bila bosan saya buat ini..






dengan usaha gigih jujus dan ranum.. maka terjadilah makanan inih.. nyammm

Untuk mereka-mereka yang berada di mesir..


Adunan tepung:
500gm tepung gandum
1/2 tin susu cair Ideal (boleh ganti dengan santan)
2 cawan air masak
2 biji telur
pewarna kuning
garam secukup rasa

Inti:
500gm daging cincang
3 sudu rempah kari
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia
garam secukup rasa
daun bawang atau daun sup dipotong halus (untuk hiasan)
cili besar dipotong nipis (untuk hiasan)

Cara-cara:
Blender bawang putih, merah, halia dan rempah kari sehingga halus dan tumis bahan-bahan tersebut sehingga naik bau, masukkan daging cincang dan tambah air. Masak sehignga daging empuk, tambah air jika perlu. Tumis sehingga hampir kering dan masukkan secubit rasa garam.

Untuk bahan tepung, masukkan susu cair, telur, garam, tepung, pewarna dan air masak ke dalam blender. Blend sampai adunan halus. Jika pekat tambah air, jika cair tambah tepung.

Panaskan acuan dan sapukan minyak ke dalam permukaan dan lubang. Tuangkan 3/4 penuh adunan tepung. Masukkan sedikit inti. Taburkan daun bawang dan cili untuk hiasan.



selamat mencuba...

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

28 Mac 2012 7:50 PTG

wah....nampak sedap....kene try buat nie... :)

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.