Ada seorang sahabat yang saya sayang ni, dia mintak taujihad dari saya
saya rasa saya tak layak nak bagi taujihad,
cukuplah hanya sedikit perkongsian.
"salam,
berikan ana sedikit taujihad
syukran
terutamanya dlm pengurusan masa.."
Psst: harap enti tak kisah :P
Alhamdulillah, persoalan sahabat saya ni buat saya terpandang diri sendiri
dah cukup terurus ke masa saya?
cuti raya yang panjang ni, buat saya berfikir untuk buat strategi
macam mana nak hadapi forth year as a medical student dekat sini,
yang dikatakan orang makin mencabar.
saya banyak rujuk buku dr Muhaya "How to be a good medical student"
satu hari saya berbual dengan teman seusrah
saya: kak tie, macam mana nak uruskan masa ye? nanti naik tahun empat lagi sibuk, dari tahun tiga pun dah rasa sibuk bagai. hmmm.
Kak Tie : Kalau masa solat pun tak jaga, macam mana nak uruskan waktu,
saya: adeh (terkena atas kepala sendiri) -,-
dalam hati saya, ringkas dan padat, tapi cukup pedas.fuh!!
terima kasih kak tie :) sayang kamu kerana Allah ♥
kesimpulannya, orang yang berjaya menguruskan waktu adalah orang yang menjaga solatnya,
dan saya percaya pada keberkatan masa,
kalau kita luangkan masa untuk Allah taala, untuk melaksanakan ketaatan dan kecintaan kita padaNya,
seluas2nya masa Allah boleh lapangkan untuk kita, sebab Dia Maha Berkuasa,
dan masa tu milik Allah
Orang yang study dalam masa 1 jam, boleh dapat banyak benda
tapi ada jugak orang yang study 1 jam, 1 muka surat pun takleh nak hadam.
nampak tak perbezaannya?
dan satu lagi, kalau rasa masa kita sentiasa tak cukup, cuba kita fikir, pernah tak kita curi masa orang lain?
curi masa?
yelah, pernah tak kita buat orang tertunggu-tunggu?
so, jangan jadi pencuri, nanti automatik masa kita pula dicuri. :)
dan kalau ada saudara kita, sahabat kita yang mintak pertolongan, yang kadang2 kita rasa berat nak tolong, sebab ada banyak sangat-sangat benda nak buat,
tapi sebenarnya, mungkin bila kita tolong dia, lagi mudah urusan kita (biiznillah)
barangsiapa mempermudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusannya
Apatah lagi kalau kita sibukkan diri kita dgn kerja-kerja Islam.
Allahurabbi.
Moga Allah sentiasa bagi kekuatan pada kita, bagi taufiq dan hidayah untuk kita tanam dalam diri kita 4 ciri dalam surah Al-Asr (golongan yang tak rugi )
*beriman
*beramal soleh
*saling mengingatkan dalam pkr kebenaran
*saling mengingatkan dalam pkr kesabaran
Syukran sahabat, kerana sentiasa ingatkan saya :)
ingatkan saya, kepada kebenaran,
dan ingatlah saya dalam doa.
special post utk enti ni.hihi (kalau-kalau enti baca lah)
dan of course untuk diri saya sendiri yang selalu terleka. :)
okbai
2 comments
Ilmu yang amat berguna, solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya. Jazakallahu khairan,
"masa itu seperti pedang. jika kita tidak memotongnya dia akan memotong kamu"