MALWARE! menghentam blog ku!



tengok ni.


saya dah remove blog hamba allah itu.

alhamdulillah dah ok.

busuk.org pun dah kena dgn  virus jahat ni.

rasanya ramai lagi yang akan kena virus jahat ni.

solutionnya ialah remove blog yang dipapar pada  google .

sekian.


Apa Itu Malware?


Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan resiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.

Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicius’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer. Mereka mencipta Malware seperti cecacing internet dan beberapa virus lain bagi tujuan untuk menguji kemahiran komputer yang dimiliki serta ingin melihat sejauh mana kejayaan mereka menyebarkan virus yang dicipta.

Salah satu Malware yang mula-mula disebarkan adalah cecacing yang telah direka oleh seorang pelajar Cornell University, Robert Morris pada tahun 1998. Tujuan asalnya ialah untuk latihan bagi menguji dan mengukur saiz Internet. Namun telah berlaku kesilapan dalam pengekodan menyebabkan cecacing tersebut telah berupaya menyalin semula dan tersebar meluas ke beribu-ribu komputer di seluruh dunia.

Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan. Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber.

Pengguna selalunya tidak sedar, bahawa sebahagian perisian yang dimuat turun dari internet yang digunakan sebenarnya adalah merbahaya kerana penyamaran yang dilakukan. Teknik inilah yang telah digunakan oleh kebanyakan virus trojen. Teknik yang dikenali sebagai ‘rootkits’ menawarkan penyembunyian Malware daripada pengetahuan pengguna dan menghalang daripada dikesan oleh program anti virus.

Kemunculan lebih banyak rangkaian sosial seperti YouTube, MySpace dan sebagainya akan menggalakkan lagi penyebaran Malware. Penyebaran ini juga boleh berlaku melalui pautan pada ruangan forum, sembang talian, pautan video dan ruangan berita.

Malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


10 comments

13 November 2012 pada 3:07 PTG

penah kena jugak.cepat-cepat remove link blog yg jadi perumahnya tu.=(

13 November 2012 pada 3:10 PTG

blog apa yg ada malware tu? berjangkit dari busuk ka cik lin?

13 November 2012 pada 3:15 PTG

@Wana Owen assalammualaikum wana. ye betul apa yang wana buat tu.

13 November 2012 pada 3:20 PTG

@Taufik blog mohdnaser.com entahlah kenapa jadi macm tu..saya dah remove blognya dari bloglist. saya godek2 tentang malware di Busuk.org. ada artikel tentang malware kat situ,blog mohdnaser.com pun ada komen kat situ.tiba-tiba malware detected dah.

13 November 2012 pada 3:39 PTG

Patut lah dua hari lepas waktu BW banyak blog kena malware nie. Ingatkna laptop fie yang probs.

13 November 2012 pada 3:47 PTG

Macam2 yer.... mungkin blog hamba Allah tu dipergunakan oleh virus malware kot...

13 November 2012 pada 3:51 PTG

@fifie blog fie di serang malware jugak?

13 November 2012 pada 3:52 PTG

@C'Jai wallahualam..mohon blog hamba allah itu dapat beri pencerahan.. mungkin dia juga mangsa virus jahat ni.

13 November 2012 pada 3:59 PTG

ya ka... abes mcm mna kita nak tahu yg bloglist kita tu dioarang kena malware tu? kan kita kena remove diorang kan... :)

13 November 2012 pada 3:59 PTG

ya ka... abes mcm mna kita nak tahu yg bloglist kita tu dioarang kena malware tu? kan kita kena remove diorang kan... :)

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.