Kenapa wanita yang pakai tudung nampak dagu, tapi bila solat pakai telekung tutup dagu.
Nasihat ustazah, kalau jumpa wanita yang menutup dagu, walaupun wanita itu anggap dagu bukan aurat, sebenarnya wanita itu adalah wanita solehah.
Dia cuba menjauhi gray area (kawasan khilaf dan keraguan).
:)
Sama ada dalam keredhaan Allah mahupun tidak. Mulakan langkah dengan bismillah dan penuh memerhatikan pandangan Allah swt~ :)
Ini adalah email pertanyaan melalui http://mufti.perlis.gov.my/ dari:
Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menerima pertanyaan hukum dari En abdullah azzam melalui e-mel. Berikut adalah penjelasan hukum yang diberikan dan telah diperakui oleh S.S. Mufti Dr. Juanda bin Jaya.
Soalan:
Adakah dagu wanita termasuk aurat (anggota) yang dilarang memperlihatkannya.. saya ada melihat wanita yang memakai tudung dan menutup dagunya..minta penjelasan wallahua'lam
Jawapan:
Dagu wanita tidak termasuk di dalam aurat. Barangkali yang dimaksudkan oleh saudara iaitulah bahagian bawah dagu wanita. Maka jawapannya, bahagian bawah dagu wanita adalah TERMASUK AURAT yang wajib ditutup. Ini kerana bahagian tersebut tidak termasuk dari batas-batas wajah yang boleh dibuka. al-Syirazi berkata:
والوجه ما بين منابت شعر الرأس إلى الذقن ومنتهى اللحيين طولاً، ومن الأذن إلى الأذن عرضاً
Maksudnya: “Dan wajah itu apa yang ada diantara tempat tumbuh rambut kepala hingga ke dagu dan hujung kedua-dua rahang, secara panjang. Lebarnya pula dari telinga hingga ke telingan satu lagi.”
Kata al-Nawawi di dalam al-Majmu’ ketika memberi komentar kepada perkataan al-Syirazi ini:
هذا الذي ذكره المصنف في حد الوجه هو الصواب الذي عليه الأصحاب ونص عليه الشافعي رحمه الله في الأم
Maksudnya: “Yang disebut oleh penulis (al-Syirazi) tentang batas wajah, ianya benar seperti pandangan al-Ashab, dan telah dinyatakan perkara ini oleh al-Syafie RH di dalam kitabnya al-Umm.”
Wallahu a’lam.
Sama ada dalam keredhaan Allah mahupun tidak. Mulakan langkah dengan bismillah dan penuh memerhatikan pandangan Allah swt~ :)
***

6 comments
Bagus perkongsian ni...masa kt Tanah Suci dulu..pernah tajuk ni diperbincangkan dalam kuliah dhuha...
Yang sebenarnya apa yg anda musykilkan itu termasuk dalam daerah perincian yg tidak dituntut. Ia masuk bab daerah kema'afan dan memadai manusia memahami maksud 'Wajah' apakah batasan wajah manusia misalnya ketika mengambil Wudhu'.Maka apakah batasan wajah yg betul2 selesa bagi wanita, atas dagu atau dibawah dagu?Sudah tentulah dibawah dagu, barulah kain tudung itu kejap dan kemas.
Jika diatas dagu, kemungkinan besar kain tudung itu akan tergelicir.
Batasan muka menurut kitab2 fiqh: bab wudhu' (Albani: Irwa' alGhaleel/92) ialah hujung dagu sampai kebawah dagu itu.
Rumusan: batasan muka sampai kebawah dagu itu sahih menurut kitab hadis. Oleh itu kain tudung berada di bawah dagu masih dibolehkan. (Fathul Bari: 11/ 312) WA
nice sharing..header pn cntik ;-)..ayu singgah ;-)
wahhh nice awak. :D hmm baru sy tahu macehh
Urmm...baru tau... sy singgah ye.. =)
penah dgr ustaz bagitau katanya dagu dan bawah dagu adalah masih dagu & sebahagian dari muka
sebab tu wudhuk disapu habis sampai ke bawah dagu
wallahualam