Saya lebih rela jadi khadam daripada PM, kata Hadi


Ketika Umar Abdul Aziz menolak jawatan khalifah, hampir kesemua rakyat membai'ahnya.

ABDUL HADI AWANG

“Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang kamu cintai mereka dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka, mereka mendoakan kamu. Pemimpin yang jahat ialah pemimpin yang kamu benci mereka, mereka juga membenci kamu dan kamu melaknat, mereka juga melaknati kamu”. 
(Riwayat Muslim).


Kalau bab cari jodoh, macam-macam syarat dikenakan. Beragama Islam, Melayu dan baik akhlaq macam tak cukup syarat. Ditambah pula rumah mertua mesti dekat (senang nak balik raya), ambil kira adik beradik calon. Kerja, gaji, rumah dan kenderaan tak payah ceritalah, memang wajib ada semua itu. Tapi kenapa bila memilih pemimpin, cukuplah dengan sekadar melihat bahawa dia mesti Muslim dan Melayu. Tidak kritikal dan tidak 'adil langsung. Sepatutnya di lihat juga latar belakang pendidikan, pengetahuan agama, peribadi yang anti-rasuah, rajin, cekap, peka terhadap alam sekitar dan kebajikan. 

Adoi la rakyat Malaysia...

****

PENGKALAN CHEPA - Datuk Seri Abdul Hadi Awang rela menjadi khadam demi rakyat daripada menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri yang disifatkannya sebagai "amanah berat" meskipun Dewan Ulama Pas menegaskan presidennya itu lebih layak.

"Apa yang penting kepada kami, kita ke Putrajaya. Siapa yang jadi Perdana Menteri, yang diterima oleh rakyat, yang dapat menyatukan rakyat, dapat menegakkan keadilan untuk rakyat.

"Kita terima. Saya terima. Macam saya sebutlah, saya sanggup jadi nelayan balik," kata Abdul Hadi pada sidang media di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), hari ini.

Dalam satu temu bual dengan Sinar Harian Januari lalu, Abdul Hadi berkata, beliau tidak kisah menjadi nelayan asalkan Perdana Menteri yang dipilih kelak mengamalkan dasar pemerintahan Islam dan mampu menyelamatkan negara.

Pagi tadi, perwakilan Dewan Ulama menegaskan, jika ada individu yang paling layak menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah Abdul Hadi sendiri.

"Bukan sebagai alasan untuk menaik-naikkan beliau, tetapi beliaulah orang yang lain layak untuk menjadi pemimpin, Perdana Menteri pada masa akan datang dan kita sebagai anak didik kepada Pas, tidak sepatutnya, kita pula yang berkempen agar orang lain menjadi pemimpin sedangkan negara yang ingin dibawa adalah negara yang berdasarkan syariat.

"Kita meletakkan satu keyakinan bahawa presiden kita orang yang berkaliber untuk memimpin sebuah negara...," katanya.

Menjawab pertanyaan media, Abdul Hadi menjelaskan, dalam Pas, pimpinannya tidak pernah diajar untuk meminta-minta jawatan dalam parti politik.

"Saya sebagai seorang pimpinan yang diajar dalam parti Islam, kita tak boleh minta untuk jadi pemimpin," namun katanya, jika diberikan tanggungjawab itu, "kita anggap ini sebagai satu amanah yang berat, amanah yang besar."

Malam tadi penasihat DAP, Lim Kit Siang membuat pengisytiharan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya perikatan itu ke Putrajaya selepas PRU13.

Menurut Kit Siang, Anwar adalah pemimpin dari pembangkang yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


5 comments

18 November 2012 pada 1:27 PG

betul kata cik lin, bila bab jodoh macam2 syarat, nak yg beriman yg berugama la itu la ini la, tapi bila bab pemimpin asal tangkap muat je, yg penting dia ada pengaruh dan byk duit.

18 November 2012 pada 1:44 PG

@Prince of Noob Ahli politik Islam, wajib masuk kelas tafsir al Quran dan hadis :)

18 November 2012 pada 4:06 PG

Berat tanggungjawab pemimpin n kan Lynn. Kalau tak mampu nak berlaku adil baik lupakan ja niat nk jd PM tu.. Kalau tak jenuh nak menjawab 'di sana' nnt..

18 November 2012 pada 12:31 PTG

besar tanggungjwb jd pemimpin ni.... nk mengemudi negara bukan tugas yg mudah. byk perkara yg perlu di ambil kira.. ^^

19 November 2012 pada 2:27 PTG

jangan sampai rakyat teraniya sudah!

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.