Cerita Abu Umair..



Pada suatu hari, seorang anak kecil bernama Abu Umair, sedang bermain dengan burung kecil yang diberi nama Nughair. Nabi s.a.w setiap kali melihat Abu Umair, baginda bersabda, "Wahai Abu Umair, apa khabar Nughair?".

Hingga suatu hari, Nabi s.a.w melihat Abu Umair sedang menangis. Baginda lalu bertanya apa yang menyebabkannya menangis. Abu Umair menjawab bahawa Nughair telah meninggal.

Nabi s.a.w lalu membawanya bermain-main di jalan-jalan Madinah sehingga para sahabat melihat dan menanyakan apa yang membuat baginda berbuat demikian. Nabi s.a.wmenjawab, "Nughair telah meninggal dan aku ingin bermain dengan Abu Umair". Bukan itu sahaja, pada hari berikutnya, Nabi s.a.w datang ke rumah Abu Umair untuk menghiburnya.


1. Comelnya!~

2. Anas bin Malik barkata, "Aku belum pernah melihat orang yang paling menyayangi anak-anak daripada Rasulullah". SANGAT BETUL.

3. Lihat bagaimana Rasulullah mendidik anak kecil tersebut dengan memanggilnya dengan panggilan Abu Umair, supaya dapat membina sifat kematangan dan hak mempertahankan diri, maksudnya walaupun masih kecil, tapi Rasulullah memanggilnya dengan panggilan bagi orang dewasa, seperti Abu Bakar.

4. Rasulullah tidak pernah dapat merasai kasih-sayang seorang bapa, but still bagindalah manusia yang paling menyayangi kanak-kanak=)

5. Semakin aku mengenali Rasulullah, semakin mendalam rasa cinta dan rindu kepadanya. Jadi bacalah sirah ye, lepas tu baru boleh rasa^_^ Allahummasolli'ala Sayyidina Muhammad.

6. Bukti mencintai Rasulullah adalah mengamalkan sunnahnya kan?

7. Allah tak pernah mengecewakan. Sukanya!~ Manusia je yang selalu lupa T_T. Dan Dia sediakan Rasulnya untuk mejadi sebaik-baik contoh buat kita. Allahu Akbar!

Saya sangat suka cerita ni...... Kamu ?^_~

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.