Bertunang bukan semestinya memiliki!





Ana tunangan orang..

Wanita yang telah dipinang oleh orang lain haram dilamar, kecuali lamarannya telah ditolak atau yang empunya telah memberi izin. Larangan ini bertujuan untuk menjaga perpaduan dan persaudaraan Islam.

‘Uqbah bin Amir meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :


“Orang mukmin adalah saudaranya mukmin yang lain, maka tidak halal bagi seorang muslim menjual beli atas jual beli saudaranya dan tidak halal ia meminang atas pinangan saudaranya hinggalah ia meningalkannya.” – Riwayat Ahmad Muslim



Abu Hurairah R.A meriwayatakan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :


“Janganlah seseorang lelaki meminang atas pinangan saudaranya, hinggalah ia mengahwini atau meninggalkannya.” – Riwayat Bukhori, Muslim dan Nasaie

Dan Ibnu ‘Umar R.A meriwayatkan pula, bahawa Nabis s.a.w bersabda yang bermaksud :


“Janganlah seorang lelaki meminangg atas pinangan lelaki lain sebelum yang meminang itu meninggalkannya atau ia telah memberi izin untuknya.” – Riwayat Ahmad, Bukori dan Nasaie

Berdasarkan hadis-hadis diatas, jumhur ulama berpendapat larangan yang terdapat di dalamnya adalah haram, bukan sebagai adab sopan sahaja.

Sebahagian ulama lain berpendapat bahawa larangan tersebut hanyalah larangan adab sahaja bukan larangan haram.

Pendapat kedua ini adalah lemah dan tidak boleh diterima kerana berlawanan dengan hadis-hadis diatas.

Pertunangan bukanlah perkahwinan, maka oleh kerana itu sebarang pergaulan bebas antara tunang dengan pasangan adalah terlarang.

Tetapi tiada salahnya jika sekali sekala keduanya bertemu atau berjumpa asalkan berpakaian menutup aurat dan ada bersama mereka mahramnya yang thiqah.

Dalam masa masa pertunangan inilah kedua pihak cuba berusaha mencari titik persamaan dan belajar menyesuaikan diri sebelum keduanya diijab kabulkan secara rasmi menjadi suami-isteri yang bahagia.

p/s : Bertunang bukan semestinya memiliki!



dari ehsan cik google






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

11 Julai 2012 pada 8:03 PG

setuju~ :)

11 Julai 2012 pada 9:10 PG

bertunang bukan semestinya hak kita.. itu baru fasa pertama untuk menuju ke alam pernikahan...

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.