Sayyidah Hajah Zainab al-Ghazali al-Jubaili bermimpi bertemu Rasulullah.




TOkoh yang saya ketengah kali ini adalah Sayyidah Hajah Zainab al-Ghazali al-Jubaili . Meremang roma membaca kisah orang hebat.
Antara bab yang paling menarik hati ialah catatan Zainab ketika berada di dalam penjara berair Tentera Mesir sekitar tahun 1950-an ialah mimpi beliau bertemu Rasulullah saw. Beliau telah dikenakan hukuman yang tak layak untuk manusia hadapi. Betapa "binatang" manusia rejim. Allah hiburkan hati beliau dengan anugerah mimpi yang indah.

-Aku tidak sedar bagaimanakah aku terus tertidur… sedangkan aku sentiasa berzikir mengingati Allah swt. Tidur ini merupakan tidur yang baik, mulia dan satu anugerah. Dalam tidur itu aku bermimpi. Mimpi yang diberkati. Mimpi bertemu dengan Nabi Muhammad saw. Aku simpan semuanya dalam memoriku.

Aku melihat dalam mimpiku itu seolah-olah aku berada di padang pasir yang luas. Aku melihat satu rombongan unta….. Rombongan perjalanan unta itu panjang dan tidak terhingga banyaknya. Aku merasakan seolah-olah aku berdiri di belakang seorang lelaki yang besar dan perkasa, yang mengepalai rombongan perjalanan ini. Hatiku meragui apakah itu Rasulullah saw.

“Engkau benar ya Zainab.Kau bersama Muhammad, jawab baginda.

“Saya ya habibi, ya Rasulullah. Apakah betul saya berada bersama Rasulullah saw?

“Kamu wahai Zainab berada di atas kebenaran, jawab baginda.

Lalu aku terbangun dari tidur. Dengan mimpi itu seolah-olah aku rasakan dunia ini aku yang punya. Aku hairan kerana dapat melupakan di mana aku berada dan ke mana aku di bawa… Kini aku tidak lagi merasa sakit-sakit akibat sebatan di dalam penjara”.




MasyAllah, Subhanallah, Allahuakbar:')

Ya Rabb, jadikanlah mimpi-mimpi malamku bertemu dengan Nabi Muhammad SAW. Ameen! 


U_U


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

15 Mei 2012 pada 8:57 PG

mimpi Dr. Haron Din best gak

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.