Apakah itu sibghah ?
Sibghah ialah celupan .
Apakah itu sibghah Allah ?
Iaitu celupan Allah .
tak faham ?
Menurut ulama Islam tersohor Imam al-Razi, Islam dinamakan sibghah Allah atau celupan Allah berdasarkan dua sebab :-
i - Seperti acuan, Islam itu mesti meresap dan bersebati hingga membekas ke lubuk hati yang jauh dan dalam
ii - Seperti acuan juga, Islam itu mampu membentuk dan menjana manusia menjadi Muslim yang memiliki jati diri, peribadi dan citranya yang khas kerana iman dan ketundukannya yang penuh tulus ke hadrat Allah
Jika diberi analogi,
Kalau contoh kita adalah secebis kain, kemudian kita celup ke dalam air nila yang berwarna biru, tentunya secebis kain itu akan berwarna biru bukan ?
Apabila kita mengaku kita seorang Muslim, seharusnya sandaran amalan dan matlamat kita melibatkan Dia semata-mata . Jadi, mari kita renungkan . Adakah kita sudah dicelup ke dalam celupan ini ? Atau adakah kita tercelup oleh celupan lain ? Wallahu 'Alam .
"Sibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik sibghahnya dari sibghah Allah ? Dan hanya kepada-Nyalah kami menyembah"-Surah Al-Baqarah, Ayat 138-
"Celupan Allah, maka siapakah yang lebih baik celupannya dari Allah?”
ruh kita sentiasa perlu dibasahkan...
7 comments
wah, ilmu bru buat sy...trima kasih...=]
Thumb's up :)
baru tau pasal sibghah nie.. thanks lynn.. kena sentiasa istiqamah dan perbaiki kekurangan yg ada dalam diri
mashaAllah... bagus lah entri mcm ni... dpt mengingatkn kita dikala leka ber-blogwalking..hehe..
thanks :D
terima kasih atas tazkirah untuk pedoman hati
Baru akak tau Lynn apa tu sibghah Allah.. Tq for sharing dear..
syukran :)