Perempuan kau kalah, sudahlah kau tak cantik,” katanya pada status yang dimuat naik pada 10 Mac 2015 lalu.
Caption gambar yang dimuat naik oleh Que itu mengundang kritikan orang ramai yang mengelarnya perampas suami orang. Que pada hari yang sama juga turut memuat naik status yang lain;
“Salahkah aku mencintai suami orang sedangkan dia sanggup ceraikan isteri dia demi aku. Terbukti dia lebih cintakan aku,” katanya.
Perkahwinan bekas isteri, Siti dan lelaki yang bernama Aswad itu telah terjalin selama 13 tahun dikurniakan seorang anak perempuan, hancur begitu sahaja kerana kehadiran orang ketiga.
Siti, hanya mampu membiarkan bekas suaminya berlalu pergi.

******
Cuma sedikit pesanan buat pasangan yang akan berkahwin atau pun yang sudah juga peringatan buat diri sendiri yang selalu diulang-ulang, agar kita sama-sama belajar menjaga rahsia rumahtangga dan menghormati perasaan manusia lain.
Tidak perlulah berkongsi cerita, "bahagianya bangun tidur apabila ada orang yang dikasihi di sebelah", "rindunyee dengan suami walaupun baru je berpisah sekejap.", "hari ini saya masa nasi lemak untuk hubby. seronok makan berdua", "b, bila nak balik? sayang tengah rindu ni.." dan pelbagai lagi status.
Apatah lagi berkongsi gambar di majlis atau di luar majlis dengan pelbagai gaya dan lentokan. Ya, kita telah bernikah. halal untuk memeluk dan memegang tangan pasangan. Tetapi tidaklah membawa apa-apa kemaslahatan untuk dikongsikan gambar-gambar romantik itu untuk tatapan manusia lain. Memperkenalkan pasangan boleh, berkongsi gambar berdua boleh, tetapi pastikanlah malu bersama-samanya. Bukankah malu itu sebahagian dari iman? Cukuplah gambar-gambar romantik itu menjadi simpanan peribadi untuk tatapan kita sendiri.
Generasi kita telah banyak dirosakkan dengan zina dan tidak malu dengannya. Maka selagi terdaya, bersama-samalah kita banteras gejala anak-anak muda beriman dari fenomena bergedik imam-makmum-tulang rusuk dengan tidak menyemarakkan mereka melihat berahinya pada sebuah pernikahan yang sesungguhnya bersamanya berjuta tanggungjawab yang berat.
Pasangan itu adalah pasangan kita. Tetapi dunia alam maya ini dan pendidikan sosial ini adalah milik kita bersama. Tidak terjejas sedikitpun kebahagiaan jika kita tidak berkongsi segala cerita dan ayat manis di alam maya ini.
jawapan dari sang isteri.
Tetapi yang sebenarnya, alam rumahtangga itu indah kerana saling berusaha membahagiakan. Rumahtangga itu adalah alam berusaha memberi semaksima, berusaha sabar semaksima, berusaha mencari semaksima persamaan dalam perbezaan, dan berusaha mencari segala asbab untuk mencintai orang yang sama semaksima tanpa jemu, berulang-ulang. setiap hari dan setiap saat.
Rumahtangga adalah alam yang berat, maka janganlah berbual dan melihatnya dalam kegedikan, wahai anak muda beriman.
3 comments
Kesiannya . hurm .
Kiamat sudah dekat kita jumpa di sana
Kiamat sudah dekat, kita jumpa di sana