Lelaki vs Perempuan :Dia Tetap Manusia Selamanya.


Bismillah...

Dalam kehidupan rumahtangga itu perlu ada dua. Rohani dan Psychology. Bab rohani mungkin boleh dirujuk dari kitab-kitab fikrah yang telah banyak menyentuh perihal ciri-ciri Baitul Dakwah seperti melazimi solat berjemaah, halaqah alQuran bersama, tazkirah mingguan dan lain-lain.


Dan perkara ini mungkin selalu kita dengar dan pelajari.

Namun jangan pernah lupa bab psychology yang membezakan kita dari malaikat. Paling penting yang membuatkan kita mampu melihat betapa perbezaan yang kita rasakan sebagai suatu jurang yang menjarakkan sebenarnya adalah suatu hadiah untuk kita saling melengkapi.





antara petikan buku Men From Mars Women From Venus


Malah memahami psychology membuatkan kita memahami bahawa manusia itu ada sifat-sifatnya mengikut waktu-waktu tertentu.




Ada waktu isteri itu mampu menjadi ibu yang matang, mendengar keluhan suami dengan penuh setia dan memberi resolusi yang baik. Ada waktu isteri itu menjadi kakak yang mungkin bersikap 'mahu membentuk' dengan leterannya. Ada waktu isteri itu menjadi adik yang mungkin bersikap keanak-anakan dan suami perlu sabar melayaninya . Malah jangan lupa bahawa isteri itu tetap seorang wanita yang ada rajuk emosinya. Dan pastilah isteri itu tetap adalah isteri yang mahu seorang suami yang memberi perhatian kepadanya.




Begitu juga suami. Ada waktu dia mampu menjadi ayah untuk menjadi tempat isteri mengadu. Ada waktu dia mampu menjadi abang yang menjadi tempat isteri berpaut dengan rasa penuh selamat. Ada waktu dia juga menjadi anak-anak yang mungkin mahu disuap dan bermanja. Dan dia juga merupakan seorang lelaki yang ada waktu bersendiri dan berkabung di dalam 'gua'nya. Dan pastilah suami itu adalah suami yang mahu kesetiaan dan kepercayaan isteri menjadi miliknya tunggal.






Simple tips for husbands who haven't a clue =)

Apabila kita memahami itu maka, kita akan selalu sedar bahawa makhluk yang kita kahwini itu adalah manusia dan manusia itu akan tetap menjadi manusia selama-lamanya.

Justeru apabila kita menikahi manusia, maka jangan pernah mengharapkan sesuatu yang sempurna. Maka menjadi suatu amanah untuk kita saling menyempurnakan.







videos which are both for me worth to be listened.


Penutup: Kebahagiaan Yang Menjadi Penolak.

Isu rumahtangga ini secara kebiasaannya akan memiliki 2 sisi pandang, terutama bagi anak-anak muda yang belum berumahtangga. Ada kelompok yang akan memandangnya sebagai suatu topik yang mengganggu kerja-kerja Islam. Maka isu ini akan dicantas sehabisnya. Manakala ada kelompok yang lain, yang terlalu gemar membualkannya dalam konteks yang kosong sehingga larut dengan khayalan dongeng.


Pada saya, berjalan di jalan antara keduanya adalah yang terbaik. Membincangkan isu persediaan ke dalam alam rumahtangga ini secara serius mengenai "konsep kehidupan rumahtangga yang bagaimana yang mahu kita corakkan dan apakah persediaan kita ke arah itu?"


Isu ini bukan isu yang remeh kerana fokus, kesungguhan, tenaga dan masa malah wang kita akan banyak diperuntukkan untuk isu ini dalam keadaan banyak lagi kerja-kerja DnT yang perlu kita selesaikan.


Maka jika Allah izin rumahtangga kita bahagia, tenang dalam keadaan setiap pasangan saling memahami, saling mencintai, saling menghargai, dan saling membantu, bukankah keseluruhan diri, jiwa dan fokus kita dapat diserahkan untuk amal Islami? Malah anak-anak yang terdidik dalam suasana penuh cinta ini akan tumbuh subur yang mudah dilentur.


Begitu pula sebaliknya. Jika kehidupan seharian diisi dengan pergaduhan, salah faham, rajukan, isteri mengadu suami tidak memahami, suami pula merungut isteri menyalahkannya apabila rumahtangga tidak bahagia, anak-anak membesar dengan satu fobia dan tekanan, wang diperuntukkan banyak untuk Syarikat Penasihat Rumahtangga dan sebagainya, bukankah itu sesuatu yang meletihkan?


Maka pilihan itu di tangan kita.


Paling penting, berkahwinlah apabila anda berasa cukup untuk memberi, bukan berkahwin untuk anda mengisi kekosongan hidup. Lantaran, kekosongan dalam jiwa kita tidak akan mampu diisi kecuali oleh diri kita sendiri maka, mustahillah manusia lain mampu mengisinya. Jika tidak, anda akan terus menerus hidup dalam keadaan merasa tidak cukup dengan apa yang ada. Serius!


nota kaki:

-saya belum berkahwin dan tidak ada pengalaman. Ini hanya tulisan untuk diri saya sendiri agar membuat persediaan sebelum masuk ke dalam alam makhluk asing tersebut.

Maka, bukan semua perkara boleh diguna pakai.

-Alhamdulillah. Suatu lagi masalah telah selesai. =') Semoga Allah hadiahkan kamu yang lebih baik.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


6 comments

11 Oktober 2012 pada 12:54 PTG

tiada manusia yang sempurna selagi dia bernama manusia :)

11 Oktober 2012 pada 12:55 PTG

nice entry ~

Tanpa Nama
11 Oktober 2012 pada 1:45 PTG

tq share ye gd one ni

11 Oktober 2012 pada 2:29 PTG

nice sharing sis.
Perkahwinan ni ibarat kain putih bersih, kita suami isteri yg mencorakkannya.
kalau baik, baiklah jadinya.
kalau cantik, cantiklah jadinya.
begitu juga sebaliknya :)

11 Oktober 2012 pada 3:06 PTG

Entri yang baik untuk remaja-remaja sekarang.

11 Oktober 2012 pada 4:15 PTG

wahh perfect entry!!!!

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.