Adakah memiliki akaun facebook suatu kewajipan?



kredit to google.


Bergantung pada Allah dan menyandarkan segala urusan kepadaNya

nescaya berbahagialah dengan jiwa yang kental dan tak mudah putus asa.

dah tak nak sedih-sedih dah.
think positive in every single thing you are.
keep on striving! chayo3
rehat-rehat dalam kubur nanti deh.

ok?


“Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)

Allah itu dekat. :)



Hari ni,sedang berjalan ke rumah sahabat,azan Isyak berkumandang. kelihatan seorang pak cik masuk ke kereta dan menuju ke masjid.

tiba-tiba saya teringatkan syabab-syabab melayu di Jordan,yang ke masjid. Setiap hari. berjalan kaki.
Yang duduk berdekatan,Alhamdulillah, yang duduk jauh,lagi-lagi lah Alhamdulillah.

sebab...

Dari Abu Musa katanya;


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

ﺇِﻥ
َّ ﺃَﻋْﻈَﻢَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ ﺃَﺟْﺮًﺍ ﻓِﻲ ﺍﻟﺼَّﻠَﺎﺓِ ﺃَﺑْﻌَﺪُﻫُﻢْ ﺇِﻟَﻴْﻬَﺎ ﻣَﻤْﺸًﻰ ﻓَﺄَﺑْﻌَﺪُﻫُﻢْ ﻭَﺍﻟَّﺬِﻱ ﻳَﻨْﺘَﻈِﺮُ ﺍﻟﺼَّﻠَﺎﺓَ ﺣَﺘَّﻰ ﻳُﺼَﻠِّﻴَﻬَﺎ ﻣَﻊَ ﺍﻟْﺈِﻣَﺎﻡِ ﺃَﻋْﻈَﻢُ ﺃَﺟْﺮًﺍ ﻣِﻦْ ﺍﻟَّﺬِﻱ ﻳُﺼَﻠِّﻴﻬَﺎ ﺛُﻢَّ ﻳَﻨَﺎﻡُ“


Manusia paling besar pahalanya dalam shalat adalah yang paling jauh perjalannya, lalu yang selanjutnya. Dan seseorang yang menunggu shalat hingga melakukannya bersama imam, lebih besar pahalanya daripada yang melakukannya (sendirian) kemudian tidur.” (HR. Muslim no. 662)

saya google apa kelebihan solat ke masjid (yelah..nak baca kitab tak pandai),dan antara yang saya jumpa, Allah hapuskan dosa, dihidangkan makanan di syurga..Subhanallah..besarnya pahala kalian wahai syabab.

dan untuk akhawat,kalau cukup ahli untuk jadi imam dan makmum,berjemaah lah kat rumah masing.tambahkan mawwadah dan rahmat.  ingatkan antara satu sama lain. jangan hanya duduk terkurung dibilik masing-masing hanyut dalam dunia maya.

Tiba-tiba terkagum dengan syabab-syabab yang solat di masjid.

Moga terus Istiqamah!

***

Dunia maya .. dunia maya. facebook atau twitter..


saya tak pandai guna twitter. serius.

Bagi teman-teman yang tiada  akaun Facebook tidaklah dianggap berdosa, dan bagi yang sudah memilikinya pula tidak boleh dituduh sebagai menyokong Yahudi. Ia terletak di tangan masing-masing bagaimana kaedah menggunakannya. Boleh jadi ia membuahkan kebaikkan jika betul cara dan kedudukannya, bahkan akan menjadi berdosa jika tersilap langkah. Pendek kata, dosa dan pahala itu, diri-sendiri yang menentukan dan aturkan.



Facebook


tidak rugi memilikinya jika dengan cara itu ia dapat membuahkan pahala, apatah lagi jikalau ia bijak digunakan semaksimanya sebagai jalan dan wasilah untuk menyampaikan seruan dakwah. Kita tidak mahu menjadi umat Islam yang ketinggalan dengan arus kemodenan dan kecanggihan media massa. Peluang yang ada dari segenap sudut untuk menyebarkan Islam harus di manfaatkan sebaiknya. Ini bertitik tolak daripada hadith Nabi saw: ‘Sampaikanlah walaupun sepatah ayat’



YA, ketika ini Facebook bersesuaian menjadi platform dan juga salah satu medan untuk menyampaikan ‘sepatah ayat’ seperti yang telah disebutkan oleh baginda Nabi saw. Kalau itulah ibadah yang mudah untuk digendong sebagai pahala, mengapa umat Islam seperti kita mesti mengabaikannya?



Kesempatan berbual dengan seorang teman akhirnya membawa saya untuk menulis sesuatu buat semua kaki-kaki dan pengguna laman sosial tersebut. Dia bertanya: ‘Adakah memiliki akaun facebook suatu kewajipan?’



Jawapan: Ia tidaklah setaraf dengan kewajipan dan kefardhuan yang telah sedia ada. Namun bagi saya, ia satu keperluan buat masa sekarang. Sahabat saya yang seorang ini telahpun membuka akaun facebook tetapi tidak aktif kerana dia melihat banyak kelalaian yang berlaku di dalamnya. Saya tidak nafikan pendapat itu, benarlah situasi demikian sedang berlaku. Tetapi kita jua kadangkala boleh menjadi hakim dan penilai kepada diri-sendiri samada menggunakannya dengan tujuan yang baik atau sebaliknya.



Ibaratlah sebilah pisau yang diimport, jika anda berfikiran waras maka pisau itu mungkin anda gunakannya untuk memotong sayur, menyembelih binatang dan segala yang dapat dimanfaatkan melalui pisau tersebut. Sebaliknya, jika kewarasan tadi telahpun bertukar kepada kegilaan dan kejahatan, siapa tahu pisau yang sama juga akan menjadi punca kepada pembunuhan!



Jangan salahkan pisau yang tajam, jika tuannya sendiri tak tahu dan salah cara menggunakannya. Jangan salahkan facebook jika diri-sendiri yang lalai. Kalau sudah tidak tahu dan khuatir dikejar dosa kering, tinggalkan saja akaun tersebut. Namun, lebih baik ada yang dimanfaatkan daripada tiada yang sia-sia.



Pokok pangkalnya, jika nawaitunya baik, langkah seterusnya akan diekori dengan kebaikkan. Berfikirlah sebelum menaip.


Nawaitu


Kata orang, bila diawal-awal lagi niat sudah terpesong, di tengah-tengahnya nanti lebih jauh tersungkur. Niat itu bahasa mudahnya adalah tujuan dan matlamat. Mahu menaiki kereta mestilah ditetapkan terlebih dahulu ke mana tujuan atau destinasi yang hendak dituju. Sekiranya matlamat tidak diletakkan sebelum bermula perjalanan, percayalah anda tidak akan sampai ke mana-mana bahkan minyak kereta akan habis.



Seandainya keinginan untuk berfacebook hanyalah sebagai suka-suka, atau kerana orang lain ada kita juga perlu ada, atau segala keinginan yang masih lagi belum jelas matlamatnya, jauhkan dahulu buat sementara waktu sehingga menemui tujuan yang tepat. Bukan tidak boleh, tetapi mengambil langkah selamat daripada terjebak kepada dosa.

Apabila saya menulis begini, tidak bermakna saya menghalang sesiapa yang mahu berkecimpung di dalam laman sosial ini, tetapi sekadar mahukan anda lebih berhati-hati. Kerana saya lebih nampak laman ini lebih sangat mudah memberikan dosa berbanding pahala. Tetapi anda boleh merubahnya jika di awal-awal lagi anda sudah menyimpan niat yang baik:

‘Sahaja aku berfacebook hanyalah kerana ALLAH’ ia sudah memadai untuk memandu kita ke jalan yang selamat.

Komunikasi: Ini Laman Sosial bukannya So-sial

Tidak salah pemegang akaun laman sosial ini mahu meluahkan rasa yang ada di hati. Luahlah selagi ruang status itu muat untuk dituliskan sesuatu. Kalau marah, nyatakan marah dengan sebaiknya, jika sedih nyatakan kesedihan dengan cara kewarasan. Tetapi janganlah sesekali menggunakan bahasa yang tidak sepatutnya, pendek kata mencarut kepada si polan.




‘BENGANGNYA DENGAN MAMAT TU, @#$%^&* BETULLAH! TAK ADA OTAK KE?’

Sememangnya hak bersuara itu sepenuhnya berpihak kepada pemilik akaun tersebut, namun, janganlah hingga menyatakan celaan dan makian secara umum dan mengaibkan. Cukuplah menyatakan marah tetapi jangan pula berbalas makian. Di facebook semua friend akan membaca apa yang dituliskan oleh anda, jika satu perkataan buruk menjadi ikut-ikutan oleh orang lain, maka bertambah-tambahlah dosa kering yang bakal anda perolehi.



Tiada sebarang manfaatpun jika anda terus menerus dengan sikap beremosi di laman itu. Lebih buruk keadaannya apabila yang berkelahi itu adalah sesama Islam, bukan setakat maruahnya sahaja yang tercemar, tetapi juga maruah agama Islam.



Tukarlah cara marah itu, tidak salah menyatakan kemarahan dalam bentuk puisi dan sajak. Ia lebih cantik dan berpedoman.



Ghaddul Basor (Tundukkan Pandangan)


Menundukkan pandangan bukanlah hanya di pasar malam, di shopping kompleks, di perhentian bas atau di tempat-tempat awam sahaja, tetapi merangkumi segenap aspek yang boleh mengundang kepada zina mata seterusnya membawa kepada zina kemaluan. Di facebook anda terdedah dengan gambar-gambar yang sebahagiannya tidak menutup aurat. Sehinggakan ada sebahagian penggunanya sanggup membuka akaun ini semata-mata untuk melihat gambar wanita.


Berdosa melihat aurat wanita di jalanan sama juga dosanya seperti menatap gambar-gambar wanita di facebook, tidak kurang walaupun sedikit apatah lagi sehingga ia menimbulkan syahwat. Pemegang akaunnya pula tidak segan silu meng-upload-kan gambar-gambar dengan aksi yang menghairahkan, lebih memalukan mereka itu di kalangan yang bertudung!



Itu satu hal juga, namun bagi kita yang telah memahami halal dan haramnya sesuatu, maka sangat eloklah untuk menjauhinya. Lebih banyak gambar di sana yang sedap untuk dilihat dan boleh mendatangkan pahala.


Mungkin ada yang berkata: ‘Alah, tengok je, bukan ada apa-apa pun!’



Mula-mula memang melihat, kemudian mencari akhirnya bertemu. Kita bukannya tahu hati manusia. Benarlah kata bidalan, dari mata turun ke hari, kalau buruk yang di mata, buruklah yang sampai ke hati nanti. Mencegah lebih baik daripada berubat setelah ia menjadi parah!


Tak Tahu Guna?

Saya kerap berpesan kepada teman-teman ‘seperjuangan’ difacebook. Jika anda yang sudah mempunyai akaun ini jangan sia-siakannya dengan meng-update status yang mengarut dan mengandungi unsur yang tidak mendatangkan apa-apa faedah. Kadangkala saya menjadi hairan, sedemikian banyak kemudahan yang diberikan dalam laman sosial ini, sampaikan ada yang tidak tahu untuk menggunakannya pada jalan kebaikkan?



Sehinggakan tahap ketidak-tahuan pemiliknya untuk menggunakannya menjadi serius, maka terbitlah status yang boleh dianggap sebagai sia-sia dan tidak sepatutnya:



‘NAK TIDUR, Zzzzz’ status seperti ini ibarat mengajar seorang cheff memasak. Orang sudah tahu, buat apa mahu diberitahu?



Saya mahu berkongsi petua untuk cepat mendapat pahala melalui wasilah facebook ini. peganglah kepada prinsip, setiap kebaikkan yang diniatkan kerana ALLAH itu adalah berupa pahala. Anda memberi tanda LIKE pada sesuatu yang baik sehingga menyebabkan orang lain terlintas dan tertarik untuk membacanya juga sudah dikira satu pahala. Mudahnya?



Bagi yang sudah kering idea memikirkan apakah perkataan yang sepatutnya aku tulis di wall statusnya, cara ini paling mudah dan pahalanya lebih berlipat ganda. Taipkan saja terjemahan ayat-ayat Al-Quran atau maksud hadith Nabi saw di status anda sebagai perkongsian harian. Banyaknya hadith-hadith Nabi yang boleh memberi manfaat kepada umum sehingga tiada alasan untuk mengatakan bahawa anda tidak tahu untuk menulis apa di status wall anda.



Terlalu besar pahalanya jika hadith atau ayat Al-Quran itu dibaca kemudian pula disebar-sebarkan kepada orang lain. Tanpa sedar kita telah mendapat pahala dan dalam masa yang sama kita sudah menjalankan tugas sebagai penyampai kepada agama Islam.


Penutup

Memburu yang baik (pahala) tidaklah terlalu sukar seperti yang disangkakan. Begitu juga pada yang buruk, pokoknya terserah pada diri manusia itu yang memilih samada mahukan kebaikan atau keburukan. Tidak wajar kita berkobar-kobar menyatakan facebook ini sebagai propaganda Yahudi sedangkan kita sendiri salah cara menggunakannya.

Jika tahu memanfaatkannya, dipersilakan. Namun, jika rasa tidak perlu, jauhkan saja.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


5 comments

24 Oktober 2012 pada 11:31 PTG

facebook ni kadang bahaya gak
bg sy la haha

keja yang satu dua hari buleh siap
tertangguh2 sampai seminggu hehe

sampai kena bawak balik rumah
ni baru siap, minggu depan nak meeting
lega sikit dah siap bule la layan komen blog org hehe

24 Oktober 2012 pada 11:41 PTG

@Taufik assalammualaikum. taufik.. setuju jugaklah..benda lain takpe tangguh ..jgn tangguh solat sudah. :)

dulu active sangat fesbuk.satu hari kalau boleh nak updated status setiap minit kot.sekarang rasa dah kurang.mungkin sebab banyak sangat anasir2 luar yg masuk dalam fesbuk ntah dtg dari mana.kkdg takut nak pi kat home tu. masya allah mcm2 boleh jadi.blog lagi best kot.

ada meeting? moga najah ye.

25 Oktober 2012 pada 1:03 PG

setuju.. ehehe...

25 Oktober 2012 pada 1:25 PG

pucuk pangkal hati kita sendiri.. adakah hendak menggunakan facebook tu ke jalan yang baik atau sebaliknya..hehehe..

p/s : rasanya kita perlu bijak untuk jadikan platform yang telah disediakan itu untuk memajukan diri kita, dan juga menyedarkan insan2 lain untuk mendekatkan diri kepada Allah :)

25 Oktober 2012 pada 10:34 PG

Tinggalkan je la facebook tu.. Di dalamnya ada 'ubat' dan 'racun'.. Kalau ubat di makan bersama racun, yg akan memberi kesan ialah racun..
'Bila roh dah diracuni,
hanya doktor tertentu shj yg boleh mengubati.
Dikhuatiri belum sempat diubati,
kita sudah pergi mengadap Ilahi.
Membawa bersama hati dan roh yg sudah diracuni..'

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.