Carilah Pasangan Hidup Yang Mengutamakan Kehidupan di Hari Akhirat
-Tahniah buat Hilal Asyraf dan isteri, moga berbahagia...
love until Jannah-
Sabda Nabi SAW yang bermaksud : ”Ambillah isteri, kerana beristeri lebih membuka pintu rezeki bagi kamu.” (Hadis Riwayat Thusiy)
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : “Barangsiapa yang mampu untuk berumahtangga, maka hendaklah ia berkahwin kerana yang demikian itu dapat memelihara mata dan menjaga kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa kerana puasa itu adalah dapat menahan keinginan (hawa nafsu).”
Wanita yang solehah adalah wanita yang beriman kepada Allah SWT dan rukun-rukun Iman yang lain. Mempunyai akhlak yang mulia, hati yang bersih daripada sifat-sifat mazmumah dan sentiasa melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu yang solehah untuk memastikan rumahtangga yang terbina adalah rumahtangga Islam (baitul muslim). Semua masa dan waktunya dipergunakan dengan sebaik-baiknya untuk mencari keredaan AllahSWT.
Wanita solehah yang sedar terhadap petunjuk agama serta mendalam imannya memiliki keyakinan bahawa Allah SWT telah menetapkan matlamat hidup berdasarkan firman-Nya dalam surah Az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud : "Dan ingatlah Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadah kepada-Ku."
Sesiapa yang berhajat mencari pasangan hidup perlulah utamakan agama dan mengutamakan kehidupan di hari akhirat.
doa untuk mendapat jodoh yang baik bukannya bermula dari saat kita dah besar dan dekat nak kahwin pun. Tetapi doa tu kita usaha doa dari kita dah faham lagi bahawa kita mahukan jodoh yang baik.
Tak kiralah form 2 ka..form 3 ka.. kalau dia faham erti doa untuk mendapat jodoh yang baik, amalkanlah doa tu sejak dari umur belasan tahun lagi. Moga Allah makbulkan doa kita itu kerana ALLAH tidak pernah mensia-siakan doa hamba-Nya ^^
Kadang-kadang rasa jeles kot tengok orang menikah. Tapi tak mengapa, itu rezeki diorang. Rezeki masing-masing. Kena tengok pro dan kontranya juga. Bila sudah jauh berjalan ni, macam-macam yang ana belajar.
Belajar tentang kelebihan dan kekurangan berkahwin time belajar. Bagi setengah orang, kahwin time belajar mampu buat dia fokus study, menjaga hati. Tapi bagi setengah orang, dia berfikiran jauh.
Takkan mahu kahwin time study, sapa nak sara isteri dan anak-anak. Nanti rumah, kereta, duit gaji macam mana bila ke depan.
Haaa..ada setengah berfikiran macam-macam tu. Biasalah..manusia kan banyak ragam. Ana sendiri pun, lepas dah belajar banyak benda dan fikir banyak benda, tak bestlah kahwin time study sebab nak rasa nikmat kerja dan bagi orang tua kita merasa duit gaji kita dulu baru ana puas hati nak kahwin.
Aceeeh.. tapi itu cakap mulut. Perancangan Allah mana kita nak tahu, betul tak?
Dah...dah..
Apa-apa pun, ana tulis entry ni just nak ucap SELAMAT PENGANTIN BARUsahaja. Tiada maksud lain ^^
By the way.. jangan lupa semua, doa dapat jodoh yang baik tau.
Insyaallah kheir saja.
Note : jangan lupa doakan ana sama :P
Ulama ada berpesan, "Jika kita terlalu kejar dunia, dunia akan lari daripada kita, tetapi jika kita kejar akhirat, dunia akan datang dekat (tunduk) kepada kita."
9 comments
InsyaAllah... nmpak ssuai dua2 pasangan..
amin...insyaAllah,mg ukhti mndpt jodoh yg baik...
semoga jodoh mereka berkekalan dunia akhirat
dan semoga kamu pun dapat jodoh yang baik dan soleh dear :) amin..
selamat pengantin baru.. moga kekal ke anak cucu ;)
tahniah :)
sweet je abg hilal ngn wife :)
da xleh la nk stalk2 die...laki org da..huhu
~ smoga berbahagia ^^
Kadang2 terfikir layak ke kita untuk menjadi seorang isteri, sudah bersedia kah kita ? TApi bila tengok rakan2 sebaya dah kawin, perasaan jeles tu datang.
@Alynn Nyzaa
eheee,...
tahniah. barakallah. sangat sukakan Hilal Asyraf ni.