Penjelasan Azhar Sulaiman Berkenaan Isu Murtad


Dan Dia (Tuhan) yang mengajar manusia berbicara [ar Rahman 55:4].

Kita hidup di zaman fitnah yang menjadi kebiasaan seperti mana kita menghirup udara. Apabila Tuhan mengajar manusia berbicara, maka katakanlah yang baik-baik dan hormati setiap perkataan yang keluar dari mulut kita. Kerana Tuhan yang Maha Mengajar sedang menilai.

Memang Tuhan telah takdirkan setiap manusia itu mempunyai kekurangan dan membuat kesalahan. Kadang-kadang kita melihat seorang yang 'alim dan warak, tetapi melakukan kesalahan yang remeh. Supaya orang lain tidak mengangkat dia berlebihan-lebih kerana ia mendatangkan syirik seperti mana Syi'ah memuja Ali sebagai maksum, pengikut ayah Pin mengangkat ayah Pin sebagai Tuhan dan pengikut al Arqam menganggap Abuya sebagai Rasul.

 Kesempurnaan itu hanyalah milik Tuhan.


SHAH ALAM -"Kenyataan saya keluarkan dalam laman sosial Facebook, adalah respons daripada tajuk utama yang dipaparkan dalam sebuah akhbar semalam (kelmarin) iaitu 'Nik Aziz dakwa Umno murtad'."Begitulah penjelasan yang diberikan oleh aktor terkenal, Azhar Sulaiman, berhubung kenyataan mengenai dirinya kerana menjadi ahli Umno. Azhar berkata, beliau hanya mengutarakan persoalan kepada individu cerdik agama, iaitu adakah beliau juga dikategorikan sebagai murtad kerana menjadi ahli Umno.


"Jika orang baca betul-betul, mereka tahu saya mengutarakan pertanyaan. Ini kerana bila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Umno murtad, jadi bagaimana dengan saya?

"Itu hanya kenyataan dari saya, terpulanglah bagaimana interpretasi dan penilaian pihak lain mengenai kenyataan saya itu," katanya kepada Sinar Harian di pekarangan Kumpulan Media Karangkraf, semalam.



Azhar berkata, dia bukan sengaja mahu menimbulkan kontroversi, apatah lagi cuba menjadi ahli politik. Sebaliknya, sebagai rakyat Malaysia, dia cuma mengambil tahu mengenai perkembangan semasa.

Mengenai laporan polis oleh beberapa individu di Perak, Azhar berkata, dia tiada masalah dalam perkara itu.

"Apa yang boleh saya kata, jika orang benar-benar faham dengan kenyataan saya, mereka akan faham apa yang cuba saya sampaikan," katanya. -sinar


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


3 comments

21 November 2012 8:09 PTG

tak tahu nak cakap apa. dunia oh dunia.

21 November 2012 8:34 PTG

Takut melihat fenomena politik kat negara kita. Kita sesama Islam bercakaran ...apa agaknya pandangan orang non muslim?

29 April 2013 5:09 PTG

azhar sulaiman ni bodo.. belajar je tinggi2...

dok percaya je apa yg macai BN tulis..

ko dgr dgn telinga ko sendiri ke ?

bongok

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.