Tak payah tayang dalam facebook.





Saya pelik dan hairan kenapa semuanya nak ditunjukkan dalam facebook. Apa punya perangai macam ni? Hilang akal ke apa? Manusia sudah hilang malu. Malaikat dah rakam dan catat semua, kamu tunggu je mati. Tak payah tayang dalam facebook.

Saya hairan dengan manusia. Kalau kita letak status seperti demam, tak sihat, sakit, family sakit, saudara-mara meninggal, adik-beradik masuk hospital, ada manusia yang sanggup dan sampai hati untuk tekan 'like'. Adakah mereka ini tidak berakal atau tiada simpati dan empati? Adakah mereka suka ('like') kita demam, sakit, family sakit, saudara-mara meninggal, adik-beradik masuk hospital? Belajarlah menggunakan common sense, akal dan naluri kemanusiaan anda. 'use your brain, genius. u ain't stupid.' Manusia sekarang ini sudah gila !!! Kegilaan facebook satu hal, kegilaan 'like' sana sini pun satu hal.


Ketika Tuhan melindungi aib kita, maka ingatlah juga untuk melindungi aib orang. Melainkan tanpa pendedahan aib itu, masyarakat rosak binasa.

Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (ar Ra'd 13:11). Ayat ini sebenarnya bermaksud perubahan positif kepada negative. Apabila manusia berpegang dengan Islam (al Qur'an dan Sunnah), Allah tidak akan mengubah nasib baik manusia daripada mulia kepada hina. Seandainya kita meninggalkan Islam, nasib kita akan menjadi hina. Sesiapa yang berpegang teguh dengan Islam, Allah pasti tetap muliakan mereka di muka bumi ini.

Dimana kita letakkan Allah, disitulah Allah letakkan kita. Jika kita letakkan Allah diatas, maka Allah meletakkan kita diatas, supaya kita tidak ditindas. Allah seperti sangkaan hambanya.

Notahati-Tidak penting pun orang anggap kita baik. Yang penting ialah menjadi baik. Bukannya mengada-ngada tunjuk baik depan orang, depan facebook atau dalam blog sekalipun.

okbai.
Selamat Malam.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


16 comments

25 Disember 2012 2:34 PG

nmpk sgt dh hlg akal. .astaghfirullahalzim. .

25 Disember 2012 5:53 PG

Yang like tu pula macam suka je budak tu buat benda tu. Apalah.

25 Disember 2012 7:37 PG

astaghfirullahalzim.... bila rasa malu dan takut pada ALLAH , dah hilang , camni la jadinye...

25 Disember 2012 7:44 PG

maybe dia main-main je..Sy pon plik gak tulis apa-apa pon di fb msti ada org like, skali pon tlis 1 patah perkataan..

25 Disember 2012 9:15 PG

bila malu dah hilang..inilah jadinya jaja cerita dalam kain sendiri..malu akak nak baca tau !!..mg mereka cepat matang !!

25 Disember 2012 11:22 PG

subhanallah
kita doa kan dia dapat hdayah :)

25 Disember 2012 11:44 PG

yg like tu pun.. sama2 takder akal.. mnyokong bnda maksiat. nauzubillah ~

25 Disember 2012 1:36 PTG

macam2 kan skrang peel dyeorg ni awk??apa yg cuba dye tonjolkan pun tataw ;)

25 Disember 2012 1:37 PTG

Kadang diorang ni dah hilang rasa...
Orang sakit,meninggal pun nak like....
Bukannya benda happy pun.....

Pastu yang kuar status ni memang hilang akal...
Benda dalam kain, tak payah lah nak cerita kat umum....
Dah buat, simpan je sensorang....
Elok sangat nak cerita hal dalam kain tu???
Minra dijauhkan lah.....

25 Disember 2012 2:11 PTG

isk3.. macam dah tak ada benda lain nak post! nauzubillah..

25 Disember 2012 2:45 PTG

aishhh adik sendiri pulak yg duk p ceta..aishhh malukan family jaa

25 Disember 2012 3:05 PTG

Dah penghujung zaman..

25 Disember 2012 3:54 PTG

emm..utk like perkara spt diats adlh sangat bodoh rasanya..tp xbermakan setiap like yg kita buat tu mcm suka dgn status tsbt..ini pndpat cik blog agknya..pndapt saya lak,xbermakna org yg like status psl perkara kematian,kshatan dsb,bermakna org tesbt suka dgn perkara tstb.mgkin dia like sbg mengucapkan terima kasih sebab smpaikan berita tsb.itu niatnya..so,bersangka baik lebih baik agaknya..maaf kalau komen sy membncikan ;)

25 Disember 2012 11:45 PTG

Astaghfirullah...hai la manusia zaman skang ni.. Dh makin caca marba perangainya

25 Disember 2012 11:54 PTG

??????????????????????????????

26 Disember 2012 12:16 PTG

betol tu..
kadang2 tak baca apa intipati terus je like..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.