Apabila 'Kera'Bertudung.




Respect. Hormat Dan Tahniah kepada wanita-wanita Islam telah bertudung dengan sederhana dan sempurna iaitu wanita-wanita yang menyesuaikan dan memadankan tudungnya dengan set pakaian yang sederhana, sopan dan menepati hukum Islam.



Namun, terdapat satu golongan yang bertentangan dengan golongan mulia di atas iaitu golongan wanita Islam yang bertudung dengan tidak bersungguh-sungguh dan memadankan tudungnya dengan pakaian-pakaian yang terang-terangan diharamkan Islam iaitu yang nipis, jarang, ketat dan sendat.



Begitulah rupanya bila kera memakai tudung.



Ciri-ciri mengenal kera memakai tudung adalah seperti berikut:



1. Bertudung tetapi nampak rambut.

2. Bertudung tetapi baju sendat peluk tubuh.

3. Bertudung tetapi baju singkat paras pinggang sahaja.

4. Bertudung tetapi seluar jeans sendat.

5. Bertudung tetapi pakai LEGGING.

6. Bertudung tetapi kebaya ketat ikut bentuk badan.

7. Bertudung tetapi baju kurung jarang, pakai singlet di dalam.

8. Bertudung tetapi baju T-Shirt lengan pendek.



Cuba perhati sekeliling anda. Ramai tak 'kera' ?



**Berpakaianlah mengikut cara Islam agar diri anda dimuliakan. Tutuplah aurat dengan sempurna

Amin.


dipetik daripada blog http://kerabertudung.blogspot.com .maaf jika terlalu kasar. saya hanya mengambil daripada laman tersebut.



"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


persoalannya sanggupkah kita digelar 'kera'?

***



Kalau rasa post-post saya menyengat hati, sebenarnya tulisan-tulisan tu terlebih dahulu menyentap hati saya.

maafkan saya.

moga setiap huruf yang ditaip, bukan untuk saya berbangga,atau riak.hanya berkongsi monolog yang kadang-kadang terdetik di hati saya.

cukuplah jadi saksi dan saham untuk saya ke syurga kelak.

saya memberi untuk menerima.


nota kaki.

"kita ni kuat sangat kerja-kerja ni, dunia je semua"
"kita ni study hard sangat tak pe ke, bukan ke dunia ni?

kadang-kadang kita terlalu sempitkan pemikiran kita
menganggap akhirat itu hanya diatas tikar sejadah,
atau mungkin dalam kain telekung.

lihatlah dunia dengan kaca mata akhirat
agar kita tak "buta "
dan agar kita berada di landasan jalan menuju ke akhirat


jadikan dunia ladang untuk kita nikmati hasilnya di akhirat kelak.

ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Bila aku pikir  balik..yelah..orang-orang yang dah hebat..apelah sgt entry-entry aku ni.. tapi orang-orang lain..mereka masih perlu kan sekecil-kecil peringatan.
kalau pakai telekung semayang tu baru ingat kat Allah taala, pakai sokmo lah senang, ke guane? :P comel pun comel ^_^


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


11 comments

11 Oktober 2012 pada 4:59 PTG

nasihat berguna..terkenang kekhilafan diri..trimas atas prkongsiannya..:)

11 Oktober 2012 pada 5:10 PTG

@dhiashahida betulkan saya juga kalau ada khilaf tau. :)

Tanpa Nama
11 Oktober 2012 pada 5:21 PTG

semoga kite sentiasa istiqomah untuk berubah ke arah kebaikan dan terhindar dari golongan "kera bertudung" ..:)

11 Oktober 2012 pada 5:22 PTG

Nice sharing....
Memang sentap dan menyengat....
Semoga bermanfaat kepada insan yang membaca termasuk AJ sendiri..... =D

11 Oktober 2012 pada 5:27 PTG

ingat adik kakak semua...hehe

11 Oktober 2012 pada 6:19 PTG

entry yg sangat berguna . thumbs up :)

11 Oktober 2012 pada 6:50 PTG

jadikan ini sebagai peringatan kita sesama manusia..

11 Oktober 2012 pada 8:35 PTG

Hehe..kekadang bahasa yg menyengat tu perlu untuk mengejutkan kita dari lena yang panjang..

11 Oktober 2012 pada 8:36 PTG

mintak izin share mana2 artikel yg bermanfaat kat page akk..moga ada kebaikan darinya..

12 Oktober 2012 pada 4:17 PTG

nice :)

12 Oktober 2012 pada 8:52 PTG

bagus saling mengingati.ubah mana yg kureng heheh

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.