Luahan seseorang di laman maya. Sangat menarik untuk di baca.
Semoga Allah perkenankan hasrat hatinya. :)
"Sabtu.
Saya selalu akan teringatkan dia.
Kerana setiap sabtu.
Saya akan nampak dia.
Dia bagaimanapun.
Takkan perasan saya selalu tengok dan nampak dia.
Kerana dia sangat menjaga pandangannya.
Ini kisah Tuhan campakkan sesuatu dalam hati manusia.
Dan sesuatu itu buat kita mahu berubah.
Walaupun dia tak pernah tahu dan kenal kita siapa.
Saya kagum.
Dia yang menjadi tukang goreng ayam rempah.
Bayangkan kuali panas, minyak panas, dan perlu menggoreng dalam jumlah yang banyak.
Dia pakai purdah, stokin lengan, jubah dan tudung labuh!
Kadang-kadang saya risau.
Selalu saya suruh sesiapa saja yang ada dengan saya untuk beli nasi lemak ayam goreng rempah yang diusahakan keluarganya.
Walaupun jarak saya dan gerai itu hanyalah 50 meter.
Saya malu.
Dan di rumah, saya akan makan nasik itu dengan penuh tertib.
Sedap.
Lebih sedap ayamnya.
Sebab dia yang sediakan.
Kata adiknya (tak pasti adiknya, sepupunya, atau abangnya) yang merupakan kenalan saya, sepanjang bekerja itu gadis itu akan berzikir.
Patutlah ayam itu sedap.
Saya mahu jadi baik.
Kalau tak dapat baik macam dia pun, baik macam orang yang baik jadilah.
Sebab nanti bila saya tegur dia, saya mahu cakap perkara yang baik-baik sahaja.
Oh saya kenal dia.
Sejak zaman sekolah.
Dia ada senyum manis.
Dan senyumnya mahal.
Dia cuma senyum pada ahli keluarga, cikgu, teman perempuan.
Dia jarang senyum pada lelaki.
Bukan sombong.
Adiknya yang kenalan saya itu kata, dia malu.
Nanti dia akan dituduh bukan-bukan sebab senyum sama lelaki.
Saya jadi terharu.
Dia tak tahu.
Saya kagum."
2 comments
Cinta sejati sukar ditemui :)
manisnya. Insyallah syurga tempat perempuan tu :)