Jom Tingkatkan Security Password Anda






ADAKAH ANDA YAKIN PASSWORD ANDA BETUL - BETUL SELAMAT ???


Ramai dari pakar sekuriti online mencadangkan password yang baik ialah:
Selalu ditukar-tukar. Tapi awas jangan sampai terlupa pula.
Menggunakan password kata yang panjang.
Menggunakan gabungan huruf capital dan small letter.
Menggunakan karakter gabungan alfa-numberik dan simbol-simbol.
Bagaimana kita boleh mengetahui bahawa password kita benar-benar selamat ??



Sebenarnya ada satu alat pengukur password online yang bagus .alat ini dapat menunjukkan seberapa kuat password anda.Cara untuk menggunakanya adalah amat mudah anda hanya perlu masuk ke laman web 

ini : [http://www.passwordmeter.com/  dan masukkan password yang ingin diuji dalam Password Meter . Kemudian, Periksa semua saranan untuk menyukarkan dan memantapkan password anda.Meter akan menunjukkan jika password menggunakan simbol, angka tengah, huruf kecil, huruf besar bersama dengan panjang password.Jika percentage password belum 100% ubah password dengan beberapa tambahan untuk membuatnya kuat iaitu sebesar 100%.


Password meter ini dapat digunakan untuk memudahkan anda mengingati dan membuat password menjadi lebih kompleks. Untuk meninggkatkan lagi security password anda saya saran agar anda tidak membuat password berdasarkan dari data diri sendiri atau hal-hal yang disukai kerana ini akan memudahkan para hackers untuk meneka password anda.


Sebenarnya, untuk mendapatkan password yang secure anda tidak memerlukan perkataan yang terlalu panjang.Seperti dalam screen shot dibawah saya tidak menggunakan perkataan yang terlalu panjang dan susah untuk diingati tetapi peratus kekuatan password itu adalah 100%



(klik untuk besarkan)



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

6 September 2012 pada 11:18 PTG

Selalunya aku letak kat note dkt destop so takde lah terlupa xD
yup, selalu juga praktik kn change password oftenly

6 September 2012 pada 11:42 PTG

kalo password tu guna birthday memang mudah orang nak hack..tengok kat facebook pun dah nampak..password tu kalo boleh combination antara huruf dan angka..satu lagi nak tutup blog kena log out dulu..elak dari tutup camtu je..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.