Basic




Dua benda basic, jangan sekali-kali lupa.

Cinta yang mendalam bukan penyebab untuk orang lain mendapat hidayah. Begitu mendalam cinta Rasulullah SAW terhadap bapa saudaranya yang kafir, Abu Talib, namun Abu Talib tetap meninggal dunia dalam kekafiran.


Hidayah dan taufiq tidak bertempat, tidak mengira bangsa, taraf dan keturunan. Abu Jahal yang merupakan keluarga Nabi (dari keturunan Bani Hashim), mempunyai kekayaan dan pengaruh, tinggal di Mekah, pun tidak diberikan hidayah. Tetapi Salman al Farisi, yang datang jauh dari Parsi, miskin dalam musafir, bukan bangsa Arab dan berketurunan agama majusi, dikurniakan hidayah untuk memeluk Islam. 


Kata kuncinya, adalah CARI hidayah dan Allah akan berikan taufiq.


nak conteng sikit.


Dalam rancangan agama di tv, ada orang tanya kepada kepada panel ustaz yang dijemput, 'arak di dalam syurga halal, siap ada sungai arak lagi. Kenapa arak di dunia haram?' Lalu ustaz tadi pun jawab, 'jangan bandingkan apa yang ada di dunia dengan di syurga. Sedangkan Aishah zaman Nabi SAW pun berbeza dengan Aishah zaman sekarang. Apatah lagi arak di dunia dengan arak di syurga. 


Wallahu'alam.'


gud nite .tido dulu. moga tidur dalam iman.

notahati- Agama tak pernah salah cuma manusia yang salah gunakan agama.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


3 comments

15 November 2012 8:09 PG

salam maal hijrah..sha ada buat GA..sponsor femes tau..jom join http://opzzpinky.blogspot.com/2012/11/birthday-ga-by-sharina.html

15 November 2012 8:22 PG

;) nice sharing..

15 November 2012 9:16 PG

Allah S.W.T. sentiasa memberi kenikmatan pada kita didunia tetapi kita sering kali lupa pada-Nya.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.