Dr Asri Jelaskan Kenapa Beliau Ambil Keputusan Tidak Sertai PRU-13



Dr Mohd Asri.

Alhamdulillah. Dr Asri membuat perkiraan yang sesuai dengan realiti politik masa kini di Malaysia. 'Ulama adalah milik ummah, bukan mana-mana parti atau jemaah. Teruskan berbakti, melakukan semak-imbang (check-and-balance) terhadap sistem dual blok parti politik di negara ini. Dr Asri diperlukan untuk menghilangkan ketaksuban rakyat terhadap parti dan kembali kepada al Quran dan Sunnah. Tajdid.

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan pendiriannya untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti adalah kerana tidak mahu berpihak kepada mana-mana parti agar beliau dapat memberi sumbangan dari segi pandangan dan pemikiran yang bebas daripada ikatan kepartian.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat demi keperluan yang lebih adil terhadap pasca PRU-13 yang dilihat sebagai satu landskap politik paling penting.

“Ia (pasca PRU-13) bakal dilihat sebagai sesuatu yang luar biasa, menyaksikan persaingan dalam politik. Saya mahu memberikan sumbangan yang signifikan dalam hal politik negara.

“Oleh itu, saya perlu berperanan sebagai golongan yang dapat memberi pandangan kepada kedua-dua belah pihak (kerajaan dan juga pembangkang),” katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.

Bekas Mufti Perlis itu pada Isnin dilaporkan mengesahkan tidak akan bertanding dalam PRU-13, sekali gus mengakhiri spekulasi banyak pihak sejak tahun 2010 berhubung pendirian politik beliau.

Turut dilaporkan, beliau yang merupakan antara tokoh agama yang disebut-sebut akan bertanding pada pilihan raya ke-13 nanti mengakui pernah ditemui oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) dan juga Pakatan Rakyat (PR).

Sehubungan dengan itu Dr Mohd Asri menegaskan, isu berhubung fikirannya berubah untuk tidak menyertai PRU-13 tidak timbul kerana tiada keputusan yang dibuat mengenai penyertaan itu, sebenarnya.

Tegas Dr Mohd Asri, beliau sekadar mempertimbangkan cadangan berkenaan.

“Ia lebih kepada mengambil pertimbangan. Jadi akhirnya keputusan saya ialah untuk tidak menyertai PRU-13. Tidak semua orang mampu menjadi wakil rakyat. Saya mungkin ada pandangan saya sendiri untuk tidak menjadi wakil rakyat.

“Saya percaya keputusan saya ini akan diterima oleh banyak pihak terutama mereka yang mengenali saya. Dengan pandangan saya nanti, ia sedikit-sebanyak dapat menetap-teguhkan aliran politik yang lebih baik selepas pasca PRU-13 nanti,” katanya lagi.

Beliau menambah, tidak ramai golongan pemikir seperti beliau bersedia dalam memberikan pandangan berkaitan dengan politik di negara ini.

“Jika saya terjun ke dalam parti, siapa pula yang akan bersama-sama dengan yang lain untuk memberikan pandangan? Saya mahu memperkuatkan golongan (pemikir) ini.

“Dan mungkin juga keputusan saya sekiranya menyertai PRU-13 itu lebih berpihak (kepada satu-satu parti). Saya mahu bersikap lebih adil, untuk kedua-dua belah pihak,” katanya.-mStar


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.