itu pun termasuk dalam akhlak sebab daripada small-small little things itulah datangnya keberkatan daripada Allah dalam apa jua kita lakukan.
Aku di sini bukanlah sempurna untuk membebel mengenai segelintir orang lain, tapi aku di sini sendiri pun masih terkontang kanting untuk membebel dekat diri sendiri. Mengingatkan diri apa yang priority dalam kehidupan ini. Tapi apa salahnya aku sharekan bebelan untuk diri sendiri dengan orang lainkan so kita ramai ramai boleh same same start bebel dekat diri sendiri. :p

Awat complicated sangat ayat ini. Huhuhu. Anyway,
"Semoge Allah membahagiakan kamu dan saya dalam keredhaanNya.insyaAllah. Ameen ya Rabb."
[Imam Ghazali RA]
okbai maghrib dah!
Selamat Tahun Baru 1 Muharram 1434 Hijriah.
"Semoge Allah membahagiakan kamu dan saya dalam keredhaanNya.insyaAllah. Ameen ya Rabb."
[Imam Ghazali RA]
okbai maghrib dah!
Selamat Tahun Baru 1 Muharram 1434 Hijriah.
5 comments
terima kasih sebab segala ingatan awak tu memang berguna juga untuk orang lain termasuk saya... terima kasih juga sebab sentiasa menjadi buku panduan saya :)
assalamualaikum .
akak . nih . nk tny . hari tu saya ada pergi ceramah . ustazah tu cakap . ' ya Allah , Kau KIV kan dia untuk aku '
KIV tu maksud dia apa ?
saya ada jugak message ustazah tanya . tapi dia tak reply . harap akak reply komen ni . terima kasih :)
@A
waalaikumussalam dik A. maksud KIV ialah keep in view. :)
entri berisi. terima kasih atas peringatan. akhlak itu cerminan kehidupan. dalam meniti hari kematangan akan lahir, sedikit2. inshaallah. salam kenal. free2, mi jmput singgah blog
heheh...sama2 lah kita saling ingat mengingati tanda kasih sayang dan untuk muhasabah diri kita juga cik Lin ^^