Paris Hilton dikecam buka butik di Mekah





Mekah – Satu penghinaan kepada kota suci Mekah. Itu pandangan ramai gara-gara pembukaan butik mewah milik selebriti bermasalah yang pernah terlibat dengan rakaman seks, Paris Hilton.

Keadaan ini menyebabkan kemarahan umat Islam, seolah-olah tidak ada tempat lain untuknya membuka butik mewah tersebut.
Paris mengumumkan pembukaan butik berkenaan dalam twitternya pada Khamis lalu.
“Butik saya baru dibuka di Mekah Mall di Arab Saudi’’, itu bunyi twitternya.

Pengumuman berkenaan bagaimanapun terus mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Salah seorang telah membalasnya `Biar betul?’’

Manakala yang lain pula membalas “Penting sangatkan sehingga Arab Saudi membenarkan Paris Hilton membuka butiknya di Mekah’’.

Ada juga yang mengecamnya kerana ia umpama memusnahkan tanah suci
“Bagaimana seorang yang sanggup merakamkan video seks membuka butik di tanah suci ini,’’ itu antara kecaman yang diterimanya.

Dengan pembukaan butik berkenaan, Paris berharap ia akan menjadi tumpuan terutama ketika umat Islam mengunjungi Mekah untuk menunaikan umrah atau ibadat haji.

Butik mewah yang kelima di Asia barat itu terletak di Jalan King Abdullah Bin Abdulaziz.
Asia Barat merupakan antara sasaran Paris dan setakat ini, terdapat 40 buah butik Paris Hilton dibuka di seluruh dunia.
Antara produk jenamanya ialah minyak wangi, beg tangan, jam dan kasut.

Paris dilaporkan memperolehi pendapatan lebih $10 juta dolar setahun hasil jualan butik berkenaan.
Jumlah asetnya pula dianggarkan sebanyak $100 juta dolar.

sumber




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


5 comments

21 November 2012 pada 7:00 PTG

Macam laa xde tempat lain..tp kenapa diluluskan ek?

21 November 2012 pada 7:19 PTG

pelik betul..dpt pulak dia masuk utk buka butik..hairan2..

22 November 2012 pada 12:25 PG

macam mana boleh lulus ? Sedangkan terang terang dia penganut agama Kristian.

22 November 2012 pada 8:31 PG

Xmasuk akal.. Org kafir boleh masuk tanah suci ke...?

Tanpa Nama
23 November 2012 pada 3:03 PTG

apa nak jadilah dengan negara saudi ni

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.