Melainkan dengan izin-Nya..




Bantu Aku Jadi Solehah




“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”


Kekuatan kita adalah hak milik Allah..
Kita memang takkan punya daya..
Melainkan dengan izin-Nya..

Ana dan kamu bukanlah manusia yang sempurna, *bak kata orang, kalau nak sempurna, jangan cari manusia..

ana sendiri masih banyak yang perlu diperbetulkan. Dari pelbagai sudut. Dari pelbagai aspek. Bukanlah ana nak memperbincangkan mengenai pakaian, sosial, lagho tak lagho. Benda tu dah lama diperbincangkan dan kita pun dah besar, seharusnya kita tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Ana sendiri masih teruk, masih banyak ruang-ruang pembaikan yang harus ana buat. 
*****
Sahabat,
Bukan senang seorang wanita...
Mendidik dirinya menjadi solehah...
Banyak yang koyak harus ditampal kembali...

Bismillahirramirrahim...

Tulisan kali ni, membawa isi hati yang mewakili wanita yang lain mungkin. Sahabat-sahabat, kita sering menuduh.. tidak menyenangi apa saja perbuatan seorang wanita tanpa kita fikir perasannya. Begitu mudah sahabat-sahabat, kita menghukum tanpa kita selidik.. tanpa kita bertanya terlebih dahulu.

Jika kita cerita keburukan orang lain tetapi cerita tersebut tidak benar, ia dinamakan FITNAH. Membuat fitnah adalah berdosa.

Jika kita cerita keburukan orang lain dan cerita tersebut memang benar, ia dinamakan GHIBAH(mengumpat). Mengumpat pun berdosa. 

Adakah wajar tindakan itu sahabat-sahabat?

Sahabat-sahabat, hati wanita itu rapuh. Mudah menangis, mudah terasa hati. Kerana itulah wanita itu memiliki 9 nafsu dan 1 akal. Segala rasa merangkumi dalam 9 nafsu. Tidak dapat dikawal perasan itu seorang diri sahabat-sahabat.

Berbanding lelaki... Allah beri pada kalian 9 akal, dan hanya satu nafsu. Bijak memimpin insan yang lemah. Namun, jangan jadikan kelebihan yang Allah berikan dengan kalian melayan seorang wanita pada hak dan sifat yang tidak layak baginya.

Sahabat,

Seorang wanita itu harus dididik..dipimpin dengan baik. Kerana fitrahnya mahukan teguran dan nasihat yang baik sahabat-sahabat. Tapi..apa yang ana lihat pada hari ini, kita terlalu cepat menghukum sahabat-sahabat. Kita mudah mengumpat perangainya di belakang, kita mudah menyalahkannya dalam pelbagai keadaan.

Tapi...

Kita lupa. Kita lupa untuk ajarkan dia perkara yang betul. Kita lupa untuk perbetulkan kesilapannya sahabat-sahabat. Adakah itu adil?

Jika kita menegur sekalipun..bagaimana cara kita menegurnya. Bagaimana cara kita mendidiknya sahabat-sahabat. Adakah menyenangkan hatinya atau hanya membuatnya berjauh hati?



*****
Sahabat,


ana juga insan dan wanita yang tidak sempurna. Didiklah ana.. bantulah ana menjadi wanita solehah. Tegurlah ana dan muslimah yang lain dengan teguran yang selayaknya. Kami wanita. Kami mahukan didikan melalui cara kelembutan.. yang mudah masuk ke dalam hati.


Itulah cara method dakwahnya sahabat-sahabat.


Mudah sahaja caranya, untuk menarik mad'u.. tariklah ia dengan cara yang lembut. Sebagai contoh, ada satu periuk nasi yang hanya tinggal kerak nasi sahaja. Bagaimana untuk kita buang semua kerak nasi itu? Ada dua cara, cara yang cepat dan cara yang agak lambat.


Pertama, cara yang cepat adalah dengan, kita mengikis kerak nasi itu dengan sudu. Cumanya, periuk itu akan calar balar akibat dari kikisan tadi.


Kedua, cara yang lambat adalah dengan merendam periuk itu dalam air. Lama-lama, kerak nasi itu akan kembang dan dengan mudah kita dapat keluarkannya.


Nampak bukan?


Begitulah juga perumpamaan kita melaksanakan gerak kerja dakwah kepada mad'u kita. Kalau kita mahu cepat dia berubah... tarbiyahlah dia dengan cara yang kasar... lihatlah...hatinya akan terluka sahabat-sahabat. Pandangannya pada ajaran Islam akan jauh menyimpang.


Tapi..kalau kita tarbiyah dia secara lembut.. slow-slow. Meskipun lambat sahabat-sahabat, kesannya cukup mendalam. Hatinya sedikit demi sedikit akan menerima tarbiyah yang kita bawa. Subhanallah... waktu itu sangat indah terasa sahabat-sahabat.



*****


Akhir kalam, bantulah ana dan muslimah lain menjadi solehah. Tegurlah kami dengan penuh hikmah.



"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.... "


-Surah An-Nahl : 125 -


Subhanallah..ayat ini menyeru kita, berdakwah dengan penuh hikmah. Selamat mendidik dan dididik dengan penuh hikmah sahabat-sahabatku ^^



Jom sama-sama kita jaga hati ^^ nak jadi soleh dan solehahkan? Jadiiiii.. jom kita jaga hati. Tingkatkan beramal pada Allah. Sikit-sikit kita tinggalkan benda lagha. Lama-lama kita akan makin jauh dengan dunia..dan makin dekat dengan akhirat.


nota hati- bantu aku jadi solehah....


-maghrib dulu...okebai-


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.