lelaki hari ini. apakah? *pengsan* Lelaki Ini, Lelaki semalam Lelaki hari ini. Lelaki kelmarin. Apakah? sudah tentu mereka bukan seperti yang digambarkan di atas. mereka bloggers yang HEBAT! Oh ha! saja-saja sebenarnya, sebab post ini berkenaan dengan lelaki. mohon maaf ye! **** |
Antara faktornya ialah apabila lelaki yang menjadi lelaki itu tinggal sedikit.
Teringat kata-kata ketua usrah dalam Open Talk baru-baru ini apabila ditimbulkan isu berkenaan kepimpinan wanita yang menjadi tanda kehancuran masyarakat,
"mungkin dari satu segi, apabila wanita menjadi pemimpin, maka akan membawa kehancuran kerana dikatakan wanita ini mudah bercampur emosi dan sebagainya.
Namun persoalan terbesar yang perlu timbul ialah, jika wanita yang perlu menjadi pemimpin, maka di MANAkah lelaki-lelaki dalam masyarakat itu? Bukankah itu bukti bahawa lelaki-lelaki dalam masyarakat tersebut telah hancur?"
Saya bersetuju dengan kenyataan tersebut 100%. Malah mungkin berganda lebih.
Kata-kata yang sangat baik.
Begitu juga dalam hal poligami ini.
Jika kita membaca catatan seerah para sahabat, tidak ada isu perselisihan faham berkenaan ta3adud isteri meski majoriti sahabat memiliki isteri lebih daripada satu.
Kerana apa?
Kerana para sahabat memiliki jati diri lelaki yang hebat. Mereka mampu menjadi suami yang terbaik dalam masa yang sama mereka adalah pembawa panji yang mengagumkan.
Mereka gagah di medan jihad. Mereka qudwah bersama syakhsiah yang soleh. Mereka ayah mithali tauladan anak-anak. Mereka sabar dan lembut terhadap isteri. Mereka keluar meredah debu padang pasir dalam masa yang sama apabila pulang ke rumah, mereka turut bersama isteri memasakkan makanan.
Jika lelaki seperti itu, pada saya pasti isteri mereka menyerahkan kepercayaan penuh dan ketaatan tanpa ragu malah tidak akan sedih jika sekalipun terpaksa berkongsi kasih.
Sungguh. Kita selalu sibuk mencanang poligami sebagai penyelesaian bagi lambakan wanita, tetapi persoalannya, apakah kita sibuk melihat lelaki-lelaki kita, apakah mereka benar-benar memenuhi ciri-ciri lelaki muslim yang mithali?
Itu point yang sedang saya ketengahkan.
Allahua'lam.
nota kaki:
*saya hadiahkan post ini untuk bakal suami saya yang saya kasih. Semoga pencerahan ini mampu membantu beliau melihat perjanjian yang bakal ditandatangani suatu hari nanti sebagai suatu perkara yang positif.
*terjumpa semula poster lama yang pernah dibaca. Membuatkan diri tersenyum bersama satu doa, "hoping i'll be a good one in my own kingdom insyaAllah.."
*Saya pernah menyimpan cita-cita untuk melahirkan 9 orang anak dan 7 darinya adalah lelaki. Mungkin kesan sedih melihat fenomena lelaki.
*isu sensitif. Saya harap, tidak adalah komen yang masuk ke dalam inbox. Lol.
12 comments
terbaik.... setuju sesangat...
:)
terasa pulak.
kehkehkeh.
lelaki dulu lain, sekarang lain.
tapi bukan semua sama ( ayat famous nak support laki )
setuju!
Hmmmm... Bagus ni. Susah nak cakap. Dulu lain, sekarang lain... Huhuhuhu...
p/s : sorry...lambat singgah sini...
Lelaki hari ini? haha terkedut sat kat situ
Tapi memang betoi pon bab poligami tu
orang laki kejar poligami saja tak kejar akhlak dan peribadi yg unggul
anak bini sendiri pon tak terjaga, ada hati nak pasang lagi satu
tu cari pasal namanya :D
xnak poligami :)
sebab yg ade satu skng ni pun dah x larat nk jage..hahaha~
Kembali kepada ajaran Islam yg sebenar, InsyaAllah segalanya selesai
Satu cara yang paling simple.. Perbaiki diri sendiri. Kita sibuk memikirkan dan memperkatakan kelemahan2 dan kekurangan orang lain.. Tapi jarang kita perkatakan kelemahan dan kekurangan diri sendiri. Sebab apa? Sebab kita rasa kita perfect, jadi kita pun nakkan sesuatu yg perfect. Saya bg cnth, kita ada kereta, dan kawan kita ada kereta. Kita sibuk memperkatakan tntg kereta kawan kita, 'eh, repair la' 'eh, kereta jaga tak? Air cek? Minyak hitam tukar? Minyak auto tukar?' Sedangkan sedikitpun kita tak endahkan tntg kereta kita smpaila rosak.. Alhasilnya, kereta kawan kita elok dan cantik. Kereta kita mcm mane?
@Unknown terima kasih. apa yg ingin dikatakan di sini ialah tidak perlu mencari yang soleh baik dan sempurna, asalkan yang paling penting ialah yang sentiasa mahu sama-sama belajar dan perbaiki diri kepada yang lebih baik.
Jika soleh macam mana sekalipun tetapi tidak ada kesedaran tersebut, sangat susah di kemudian hari. Kerana kebahagiaan itu bukan dilihat pada siapa dia sebelum berkahwin, tetapi pada siapa dia selepas kita berkahwin.”.
insya-Allah, semoga terus saling belajar dan saling membentuk.
Masih terlalu jauh dari memenuhi syuruth-syuruth tarbiyah dalam keperibadian. Apatah lagi menjadi contoh yang baik.
Pernah terfikir, jika tiba saat bertemu Allah nanti, tiba-tiba ada yang bangun mempertikaikan bahawa semasa dia menjadi mahasiswa, tidak ada yang bersungguh menarik dia keluar dari jahiliyyah sedangkan saya yang sedang memikul beban itu hari ini. Apa yang dapat saya beri jawapan kepada Allah?
bersangkut paut dengan entri encek Noob buasirotak
@nazha anua ada tag enche noob dalam entry nie :)