Dakwah tu cantik. Jgn cemarkan...ok?






Dalam berkata "jangan" dan "itu salah" 
Jgn lupa tunjukkan jalan, bagitahu kebenaran

Jgn cepat menghukum
Berilah kefahaman dahulu kpd mereka yang tak faham.

Dakwah tu cantik.
Jgn cemarkan...ok?

Ikut cara Rasulullah.cantik kan? 

hanya hati yang merasai..bisa memahami..

Hari ini dia jahat.. nakal..


esok lusa mungkin dia jadi anak yang baik.. PATUH pada ayah dan ibu..HORMAT jiran tetangga


Hari ini dia mungkin tidak bertudung,

esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS menutup auratnya.

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut,

esok lusa mungkin dia adalah yang paling LEMBUT bicaranya.

Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan QIYAMULLAIL kala kita semua sedang lena.

Jangan HINA permulaan seseorang...kerana kita TIDAK tahu bagaimana pengakhiran nya.

#bagaimana jika tiada ESOK LUSA ?

Ajal maut memang ditangan tuhan tetapi kita tidak boleh menangguh taubat


Allah..Allah...

Bayangkan...bayangkan eyh..Oksigen yang dikeluarkan oleh pokok-pokok hijau, sepanjang malam.. Semenjak daripada malam semalam. Oksigen itu pula terkumpul lama, dan hanya disedut sedikit sahaja, memandangkan manusia ramai yang berada di dalam rumah.. Maka, oksigen semakin lama semakin berkumpul di luar sana.

Lalu datanglah suatu golongan, yang melawan rasa mahu tidur nya, melawan rasa mengantuk, hanya demi untuk cinta mereka yang Satu.. Mereka berjalan kaki ke suatu destinasi, di mana sepanjang perjalanan itu, mereka menyedut udara segar itu tadi.. Oksigen ini disedut oleh mereka, oksigen yang betul-betul fresh.. Sihat kan?

Cuba teka siapa golongan itu?
Golongan yang menunaikan solat subuh di awal waktu dan secara berjemaah
^_^

"Rasulullah mendoakan umatnya yang berpagi-pagian"
^_^ 


Subhanallah! Indahnya saat itu!

Kan? Kan?

T.T 

-Si Pipi Merah-
-1.37 AM-


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


5 comments

11 Julai 2012 pada 9:08 PG

ye betul tu.. tak baik kita menghukum seseorang berdasarkan luarannya sahaja..

11 Julai 2012 pada 10:57 PG

hidayah Allah siapa yg tahu? mungkin dia tak sebaik orang lain hari ini, namun tidak mustahil dia akan lebih baik dari kita suatu hari

11 Julai 2012 pada 1:55 PTG

Benar tu.. Kita takde hak untuk menghukum orang lain kerana kita sendiri belum tentu sempurna di mataNYA.. =)

11 Julai 2012 pada 2:11 PTG

betul2..tp ramai yg salah faham skg nie. bila tegur sikit je, mula lah paggil org tuh ustaz bagai..

11 Julai 2012 pada 10:36 PTG

thanks..
peringatan yang bermanfaat.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.