Nabil Bakal Timang Anak Perempuan?


Nabil Bakal Timang Anak Perempuan?


Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil Raja Lawak merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia seni tanah air. Menurut sumber, Nabil memaklumkan bahawa beliau kini semakin sibuk menjalankan tugas sebagi penyampai radio di Suria FM.

Biarpun sibuk menjalankan aktiviti seni, Nabil masih tidak lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Tambahan pula kini isterinya, Zira sedang hamil 6 bulan dan perkara ini membuatkan Nabil sering meluangkan masa bersama isterinya.

Nabil juga menyatakan bahawa bayi di dalam kandunga isterinya adalah bayi perempuan.

“Kami ada buat scan, bayi tu adalah bayi perempuan. Jadi, untuk nama dalam perut saya panggil dia ‘Pia’ ataupun ‘Sofia’ sebab nama tersebut macam senang dan sedap mulut menyebut. Tapi itu untuk nama dalam perut je. Tak tahulah kalau dah keluar nanti saya nak bagi nama lain pulak,” ujar Nabil.

Selain itu, Nabil turut menyuarakan hasrat, di mana apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata dan berada dalam keadaan pantang nanti, beliau ingin menggunakan khidmat profesional tukang urut tradisional untuk menjaga dan merawat isterinya sepanjang tempoh tersebut.

“Bila isteri saya dalam pantang nanti, saya nak gunakan khidmat profesional tukang urut tradisional. Saya nak dia jaga isteri saya sepanjang tempoh pantang 44 hari dan dia kena datang hari-hari sama ada siang ataupun malam,”katanya lagi.

Menurut Nabil, sejak berbadan dua, isterinya menjadi seorang yang suka dan rajin memasak. Namun begitu, Nabil merasa lega kerana isterinya tidak mengalami sebarang alahan sepanjang tempoh kehamilan pertama ini.

Untuk perkembangan terbaru, filem lakonan Nabil berjudul “Omi VS Ponti” (Orang Minyak VS Pontianak) akan mula ditayangkan di pawagam pada 21 November ini. Antara pelakon yang turut membintangi filem ini adalah Johan Raja Lawak, Sharifah Shaheera, Sharifah Amani serta Noh Hujan.

Nabil dan isterinya, Nazirah Ayub telah bernikah pada 30 September 2011 dan Majlis resepsi mereka berkonsepkan ‘Fantasy Wonderland’ telah diadakan di I-City, Shah Alam pada 2 Oktober 2011. – Yahoo!



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

6 September 2012 pada 7:40 PTG

Harap2 ibu Dan anak slamat bila tiba masa bersalin nanti.. Bertuah nabil, cantik wife dia

7 September 2012 pada 12:20 PG

Alhamdulillah, bahagianya tgk mereka lepas berkahwin ^^

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.