Kita tak tahu Allah panggil kita bila.
Asif 'ala kulli hal, semua
(maafkan saya.)
klik SINI pasal mimpi aku yang lepas dan INI.
SEMALAM aku bermimpi. Mimpi yang ganas, bukan manis-manis, tidak juga berbunga-bunga.
Malapetaka besar menimpa dunia. Dalam mimpi itu, aku berharap bahawa ini semua adalah mimpi, agar aku akan cepat terbangun dan selamat, tetapi aku sudahnya akur bahawa ia adalah kenyataan dan bukan mimpi. Lalu pesawat besar datang merempuh bangunan, gunung berapi meletus dan muntahan beracun melimpah dalam lautan.
Jasad manusia maut berapungan dalam lautan, entah bagaimana begitu hampir dengan tempat aku berada. Ketika aku menyedari bahawa tidak lama lagi aku juga akan menerima nasib yang sama dengan mereka, perasaanku bergilir ganti antara takut, gementar, dan teruja. Ya, teruja. Akhirnya, aku akan mengecap, bagaimana rasanya mati. Akhirnya, setelah menerima sekian banyak khabar, aku akan mengetahui sendiri bagaimana rupanya hidup selepas mati. Akhirnya, setelah sekian lama menanti, aku akan berjumpa Tuhan.
Mati rupa-rupanya lebih mengujakan daripada hidup yang meletihkan. The darkness, the unknown, it is frightening, but also tantalizing. In the dream I was nervous, but unafraid. Eager, even.
Aku meminta, ketika itu, bukan untuk diselamatkan atau dipanjangkan usia. Aku mohon agar mati dengan tenang, dengan terhormat, dengan redha, dengan cinta, lalu diterima Allah pulang sebagai hamba yang diredhai dan diampuni.
dunia ini penjara, untuk orang-orang beriman.
Kemudian, aku terbangun, melihat jam di dinding bilik tidur mencatat waktu merangkak pagi.
subuhlah lengah apa lagi!
Aduhai, indahnya mimpi!
penutup : mungkin mimpi aku ini ada kaitan dengan cara solat aku.
Aduhai, indahnya mimpi!
***
Pernah tak terfikir,
kenapa lah kita susah sangat kita nak fokus dalam solat?
maksudnya, khusyuk lah
kalau kita ingat, apa yang kita terfikir-fikir time solat
semua tu benda yang kita fokus dalam hidup seharian kita,
betul tak?
kadang terfikir, nanti nak masak apa
study pathology tak habis lagi
baju tak jemur lagi
hari ni ada program, bla, bla
anak-anak lagi,
banyak lah lagi kita nak fikir,
orang sibuk lah katakan.
Apa yang memenuhi fikiran kita bila kita bangun dari tidur,
sebelum kita tidur, dan sepanjang hari kita...
itulah yang akan menguasai fikiran kita dalam solat
sebab kita kurang ingat, kurang fokus pada Allah ta'ala.
So, untuk fokus dalam solat, kita kena fokus diluar solat
bukan bermaksud, kita tak boleh nak buat semua kerja dan hanya duduk di atas sejadah
tapi, dengan cara, kita sandarkan setiap perkara, setiap detik pada Allah taala
study kita, ingat Allah, Allah yang bagi kita aqal fikiran
makan kita, rezeki dari Allah, Alhamdulillah
ana-anak kita, kain yang perlu kita corakkan dengan cinta Allah
sibuk sibuk kita, untuk Allah,
untuk Redha Allah.
Subhanallah
Jom kita ubah fokus kita, ^^
Fokus kita adalah Allah ta'ala, dan setiap benda yang kita buat, kerana Allah
even kita mandi, makan dan tidur sekalipun apatah lagi bila berblogging :P
Allah. Allah. Allah.
cc: Youtube "Kushu'a in Salah-Yasmin Mogahed"
dengar lah, insyaAllah bermanfaat.
*khusyuk orang yang solat pada awal waktu, pertengahan waktu dan akhir waktu
berbeza rupanya. baru tahu :) Alhamdulillah.
selamat menunaikan solat jumaat.

2 comments
terima kasih untuk ingatan ni ye awak :)
sama-sama :) Bkn shj pringatan, tp wajib. Krn setiap yg bnyawa pasti akn mrasai kematian..