UPDATED : LAHAD DATU TERKAWAL, ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BERJAYA PERTAHAN KEDAULATAN NEGARA


Perintah berkurung telah dikenakan di bandar Lahad Datu dan kawasan sekitar dari pukul 4 petang semalam, lapor Mstar berikutan pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sulu di kampung Tanduo selepas pencerobohon selama 23 hari.

Seorang jurucakap polis berkata, perintah berkurung itu bagi memastikan keselamatan awam.

“Ia merupakan langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Kami berharap orang ramai dapat mengikutinya dan memberi kerjasama dengan pasukan keselamatan,” katanya.

Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina ke Lahad Datu dari 9 Februari himgga 1 Mac.

9 Februari – Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Februari – Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Februari – Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

1 Feb – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina.

Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

14 Februari – Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.

16 Februari – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat ‘Kesultanan Sulu’ dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.

Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu’antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Februari – Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Februari – Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26 Februari – Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Februari – Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 ‘tentera diraja’ meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac – Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera. Manakala dua belas penceroboh bersenjata turut terbunuh.

BANDAR LAHAD DATU: AMBULAN TENTERA BERSEDIA MEMBERI PERKHIDMATAN , 

Berita khabar angin yang bertiup khususnya di bandar-bandar Lahad Datu, Semporna dan Sandakan menyebabkan tahap keselamatan rakyat Malaysia di sini agak kelam-kabut. Beberapa kedai ditutup termasuk pejabat kerajaan. Begitu juga di Semporna, cuti kecemasan terpaksa diberikan apabila khabar angin bertiup kencang kononnya berlaku peperangan besar di bandar Lahad Datu.
 kedengaran bunyi ambulan tentera dan road block dibuat di kawasan strategik, namun Angkatan Tentera Malaysia telah berjaya mengawal keadaaan.

Kesemua penceroboh berjaya dipatahkan. Keselamatan Rakyat kita di sini lebih utama dan lebih penting Kedaulatan Negara kita berjaya dipertahankan.


TENTERA MALAYSIA TEKUN DAN SABAR MEMASTIKAN RAKYAT MALAYSIA DI LAHAD DATU HIDUP DALAM KEADAAN TENANG DAN TENTERAM


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

2 Mac 2013 pada 11:46 PG

Harap semua orang sama doakan keselamata semua orang yang terlibat...
Amin~

2 Mac 2013 pada 11:54 PG

Kawan Kc duduk Sandakan, tak berapa jauh dari Lahad Datu. Memang kelam kabut keadaan di sana sebenarnya. Kita doakan agar saudara mara kita disana berada dalam lindungan serta kasih sayang Allah SWT. Amin.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.