Orang Jahat Mesti Untuk Orang Jahat?




..."Allah tak pernah janjikan langit selalu biru, 
jalan hidup tanpa batu, 
matahari tanpa hujan, 
kebahagiaan tanpa kesedihan, 
sukses tanpa perjuangan. 

Tapi Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan, 
rahmat dalam ujian, 
ganjaran buat kesabaran, 
keteguhan dalam perjuangan.. 


Bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan?..."

p/s: selalu semangat ketika membaca tulisan ini.. :)

cam pasrah jek.. bukan sebarang pasrah.. actually ok jek ni.. emosi masih stabil.. cume perlu meluahkan ape yg ade didada nih.. sungguh menyesakkan.. biar settle siap2 soal hati 
akhirnya alhamdulillah.. ana berjaya mengharunginya dengan tabah.. tabah ke? ermm ni dah dikire tabah la.. sistem utama masih berfungsi dengan baik.. cuma sistem2 yg berkaitan dengannya agak terganggu sketla.. tapi still leh menten lagik ni.. tak ok kire okkan jek.. yang ko di okkan je.. ok? .. masa tak perlula nak cakap cepat berlalu.. dok cakap2 ni dah buang masa gak.. so yang dah lepas tu.. dijadikkan pengajaran dan baiki mane yang patut.. 
ok faing ..back to the serious topic..
Islam tidak pernah menutup ruang pengharapan untuk manusia, biar seburuk mana dia pada pandangan manusia yang lain 

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat. Saya fikir ada sesuatu yang ingin saya kongsikan bersama anda dalam entri ini.

Asas kepada kefahaman seperti di atas adalah firman Allah yang berbunyi :

” (lazimnya) Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat, dan (sebaliknya ) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka itu bersih dari tuduhan buruk yang dikatakan oleh orang-orang jahat kepada mereka, dan mereka itu akan beroleh keampunan dari Allah dan pengurniaan ( syurga ) yang mulia. ” [ An Nur : 26 ]



Di dalam tafsir Ibnu Kathir terdapat dua pendapat berkenaan ayat di atas. Selain daripada apa yang seringkali kita dengar dan faham, maksud ayat di atas juga adalah ‘perkataan’ atau ‘ucapan’ yang baik, untuk golongan yang baik. Manakala sebaliknya yang buruk, untuk golongan yang buruk. Ini sepertimana yang dinyatakan oleh Ibn Abbas.

Demikian juga dalam tafsir Mujahid dan At Thabari.

Ayat di atas turun pada peristiwa Saidatina Aishah r.a yang difitnah dengan tuduhan yang buruk. Maka Allah menyatakan, bahawa kiranya Aishah itu bukan seorang baik, mana mungkin dia akan bergelar isteri kepada kekasih agung, Muhammmad s.a.w. Bahkan dalam ayat tersebut juga Allah menjanjikan tempat untuk Aishah di dalam syurga, sebagai peneman kepada Rasulullah s.a.w.

SUDUT PANDANG

Ramai orang memahami ayat tersebut dalam konteks yang sempit dan mudah. Lalu dikatakan kepada saudaranya ; kau seorang yang tidak baik, nanti pasangan kau juga mesti seorang yang tidak baik. Dalilnya, Allah telah sebut tentang perkara tersebut dalam Al-Quran.

Persoalannya, benarkah begitu yang dimaksudkan?

” kau suka dating, couple..nanti kelak kau mesti akan dapat bini yang kaki dating, kaki couple..kaki layan laki..”

Perkataan-perkataan ini diucapkan kepada sesama mereka, beralasankan ayat Allah di atas.

Seolah, maksud sebaliknya begini.

” lainlah aku, aku tak pernah couple, kaki masjid. nanti comfirm bini aku juga kaki masjid..ahli sufi…”

Berhati-hati dalam ucapan.

Saya pernah ditegur tika sembrono mengulas tentang ayat di atas. Meskipun ia bukanlah pendapat saya sepenuhnya. Saya sekadar memetik secara berjenaka, suatu kisah yang pernah di baca dalam majalah Mastika. Dalam ruangan santai, diselitkan kisah seorang lelaki yang kaki GRO telah berkahwin dengan seorang wanita.

Selesai menjalani malam pertama, si lelaki terlanjur bertanyakan harga ( mungkin seperti lazimnya orang melanggan pelacur ). Tidak menyedari yang ditidurinya adalah isteri sendiri, maka dia bertanya ‘berapa harga?’. Sangkanya, tembelangnya sudah pecah dan isterinya pasti tahu tabiat buruknya sebelum berkahwin.

Alangkah terkejut si lelaki, apabila isterinya menjawab ( mungkin juga secara tidak sedar ) : “RM100 je bang”.

Mesej yang ingin disampaikan dalam lawak santai itu mudah. Sebabkan lelaki itu jahat sebelum berkahwin, maka dia juga mendapat pasangan yang jahat. Disebabkan suka melanggan pelacur, maka dia berkahwin dengan pelacur.

TEGURAN

Katanya, tidak adil bagi kita menghukum suatu yang belum berlaku, atau menghukum suatu kesalahan seseorang yang pernah dilakukan, dengan menutup ruang pengharapan dalam hidup orang tersebut. Mudahnya, seorang yang pernah terlanjur berzina, pasti akan dapat pasangan yang kaki zina. Seorang yang pernah bercouple, pasti akan dapat yang suka bercouple.

Siapa kita untuk menetapkan demikian?

Maka seorang yang pernah berzina atau terlanjur, tidak nampak jalan untuk berubah. ‘ Aku jahat..tak layak dapat yang baik ‘. Ini akibatnya.

Syariat datang untuk memotivasikan manusia, supaya bersemangat untuk terus hidup, biar segunung kesalahan yang pernah dilakukan. Buktinya?

Sabda Nabi s.a.w :
” Orang yang bertaubat dari dosa-dosa, seumpama orang yang tiada dosa “

Di dalam Al-Quran, bukan sahaja terdapat begitu banyak ayat Al-Quran mengajak manusia bertaubat, bahkan terdapat juga larangan berputus asa dari rahmat Allah yang Maha Luas. Firman Allah :
” Dan janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah “

Untuk apa semua saranan seperti ini? Tujuannya supaya manusia tidak terus ‘jatuh’ akibat kelemahannya mengekang diri dari melakukan dosa.

Tiba-tiba kita muncul.

Menjatuhkan hukuman ‘pancung’ kepada saudara kita yang terlanjur diuji dengan dosa, dengan menutup ruang pengharapan daripada hati-hati mereka.

Tidak hairan, jika sesetengah golongan ‘baik’ dipulaukan dari golongan-golongan yang dianggap ‘jahat’ hari ini. Pemahaman simplistik tentang ayat Allah di atas mungkin menjadi faktor utama.


JAHAT DAN BAIK

Apabila kita bercakap tentang term ‘jahat’ , kita harus faham apa yang dimaksudkan dengan sebuah kejahatan. Begitu juga dengan ‘baik’, apa yang dimaksudkan dengan sebuah kebaikan. Tidak adil jika ada rakan mahupun saudara kita yang terjebak dengan budaya bercouple, maka mereka kita hukum sebagai ‘jahat’.

Manakala kita yang suci bersih, tidak pernah bercouple, kita anggap sebagai ‘baik’.

Ini silap.

‘Baik’ di sisi Allah tidak sama dengan ‘baik’ di sisi kita. Betapa banyak kebaikan yang kita rasakan sebagai ‘baik’ , padahal lebih buruk dan jelik di sisi Allah. Contohnya riak, ujub dan bangga diri. Riak dengan diri sendiri yang tidak pernah tersepak melakukan dosa. Bangga diri dengan menganggap diri sendiri lebih mulia berbanding orang lain.

Maka ayuh kita berubah.


‘Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik’. Ini kita jadikan slogan untuk memberi motivasi supaya manusia mengejar perubahan ke arah kebaikan.

‘Lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat’. Ini kita jadikan slogan untuk mengajak mereka meninggalkan maksiat, dalam masa yang sama memberi motivasi bahawa jika anda BERUBAH dan BERTAUBAT, anda boleh melompat ke dalam kategori lelaki atau perempuan yang baik, bila-bila masa sahaja.

Ya benar. Lelaki jahat yang bertaubat, perempuan jahat yang mahu berubah, mereka umpama tiada dosa. Mereka adalah lelaki yang baik, dan mereka juga adalah perempuan yang baik.

Maka, pasangan mereka juga nanti adalah lelaki dan perempuan yang baik. Itu janji Allah.

AMARAN

Tetapi dalam masa yang sama, saya tidak menafikan keperluan kita bersikap ‘keras’ dengan sesetengah golongan yang keras hati dan terang-terang menentang kebenaran. Mereka yang hidupnya jauh dari solat, meneguk minuman keras, tinggal serumah lelaki dan perempuan, menjadi mat rempit atau minah rempit di jalanan,mahu berkahwin tetapi ENGGAN berubah, mana mungkin tiba-tiba beroleh suami yang berjubah serban, kaki masjid dan gemarkan majlis ilmu?

Tidak mungkin juga mat rempit yang terlibat dengan gejala negatif itu, tiba-tiba berkahwin dengan isteri yang ahli sufi.

Suami : ‘wa ingat malam ni wa ada game ( race ) la..lu rilek-rilek dulu..tak payah tunggu wa balik ah..’

Isteri : ‘ InsyaAllah bang..Subhanallah..Alhamdulillah,semoga Allah kurniakan kemenangan kepada abang malam ini..’

Tentu sekali tidak masuk akal. Rumahtangga akan tunggang langgang. Kerana itu, dalam soal jodoh terselit seribu satu hikmah dari Tuhan.

Sekadar memberi amaran tidak salah. Menggunakan kaedah inzar memang dibolehkan. Tetapi perlu diingat, jangan sampai di sana timbul rasa riak, atau menjadikan orang yang ditegur merasa jauh dan berputus asa dari Rahmat Tuhan.

TAKDIR
Kita bercakap tentang jodoh, bermakna kita bercakap soal takdir. Soal yang tiada siapa berhak tentukan, samada saya, anda atau mereka. Ia hak mutlak Allah. Cukuplah panduan-panduan yang diberikan menjadikan kita sentiasa berhati-hati dengan perkataan dan seruan kita. Persoalan ‘yang jahat dapat pasangan jahat, yang baik dapat pasangan baik’ kadangkala banyak menambah barah dalam masyarakat.

Andaikata, saudara kita yang ‘baik’ ditakdirkan berkahwin dengan seorang yang kemudiannya diketahui sebagai kaki botol, terlibat dengan dadah, judi dan sebagainya, maka sanggupkah kita menghukum dengan menyatakan bahawa saudara kita itu pasti dahulunya seorang yang ‘jahat’, dek kerana itulah dia berkahwin dengan pasangan yang jahat?

Tentu sekali tidak. Kerana mungkin saja ia merupakan ujian Allah kepada saudara kita tersebut, sebelum diberikan Allah hidayah kepada pasangannya yang kemudiannya berubah.

Justeru, biarkan soal takdir itu kekal sebagai kerja Allah.

Kita bukan menghukum, tugas kita adalah menyampaikan.

Kita buatlah kerja kita. Ajak manusia untuk kembali kepada syariat Allah. Kembali kepada gaya hidup Islam yang mempunyai masa depan yang cerah, dunia akhirat. Jangan sewenang-wenangnya menghukum atau mengeji sesiapa yang pernah terjebak dengan keburukan, kerana siapa tahu, mungkin hari ini dia diuji, esok lusa tiba giliran kita pula.

Kembalilah beristighfar kepada Allah.

NOTAHATI- "Tak ada siapa tahu saya dah jatuh cinta banyak kali. Tapi setiap kali itu terjadi saya tak dekatkan diri pada dia, saya dekatkan diri pada Tuhan. Sampai sekarang tak ada satu cinta pun yang Tuhan 'kabulkan'. Saya yakin yang terbaik belum tiba. Mereka baik2 tapi baik mereka bukan untuk saya"

Amiin ya Muhaimin...



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


6 comments

3 September 2012 pada 8:13 PTG

yang baik dan yang buruk adalah relative to time

yang baik hari ini tak semestinya akan berterusan baik hingga ke akhir hayat

yang jahat hari ini tak semestinya akan berterusan jahat selamanya

Allah itu maha kaya, diciptakan kita pelbagai warna sari untuk kita sama mengenali bukan bercakaran sesama sendiri

penulisan yang amat menginspirasikan
sy sendiri tengah tulis pandangan sy tentang baik vs buruk relative to time ni
banyak input sy dapat dari sini
syukran jazilan ya ukhti :)

3 September 2012 pada 8:31 PTG

baru je tgk tajuk kat dasboard tadi, ni mesti berkait dengan surah An-Nur, sebab ada terbelek aritu, sampai sekarang masih ingat berkaitan dengan tajuk tu..hehe alhamdulillah..

3 September 2012 pada 8:51 PTG

Jalan taubat masih terbuka untuk manusia, selagi masih ada hayat panjang. :)

Jodoh dan ajal adalah ditangan Allah S.W.T. Nice sharing

3 September 2012 pada 9:01 PTG

nice sharing. ^___^

3 September 2012 pada 9:33 PTG

very good entry dear :)

im agreed with u.

don't easily judge the people. mungkin pada hari ini dia adalah yang paling hina pada mata masyarakat tetapi di akhirat sana dialah di antara yang mulia di sisi-Nya.

mungkin hari ini kita memandang serong pada mereka yang tidak bertudung atau pun yang telah membuat dosa, tetapi mungkin mereka menjadi berkali ganda lebih baik daripada kita pada masa akan datang kerana taubat mereka =)

4 September 2012 pada 1:24 PTG

sukanya bace entry ni...apa2 pn mak sy selalu pesan kalau nk cari jodoh baik2,tgk diri sendiri dulu.. :)

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.