Kepada yang berada di sekitar USM Pulau Pinang, dipersilakan hadir tanda sokongan anda kepada rakyat Gaza. Inilah masanya anda buktikan solidariti kita bersama mereka di sana.
*****
Allah kurniakan kita kemampuan mendengar dan melihat,
Untuk uji kita dengan perintah dan laranganNya.
Al insan : 2
Dengan nikmat mendengar, apa perintah yang telah kita ikut? Apa larangan yang kita tinggalkan?
Dengan nikmat melihat, apa yang kita kerjakan? Dan apa yang kita tinggalkan untuk Allah?
Inilah imtihan kita yang sebenar, berjaya atau tidak ditentukan oleh Iman yang ada dalam hati kita, dengan rahmat dan hidayah Allah.
Dari hati,akan lahir ke luaran kita.
hari ini,
Sedang duduk atas sejadah,
dan membaca ma'thurat,
teringat saudara di sana
Kita masih lagi boleh bertelekung dan solat di tempat yang selesa
Mereka?
Mungkin solat berlatarbelakang bunyi bom dan tembakan
dengan beralaskan tanah dan mungkin darah
dan mungkin dengan perut yang kosong.
Kita? masih mampu melengah-lengahkan solat?
Belum dipersoalkan lagi tentang khusyuk
T.T Allahurabbi.
Ampunkan dosa-dosa kami,
dan selamatkanlah saudara kami di Gaza, Syria, dan diseluruh dunia.
Janji Allah itu benar, kemenangan Islam akan tiba.
persoalannya bukan bila, tapi adakah kita pejuang agamaNya?
dan jangan lupa, amar ma'ruf nahi mungkar itu tanggungjawab kita.
Sani Araby Al-Kahery (bekas penasyid kumpulan Baiduri) kini berada di Gaza. Selitkan doa untuk mereka di setiap sujud dan tadahan doa kita.
In Shaa Allah kita berjumpa di Usm besok petang ya!
A new day will come.
And when the sun shines, it will shine out the clearer.
they believe in it, do you?
Misi kemanusiaan ke GAZA..sukarelawan CG diperlukan.
3 comments
cg tu apa cik lin? carigold?
btw baguih aktiviti macam ni
sy ni sempat buat dgn famili saja
insyaallah ke depan mungkin sempat
Usaha yang murni. Semoga berjalan lancar dan memberi keinsafan ,kepada yang hadir.... CikMa doakan dari jauh... :'(
sama2lah kita membantu mereka.... itu yang saudara2 kita di Palestin harap2kan..