alamak, lupa nak post awal-awal kat korang
dah masuk 5 zulhijjah kan.
Jom Puasa Sunat ramai-ramai
1-9 zulhijjah 1433
tapi kalau tak mampu, 9 zulhijjah sahaja pun tak pe.
"Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.
Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).
Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya."
Jom ahli-ahli keluarga saya sampai syurga ♥ kita buat apa yang Allah dan Rasulnya cintai .
*****
Rebutlah Keistimewaan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah
Bagi ummat ISLAM yang tidak mempunyai kesempatan untuk mengerjakan ibadah haji, ALLAH `Azza wa Jalla tetap menyediakan keistimewaan yang besar untuk direbut pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.
Apakah amalan-amalan itu?
Apakah amalan-amalan itu?
1) Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah sunat sepanjang 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah.
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih di kasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: “Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”
(HR al-Bukhari)
Para salafussoleh merebut kelebihan yang terdapat pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah dengan menghidupkan siang dan malam mereka dengan amalan-amalan soleh dan ibadah-ibadah sunat.
2) Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah
Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab yang maksudnya:
“Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”
(HR Muslim)
3) Solat `Eidul-Adha
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan dua hari istimewa kalian itu dengan dua hari yang lebih istimewa daripadanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.”
(HR Abu Daud: 1134, al-Albani mensahihkannya di dalam as-Silsilah as-Sahihah: 2021)
Di dalam hadith lain, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya sebaik-baik hari di sisi ALLAH adalah Hari Raya Aidiladha.”
(HR Abu Daud: 1765, al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Abu Daud)
4) Menyembelih haiwan korban selepas Solat `Eidul-Adha.
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:
“Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai ALLAH ialah menyembelih korban. Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya. Sesungguhnya ALLAH akan menerima penyembelihan korban itu sebelum darahnya tumpah ke bumi. Maka, kamu hendaklah ikhlaskan diri semasa melakukan korban itu.”
(Ibn Majah: 3117 dan at-Tirmizi: 1412)
*****
notahati-
Bila ada urusan kita yang terasa susah dan sulit untuk dilaksanakan,terfikir, kita ada susahkan orang ke sebelum ni?
Maafkan saya kalau ada menyusahkan sesiapa.
5 comments
trime ksih sudi mngingatkan
x lama lagi nak raya haji.. subhanallah..
terima kasih kerana mengingatkan
ada dua hari lagi.. harap2 pagi nanti terjaga bangun sahur.. :)
terima kasih untuk perkongsian ni awak :)