Tajuk Buku Rosmah: Aku Wanita Malaysia Pertama Ada Handbag Termahal Di Dunia


Cadangan tajuk buku Rosmah meletup di Twitter!

KUALA LUMPUR: Pelancaran buku biografi, Datin Seri Rosmah Mansor semalam menjadi antara topik paling popular di kalangan pengguna media sosial Twitter sejak semalam.

Dengan hashtags "#TajukBukuRosmah" atau "#RosmahBookTitle", masing-masing pengguna cuba memberi cadangan judul buku yang bakal diterbitkan pertengahan Januari depan itu.

Beribu cadangan tajuk dikemukakan termasuk ada yang bersifat sinis terhadap isteri Perdana Menteri itu yang boleh dikatakan sering mengundang kontroversi dalam politik Malaysia.

Antara cadangan sinikal yang dikemukan seperti dalam imej 'print screen' berikut:



Harakahdaily bagaimanapun mengkaburkan nama pengguna bagi mengelak kaitan perundangan.

Buku biografi Rosmah itu dilancarkan semalam dengan Penasihat Penerbitannya adalah Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Buku itu didakwa "bakal menjawab secara telus" isu serta dakwaan fitnah yang dikaitkan dengan isteri perdana menteri itu.

Ianya akan diterbitkan oleh Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM). -HD

***

Notasiku- Ibnu Mas'ud berkata, 'engkau tidak layak menyampaikan sesuatu yang tidak sesuai dengan kadar kemampuan otak mereka. Jika tidak, engkau akan menimbulkan fitnah pada sebahagian orang itu.'

Jangan sibuk nak tunjuk kita ini hebat dengan bercakap bahasa yang tinggi-tinggi baik bahasa Arab atau English. Nampak bajet hebat, tetapi sebenarnya poyo.

Maafkan saya sebab post ini tiada pengisian.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


13 comments

11 Disember 2012 pada 7:30 PTG

banyak tajuk kontroversi tu. sekali lagi rosmah mencetuskan fenomena wakaka

11 Disember 2012 pada 7:43 PTG

macam2 la

11 Disember 2012 pada 8:56 PTG

fuh blog berwajah baru
comel2

11 Disember 2012 pada 11:22 PTG

Tak perlu cerita buruk hal orang atau berlaku sinis.

12 Disember 2012 pada 10:02 PG

Kontroversi sungguh wanita kedua Malaysia kali ni yek...

12 Disember 2012 pada 10:20 PG

hilang pulak entry cik lin tadi
entah ke mana pergi :P
baru excited nk baca

12 Disember 2012 pada 10:36 PG

smart betul template baru ni..

12 Disember 2012 pada 10:42 PG

@Taufik :) dejavu.

12 Disember 2012 pada 1:00 PTG

so apa tajuk buku dia ni? hehehe

12 Disember 2012 pada 1:15 PTG

@Taufik nak jugak baru macam blog taufik. ;)

12 Disember 2012 pada 1:17 PTG

@PiSCes Za speechless.. :D

12 Disember 2012 pada 1:35 PTG

Hmmm...mcm2...

3 April 2013 pada 2:08 PG

Macam-ii tajuk buku bleh diletak

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.