B A B I




"Babi lah kau ni."
"Aku dah tunggu lama ni datang la cepat sikit babi."

...merupakan antara frasa menarik yang pernah dan
selalu ana dengar sepanjang hidup 20 tahun
di samping kawan-kawan dan kenalan...


Mula-mula sekali kita kenalpasti apa itu DEFINASI  "Babi".



"Babi" tak lain tak bukan merupakan sejenis binatang
berkaki empat yang mempunyai hidung naik ke atas.

Mengapa ana katakan "babi"?
Sebabnya ini perkataan yang wujud dalam Kamus Dewan.

Ikut suka andalah kalau nak beralasan,
"Khinzir kan lebih sopan. Pig ke, bunyi comel sikit...vavik ke..,moden sikit pun..atau babik ok ta?? urmmm,"

Itu jawapan orang yang taknak belajar namanya.
Ana masih ingat tentang ni sebab Cikgu Fadhilah
pernah ajar Ana masa Tingkatan Tiga dulu.

Dapat disimpulkan di sini bahawa Babi hanyalah
seekor binatang berkaki empat. Mengapa pula
dibabikan apabila anda mengamuk?

Takde pulak babi sebut nama manusia apabila marah...

(Kemungkinannya tinggi, sebab babi tak reti mencarut)

Bahagiakah manusia menjadi makhluk yang MULIA
daripada babi ini sampai babi boleh dijadikan objek hina?
Rilek-rilek sudah sister and brothers, babi tak dijadikan sia-sia. Babi pun makhluk
Tuhan jugak. Jangan la diskriminasi ..



Oh,

Jangan nanti ada student-student kat IPTA mengeluh,

"Babi la aku lepas requirement tapi tak dapat biasiswa"
sudahlah....

sigh*

kbai

*banyak perkara yg terjadi secara real hari nie then beratus kali fikir nak publish ke tak entry nie..urmmm....nauzubillah.... 


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.