Bacalah ! Agar kita tidak diperbodohkan oleh pihak zalim dan taghut. Bacalah ! Agar kita tahu siapa yang mengkhianati Melayu dan Raja-raja. Bacalah ! Agar kita tidak terkena tipu daya 'syaitan yang dikenali.'




Dr Aziz Bari : Keistimewaan Melayu Tak Boleh Dipinda Tanpa Perkenan Raja


SHAH ALAM, 13 DIS: Masyarakat Melayu diingatkan agar tidak terus membiarkan diri mereka ditakutkan Umno-BN kononya Melayu akan kehilangan keistimewaan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran negara ini selepas pilihan raya nanti.

Ini kerana Perkara 153 (mengenai kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, Bumiputera serta juga hak kaum-kaum lain) dalam Perlembagaan Malaysia itu tidak boleh dipinda tanpa perkenan Majlis Raja-raja Melayu walaupun mendapat undian dua pertiga di parlimen.

Demikian menurut pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari ketika dihubungi TV Selangor hari ini.

“Apa yang Umno sebut itu memang merepek, tak boleh berlaku, kita pun tak faham apa yang Umno ‘spin’ sebab benda tak boleh berlaku kecuali dengan perkenan raja-raja,” kata Aziz.

Justeru, amat penting bagi masyarakat Melayu kembali mengkaji Perlembagaan Malaysia agar tidak mudah dipermainkan dengan fakta palsu Umno-BN dengan tujuan melindungi kuasa mereka.

Menurut Aziz, ketika Umno meminda Perkara 181 [2] bagi menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu dalam krisis Perlembagaan pada 1993 jelas menggambarkan sikap samseng Umno terhadap raja-raja dengan meminda perkara tersebut dengan paksaan.

“Mahathir seolah-olah menolak pindaan itu memerlukan perkenan raja-raja. Umno ini, dia seperti dahulu juga, bersultan di mata beraja di hati, dia ingat dia raja.

“Dalam PR kita tak sembrono, tak biadab macam Umno, sebab itu dia masih mainkan isu ini, tetapi masa dia memaki hamun raja-raja pun macam itu juga, dia bukan pedulikan peruntukan itu, dia tak peduli,” katanya lagi.

Aziz juga mengingatkan agar pengamal undang-undang dalam Umno agar memberikan nasihat yang betul kepada pemimpin-pemimin mereka.

“Rujuk kepada perlembagaan dan orang-orang yang tahu, kalau nak dengar cakap Umno, Malaysia ini pun dia kata boleh tukar kepada negara Kristian,” ujar Aziz lagi.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


9 comments

15 Disember 2012 pada 12:15 PG

terlalu banyak jasa umno pd agama, negara dan bangsa...melebehi setiap huruf yg terdpt di dlm entry ini...

15 Disember 2012 pada 12:43 PG

Jasa spt apa yer.memutar belit sejarah dgn menggamabrkan mereka shja pjuang kmerdekaan mcm dlm buku teks sejarah? Meningkatkan hutang kerajaan? Rasuah bleluasa..pliz..wr are not stupid utk menerima semua tu bulat2. Skrg dunia da maju..xde aoa yg blm dsorokkan dan dtipu..

15 Disember 2012 pada 12:43 PG

Jasa spt apa yer.memutar belit sejarah dgn menggamabrkan mereka shja pjuang kmerdekaan mcm dlm buku teks sejarah? Meningkatkan hutang kerajaan? Rasuah bleluasa..pliz..wr are not stupid utk menerima semua tu bulat2. Skrg dunia da maju..xde aoa yg blm dsorokkan dan dtipu..

15 Disember 2012 pada 12:55 PG

@faizi men'tuhan'kan bangsa. macam-macam gejala akhir zaman ini.

15 Disember 2012 pada 1:24 PG

bukan men'tuhan'kan bangsa...tapi Allah tak menciptakan sesuatu itu sia2 termasuk lah bangsa...

15 Disember 2012 pada 1:32 PG

@Ayie AbasSuatu kaum/bangsa tak kan berubah kalau bukan dirinye sendiri mahu brubah:)

15 Disember 2012 pada 1:41 PG

Walau apa pun jadi orang melayu jgn taksub dgn politik smpai memecahkan bangsa sendiri. Benda yang baik diburukan dan benda buruk dibaikkan. Sama2 la kita fikir. Orang bukan Islam sentiasa ingin memecahkan orang Islam melalui bentuk penjajahan pemikiran mereka.

15 Disember 2012 pada 2:14 PG

@Jia Rizaira sohih jiddan.. :)Jalannya adalah al-quran..Fahami lah benar2 ayatnya.

Tanpa Nama
15 Disember 2012 pada 11:18 PG

Sebelum cerita perlembagaan, capai kata sepakat pasal hukum hudud yang selalu dijadikan senjata untuk menyerang kerajaan. Aku sayangkan agama aku dan aku masih waras tentang agama. Aku selalu berharap agar islam benar2 tertegak di malaysia . Jauhi sifat bermusuhan. Kerana tiada kesatuan dalam permusuhan. Amat malang kalo permusuhan disebabkan oleh kuasa. Matlamat utama masih jauh untuk dicapai.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.