Rakyat Singapura paling tidak berperasaan di dunia!



Masih ingat lagi kes seorang lelaki yang bersikap kurang ajar dengan menolak seorang nenek tua keluar dari bas hanya kerana lambat menekan loceng? Kalau lupa sila lihat video SINI dulu!
mungkin sikap lelaki tersebut ada hubungkait dengan tahap kestressan yang dialami oleh warga Singapura.




SINGAPURA: Rakyat republik ini memberi reaksi berbeza terhadap satu kaji selidik yang menggambarkan mereka sebagai masyarakat paling tidak berperasaan di dunia.
Kebanyakan mereka mengatakan budaya persaingan di negara itu menyebabkan mereka kurang berperasaan.

“Rakyat Singapura paling sedikit di dunia ini melaporkan mengalami sebarang emosi dalam kehidupan seharian,” kata badan pungutan pendapat berpangkalan di Amerika Syarikat, Gallup mengenai laporan kajian selama tiga tahun yang dijalankan di lebih 150 negara itu. Filipina muncul sebagai masyarakat paling emosi di dunia, dengan negara Amerika Latin mendominasi tempat teratas senarai itu.


Media di Singapura, satu daripada yang terkaya di dunia dan paling stabil memberikan pendedahan utama kepada laporan itu, mencetuskan beberapa reaksi hangat. “Mana ada masa untuk ketawa? Bangun pagi perlu bersaing untuk mendapatkan tempat duduk dalam tren, waktu makan tengah hari perlu bersaing untuk mendapatkan tempat duduk dan balik kerja perlu bersaing lagi untuk mendapatkan tempat duduk dalam tren,” tulis Edward Alexzandra Peters di Facebook.

Pengguna Internet, Kok Leong menulis di Yahoo Singapura: “Sangat tertekan hidup di Singapura. Fikiran kita semuanya mengenai $$ (wang) - bagaimana hendak menjalani kehidupan, bagaimana mahu menyara keluarga, cukai dan lain-lain. Tiada apa yang percuma di sini.” - ST



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


7 comments

24 November 2012 pada 8:37 PTG

Alhamdullilah kita duduk malaysia..:) semoga allah terus memberi keamanan untuk kita..:)

Awak..Jum join GA Lyeen http://dewisyifaindehouse.blogspot.com/2012/11/cik-lyeens-giveaway.html

24 November 2012 pada 10:43 PTG

OH YEKER..KALAU MCM TU JGN KAWEN DGN ORG SANA,CONFEM X ROMANTIK..HAHAHA..

24 November 2012 pada 11:59 PTG

drg cuma fikirkan wang dan wang...
shinggakn hlg nilai kehidupan yg sebenar....

25 November 2012 pada 12:03 PG

Mungkin betul kot awak, kalau tengok movie dari Singapura mostly kehidupan diorang memang busy sangat sangat. Alhamdulilah, kehidupan di Malaysia masih aman damai walaupun kita mengejar duit tapi kita masih ada masa untuk diri sendiri.

25 November 2012 pada 2:03 PG

dorg yg jadikan hidup dorg tertekan... amik masa untuk berehat dan gembira bersam keluarga..

25 November 2012 pada 2:57 PG

tak bahagianya hidup macam tu kan....

Tanpa Nama
25 Jun 2014 pada 3:36 PTG

Tapi keluarga saya bahagia semua kat singapura

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.