Sapa, Salam, Senyum, Susah ke?


"bukankah kecurigaan telah terbunuh ketika kita bersapa" -Usman Awang

Sapa, Salam, Senyum.

Jom adik-adik, kakak-kakak, mak cik mak cik, cikgu-cikgu, Pofessor-professor, doktor-doktor, ustaz ustazah.
kita bertegur sapa ^^ tak di alam maya, dan di dunia nyata :)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda

“Baragsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silatur rahim.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

P/s: dengan batasan yang ditetapkan oleh syara3 :)


Point di atas adalah kita dapat apa yang kita beri.

Antara perkara-perkara yang kita boleh berikan kepada orang dengan percuma. Tapi kena pengorbanan sikitlah iaitu ego diri kita and segala buruk sangka kita terhadap orang lain.


1. Kasih sayang.
Bila kita lihat or jumpa seseorang yang kita dah lama or baru kenal, lihatlah and layanlah mereka dengan penuh kasih sayang. Kasih sayang seperti kita sayangkan ahli keluarga kita, mak ayah dan adik beradik kita. Treat them nicely tanpa harapkan balasan tanpa sedikit pun. Bila treat orang rasa kasih sayang, nak kutuk or ngumpat pun rasa tak sampai hati. Try buat. Nanti serius, kita pun turut rasa kasih sayang orang itu pada kita. Rasa macam, oh inilah rasanya.


2. Senyum.
Tak kisahlah orang yang kita senyum itu, tak senyum balik. Asalkan niat kita kerana Allah, bukan nak menggatal, :p. La apa sangatlah pun kalau orang itu tak senyum balik, kita hanya rasa segan and macam malu sekejap jekan. Sekejap je.Patutnya bukan kita yang malu, tapi orang itu yang malu sebab senyum merupakan nilai yang baik, kenapa dia nak nafikan?


Comel kan. Puk karang baby ini. Hehe.


3. Salam.
Perasan tak kita bagi salam hanya dekat orang yang kita yakin dia akan senyum and jawap salam kita balik?Orang yang muka masam sikit, kita macam tak berani nak bagi salam. See! Nak bagi salam pun siap pilih-pilih lagi and sangka buruk. Entah-entah bagi salam, orang yang muka masam terus jadi happy sebab sapaan salam kita yang merupakan doa bagi dirinya. Indahnya Islam! :)




Mari kita sama-sama try amalkan dulu yang tiga ini. It is soo much easier said than donekan? Takpe, pelan pelan. Niat baik Allah sure tolong.


So, marilah kita sama-sama sentiasa perbaiki diri kita supaya kita minta dekat Allah; kasih sayang daripadaNya supaya kita mengasihi terhadap diri kita sendiri dan agar kita dapat kongsikan kasih sayang yang kita ada itu kepada orang yang lain. Minta pada Allah, beri pada manusia. InsyaAllah.


Hanya apabila kita melihat orang lain dengan kasih sayang, orang lain akan melihat kita dengan kasih sayang. Kita adalah apa yang kita beri sebab,


"Hanya orang yang sayang dirinya dapat menyayangi diri orang lain. Dan orang yang benci dirinya lebih gemar mengkritik and membenci orang lain."


So, mari kasih mengasihi demi Allah. insyaAllah. :)


*Conteng sikit.
Contoh..Dulu masa sekolah, time exam, sila beri kelebihan orang yang bercakap benar, or anything else yang berkaitan sifat mahmudah. Skema jawapan.

a) Disayangi Allah dan Rasul.
b) Disayang keluarga dan kawan-kawan.
c) Dihormati oleh masyarakat.
d) Dijauhkan daripada api neraka.


Tapikan, sayangnya, pengetahuan kita itu kita hanya hamburkan ke atas kertas peperiksaan tanpa kita cuba sedikit pun menghayati apa yang berbuih cikgu/ustaz/ustazah kita sampaikan. Yang penting dapat result Akhlak 50/50.


*Zaman sekolah agama dulu. :p. Kalau 48 or 46 /50 macam down habis, wonder like apalah yang aku salah ni. :p. Exam oriented betul.

ok bai tidur dulu.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


13 comments

24 Oktober 2012 pada 12:45 PG

dulu saya penah kena tegur pasal jarang senyum..
bkn saja2 tak senyum tp stress dgn keja
tapi bila pikir balik org yg tegur sy tu 10 kali ganda lagi stress dr saya
dia masih buleh tersenyum & tegur sy

sampai hari ingat lagi kejadian tu :)

24 Oktober 2012 pada 1:00 PG

@Taufik alhamdulillah.. senyum tu kan sedekah. :)

24 Oktober 2012 pada 1:31 PG

kasih sayang tu memang sesuatu yang sangat penting :)

24 Oktober 2012 pada 1:49 PG

assalamualaikum

KLIK menyanggah Nazri, Malaysia bukan negara sekular

24 Oktober 2012 pada 3:19 PG

sy lebih prefer senyum drp byk cakap, see ^_____^

24 Oktober 2012 pada 9:33 PG

Saya Suka point no 3 tu.

24 Oktober 2012 pada 2:49 PTG

Senyum dan bagi salam...perkara mudah tapi nak lakukan susah..hmmmmm...

24 Oktober 2012 pada 3:34 PTG

wahh nice sharing ;)) mcmna mmg suka senyum..tp sakit hati jugak pernah senyum kat sorang kakak ni paki tudung manis je muka..tp dye jeling plak kat kita tataw nape..myb dye egt na perli dye ke kot kan..tp xpela mmg awk share ni semyum itu sedekah ;))

24 Oktober 2012 pada 3:56 PTG

baru tersedar yg bila kita sayang dan rasa kasih syng org tue. mlut mmg terkunci nk sebut keburukan dia. .betol la awak..

* Lynn kitorang buat satu kenduri je nanti. kat rumah saya, Ipoh. cane nak kasi kad nie?

24 Oktober 2012 pada 4:33 PTG

assalamualaikum:)

24 Oktober 2012 pada 6:47 PTG

Betul tu tak rugi kalau kita sapa dan tegur sesama kita kan.. Lg byk kebaikkannya..

24 Oktober 2012 pada 9:34 PTG

ida suka senyum...tp sbnarnya ada jugak yg org yg bl ida senyum dia dan2 cepat2 masamkan muka cm asam kecoot..apakah..hik3

24 Oktober 2012 pada 9:58 PTG

jika jiwa itu jujur semua pasti terserlah keluar tanpa perlu ada suruhan...

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.