salam Alaik...
Maka buatlah sesuka hati kamu di muka bumi ini kerana sesungguhnya perbicaraan Allah itu pasti datang.
Dan Allah akan menapis setiap tenteranya agar bersih dari kekotoran hati dan kemaksiatan yang menyelubungi. Kerana jalan ini adalah jalan yang bersih. Maka yang berpijak di atas jalan ini perlulah bersih.
مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ
فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا
“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.”
Al Ahzaab: 23Moga ditetapkan jiwa agar tidak mengubah janji kepada Allah mahupun manusia. Ameen. Insya-Allah...
” Lompat tinggi-tinggi akhirnya jatuh ke tanah jua, eh bukan… MASUK ke tanah jua…”
Kisah 1:
Amirul Mukminin Sulaiman bin Abdul Malik (tahun ke-97 Hijrah) bertemu dengan seorang tabi’in di Madinah yang bernama Salamah bin Dinar. Suatu hari, Khalifah bertanya, ” Wahai Abu Hazim, apakah mungkin kita dapat mengetahui nasib kita di akhirat kelak?”
Sulaiman Menjawab, “Bandingkan amalanmu dengan kitab Allah Taala, nescaya kamu akan dapat mengetahui nasibmu.”
Kisah 2:
Pernah suatu hari, seorang tabi’in bernama Silah bin Ashyam al-Adawi berjalan di tengah kota Basrah mencari tempat untuk bersendirian dan beribadat, beliau menemui sekumpulan anak muda yang leka dengan dunia mereka. Mereka berseronok, bermain dan bergurau senda. Beliau pun mengucapkan salam dengan penuh lembut dan mesra. Beliau berkata kepada anak-anak muda ini,
“Apakah pandangan kami mengenai orang yang bertekad untuk melakukan perjalanan yang penting tetapi sepanjang hari mereka bermain dan bergurau, kemudian pada malam hari mereka tidur dan berehat. Bilakah pada pandangan kamu perjalanan mereka ini akan berjaya dan akan sampai ke tujuannya?!”
* * * * *
Katanya, ” Orang yang mengambil ringan tentang sembahyangnya akan lebih mengambil ringan dalam soal yang lain.”
“Ya Allah, ana dambakan khusyuk…”