'Rebelling against God' by doing whats forbidden is like rebelling against doctor's orders by drinking poison.Who suffers?You or the Doctor?
-Yasmin Mogahed-
Islam membanteras pembodohan. Wahyu yang pertama iqra' memberi 'perintah' agar manusia membaca untuk mengeluarkan diri dari jahiliyyah dan kebodohan.
Celaru melihat 2 extremist yang merosakkan fitrah. Satu kelompok extremist yang menggunakan nama Islam dan membunuh Islam itu sendiri dengan melumurkan fitnah atas kekolotan dan kesempitan aqal fikiran mereka. Manakala satu kelompok lagi extremist yang menentang kekolotan itu dengan kedangkalan aqal yang cetek dan tenggelam dalam emosi sehingga memperjuangkan perkara-perkara yang tidak relevan.
Antara kezaliman kesan ektremist:
kanak-kanak berani yang ditembak Taliban.
I wish my girls-soon as strong and brave as her.
video documentary Malala yang dirakam pada tahun 2009: Class Dismissed
Pasangan: Said 55 tahun dan Roshan 8 tahun dari Afghanistan.
Perkahwinan kanak-kanak.
DailyMail Online: The terrifying world of child brides
Kesannya lahirlah secular Feminisme:
Kesan feminisme yang menuntut kesama-rataan.
Perkahwinan antara Muslimah dan non-muslim yang semakin popular.
The Oxford Time: Imam Bridges a Wedding Divide
Sebuah organisasi yang memutar belitkan Islam
disokong oleh ex-muslimah kesan kezaliman atas nama Islam.
antara artikel: Women in Islam: From Islam's Sources
Celaru melihat mereka yang mencengkam atas nama agama dan bertambah celaru melihat mereka yang berusaha menuntut hak kebebasan sehingga membuang agama.Sedangkan hakikatnya deen itu jernih.
Deen itu bersederhana.
Asal Kita Adalah Bebas.
Teringat Dr Asyraf Bani Kinanah yang merupakan seorang 3alim dan faqih bidang Usul Fiqh dalam syarahnya ada menyebut ,
"Kenapa perlu menuntut kebebasan? Kita memang dilahirkan dengan bebas. Tidak ada sesiapa yang memiliki kita. Dan Islam datang dengan syariat untuk memandu kebebasan tersebut." (mafhum)
Perkara asas yang perlu kita sedar bahawa asal kita adalah makhluk yang merdeka. Dengan kudrat, kita bebas melakukan apa sahaja. Dan Islam datang mengimbangi kebebasan itu.
Jika mengikut kudrat, kita boleh mengambil apa sahaja benda yang kita lihat dan yang kita sentuh meski itu adalah hasil usaha orang lain. Namun Islam datang meletakkan had dengan kemuliaan pemilikan yang adil.
Jika mengikut nafsu dan keinginan, kita boleh bersama sesiapa sahaja yang kita cinta tidak kira berapa jumlahnya. Namun Islam datang meletakkan had dengan kemuliaan perhubungan suci pernikahan.
Jika mengikut rasa dan jiwa amarah, kita boleh memukul dan membunuh sesiapa sahaja yang kita benci tanpa mengira siapa. Namun Islam datang meletakkan had dengan kemuliaan sabar dan nilai nyawa manusia.
Jika mengikut kekuatan dan kekayaan, kita boleh berkuasa dengan segala kebesaran dan menindas sedahsyat-dahsyatnya sesiapa yang lemah dan miskin. Namun Islam datang meletakkan had dengan kemuliaan perundangan dan kehakiman.
Tanpa Islam yang meletakkan had maka hancurlah dunia.
Maka apakah kehancuran natijah kebebasan itu yang kita hajatkan?
Deen Itu Jernih.
"Permudahkanlah dan jangan menyukarkan, berilah khabar gembira dan janganlah memberikan khabar yang menyusahkan hati". (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Islam datang membawa keadilan yang benar. Adil yang meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya.
Islam bukan menyama-ratakan, tetapi Islam meletakkan hak kepada yang berhak.
Kerana apa?
Kerana kita ada Pencipta.
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (Adz –Dzariyat: 56 )
Dan paling penting, Islam datang untuk mengembalikan fitrah manusia yang dilahirkan penuh merdeka dengan mengangkat manusia dari menyembah, memperhambakan diri, takut dan berharap kepada manusia kepada menyembah, memperhambakan diri, takut dan berharap hanya kepada Allah.
Apabila kita sedar bahawa apabila kita mengimani kalimah Tauhid
maka, secara automatiknya, kita terlepas dari sebarang sembahan, ketakutan, cengkaman dan kekuasaan makhluk lain.
Jiwa, kehidupan, ketaatan, kepatuhan, rasa hamba, hidup dan mati kita langsung menjadi milik Allah.
Dan secara automatiknya kita mengambil garis panduan Islam sebagai pakaian sepanjang kehidupan. Kita meyakini bahawa Allah, Sang Pencipta lebih Maha Tahu segala sesuatu yang baik untuk aturan perjalanan makhlukNya.
Aplikasi Merdeka Sebenar.
wanita itu bukan hamba untuk disimpan bersama asap di dapur tetapi untuk dijadikan teman dalam kehidupan.
Contoh, dalam situasi isteri yang didera oleh suami dengan teruk. Jika isteri tersebut sedar bahawa tidak ada hukum yang membenarkan suami memukul isteri kecuali berSEBAB dan sebab itu adalah sebab yang membawa kemurkaan Allah seperti melakukan kemaksiatan dll, maka si isteri boleh bangun menuntut haknya dalam Islam yang sangat luas memuliakan para isteri.
Jika si isteri sedar bahawa jiwanya milik Allah, maka dia tidak perlu takut dengan kemarahan suaminya yang zalim jika dia di pihak yang benar. Tidak perlu membiarkan diri terus diperbodohkan oleh lelaki yang mengikut hawa nafsu.
Siapa dia untuk sewenang-wenangnya mengasari kita sedangkan tugas seorang suami itu melindungi?
Begitu juga realiti bagi pemimpin yang menindas.
Namun, kesedaran ini tidak akan lahir kecuali selepas kita sedar bahawa Islam itu meletakkan had yang menghalang kebebasan mutlak nafsu manusia. Bukan dengan kefahaman yang mengotori bahawa Islam ini yang mengongkong dan membenarkan kezaliman itu berlaku.
Penutup: Islam Bukan Untuk Yang Hanya Bertaqlid.
"Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang ber'aqal (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kamu, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari api neraka" (Ali Imran: 190-191)
Allah tidak menciptakan aqal manusia itu dengan tujuan yang sia-sia. Allah tidak menyuruh kita beriman secara membuta tuli dan ikut-ikutan. Tetapi Allah meletakkan kekuatan berfikir, mentadabbur, memerhati dan belajar sebagai sebahagian dari proses meningkatkan keimanan.
Jika proses alam disuruh kita mentadabburnya, pastilah syariat Islam yang kita perlu laksanakan ini perlu dilaksanakan dengan penuh sedar dan faham, bukan?
"Sesungguhnya sanya yang takut kepada Allah itu (adalah) dari hamba-hambaNya yang berilmu". (Fathir: 28)
Teringat dalam novel "The Imam's Daugther" tulisan Hannah Shah yang merupakan catatan kisah benar menceritakan betapa dia membesar dalam keluarga Imam tetapi bapanya sangat zalim dan menindas ahli keluarga. Malah antara kejahatan bapanya ialah memaksa mereka melakukan ibadah tanpa pernah mendedahkan ilmu terlebih dahulu. Mereka dipaksa membaca alQur'an tetapi mereka disembunyikan makna ayat-ayat alQur'an.
Pokoknya, jika ada perlaksanaan muslim yang mencacatkan pandangan kita terhadap Islam, maka bersegeralah mencari kebenaran dengan ilmu dan kesedaran yang sohih.
Notakaki -terkejut mendengar khabar duka penceraian pasangan senior yang saya kagumi.Langsung berusaha untuk serius mempersiapkan diri. Masih banyak perkara yang perlu diperbaiki. Semoga Allah kuatkan kita iAllah.
1 comment
bila hidup berlandaskan nafsu semata2, inilah jadinya...