Omar,Bayi Maut Dapat Simpati Dunia




Gaza – Kematian seorang bayi berusia 11 bulan yang juga anak kepada jurukamera BBC akibat serangan Israel, telah mencetuskan simpati orang ramai selepas gambar Jihad Misharawi memangku anaknya sambil menangis tersebar di internet.

Beribu-ribu mesej simpati telah diterima Jihad dalam internet, termasuk kecaman ke atas BBC yang hanya membuat laporan yang minimum terhadap pembunuhan berkenaan.



“Apabila BBC sendiri tidak mempedulikan nasib anak kepada jurukameranya, apa lagi harapan untuk Palestin” demikian tulis satu blogger intifada dalam internet yang melihat BBC langsung tidak menghiraukan kematian tersebut.

Selain itu, media portal Al-Bawaba turut menghentam keras BBC kerana melaporkan Israel melakukan serangan itu bagi mensasarkan pengganas di Gaza.

“BBC gagal melaporkan bahawa bayi berusia 11 bulan itu juga merupakan antara kanak-kanak yang maut dalam serangan berkenaan,’’ kata media tersebut.







Sejurus menerima kecaman bertali arus itu, BBC telah membuat penerangan bahawa pada mulanya berita kematian bayi berkenaan tersebar dalam badan penyiaran berkenaan sahaja.

Malah editor BBC World, Jon Williams telah menghantar memo mengenai kematian bayi tersebut kepada semua rakan sekerjanya.

“Kami bersama dengan Jihad dan seluruh pasukan di Gaza.

Ia merupakan satu detik yang amat menyedihkan dan sukar bagi seluruh pasukan di Gaza.

Kami bernasib baik kerana mempunyai pasukan yang berani di sama. Ia merupakan satu peringatan kepada cabaran yang terpaksa dialami oleh rakan sekerja di sana.

Satu artikel dalam laman web BBC juga turut menyiarkan video Jihad bersama anaknya dengan keterangan `Apa yang anak saya lakukan hingga menerima nasib sebegini rupa’.

Bayi tersebut, Omar, maut selepas bedilan ganas Israel telah terkena rumahnya.


Omar merupakan antara 16 penduduk di Gaza yang meninggal dunia, dua hari lalu akibat kekejaman Israel itu.

Sejak Rabu juga, zionis terus membedil penduduk di Gaza dengan alasan memburu pejuang Hamas selepas berjaya membunuh komander Hamas, Ahmed Jaabari. – Mynewshub.my

*****


innalillah hiwa inna ilaihiraji'uun.

Mata saya membesar. Jantung bagai mahu berhenti.


Mereka menyangka mereka berjaya. Mereka lupa kita ada Allah yang Maha Memiliki segala. Allah yang memiliki kerajaan langit dan bumi. Allah yang menciptakan saya, kalian dan mereka.

Teruskan tembakkan doa, sahabat..

"HasbiyaAllahuni'mal wakil..ni'mal maula wani'mal nasir.."

Cukuplah Allah bagi kami. Cukuplah Allah bagi kami. Cukuplah Allah bagi kami.

*masih terus menanti khabar baru dari Gaza. Setakat ini sudah 20 orang terbunuh penuh kemuliaan. Namun masih banyak dunia yang setia mati terlena.

Recent News from Gaza: 

Names of Palestinian martyrs killed in the ongoing Israeli bloody military aggression

1 - Walid Abadlah, 2 years OLD
2 - Marwan Abu Al-Qumsan, 52
3 - Ramai Hamamd
4 - Khalid Abu Al-Naser
5 - Habes mesbeh, 30
6 - Wael Al-Ghalban
7 - Hicham Al-Ghalban
8 - Ahmad Al-Jaabari, 52, Hamas top military commander
9 - Mohamamd Al-Hams
10 - Ranan Arafat, 5 years old
11 - Essam Abu El-Mazzah, 20
12 - Hani Al-Kaseeh, 18
13 - Ahmad Al-Masha Rawi, 11 months old
14 - Hiba Al-Masharwai, 19 "woman"
15 - Mahmaoud Sawaween, 65
16 - Hanin Tafesh 10 months baby girl,
17- Faris Basyouni.
18- Tareq Jamal Nasser
19-Oday Jamal Nasser
20- Marwan Abu El Qumsan,

Janganlah Bersedih, Keberhasilanmu Sangat Besar

Al-fatihah.
Ingat, mereka sudah cukup banyak berkorban untuk kita. Muslim di Gaza menjadi benteng akidah kita. 

Kita cuma perlu terus menyumbang.




"barangsiapa yang tidak pernah memkirkan urusan saudara muslim yang lain, maka dia bukan dari ummatku"


Semoga Allah tidak menolak kita tepi..






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


4 comments

16 November 2012 pada 9:04 PTG

semoga Allah cucuri rahmat ke atas bayi ni...Ya Allah...mmg kisah ni meruntun jiwa...sm2 kita berdoa agar Gaza bebas dr rejim Israel! ALLAHUAKBAR!!!

16 November 2012 pada 9:48 PTG

Kisah Gaza ini mendapat ulasan dan perhatian seluruh dunia. Ya Alah please pray for Gaza.

16 November 2012 pada 11:54 PTG

Ya Allah..... Kau hancurkanlah mereka2 yang sentiasa mahu menghancurkan umat Islam... Kau hancurkanlah mereka2 yang setiap hari membunuh saudara-saudara kami di Palestin dan juga seluruh dunia.. Ya Allah... Kau hancurkanlah rejim zionis... Kau hancurkanlah rejim zionis dan sekutu2 mereka... Kau hancurkanlah tentera2 dajal yang setiap hari menindas umat Islam... Ya Allah... Kau perkenankanlah doa kami ini.. Hanya padaMu kami memohon doa dan pertolongan...amin...

17 November 2012 pada 12:03 PG

@boni kacak Allah~ dunno why ,banyak kata2 seolah2 mengekspresikan fikiran/lintasan hati/pendapat saya, yang saya gagal terjemahkan dgn kata2..:(

amiin atas doanya..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.