VIDEO : GAMBAR PERSEMBAHAN SHILA PSY DAN ROSMAH DI PULAU PINANG DAN CERITA LAWAK DARI NAJIB UNTUK NAJIB.






Shila Hamzah.





Najib : Are u ready for psy?! 
Crowd : Yes !!!

Najib : Are u ready for bn ?!!

Crowd : Nooo!!!!!!
klik sini




Seramai kira-kira 30,000 orang memenuhi kawasan padang Kolej Han Chiang di Pulau Pinang hari ini untuk menyaksikan persembahan lagu ‘Oppa Gangnam Style’ oleh penyanyi pop Korea Selatan Psy.

Persembahan itu dianjurkan sempena majlis sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang yang turut dihadiri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang hadir bersama anak mereka Ashman dan Nooryana Najwa, tiba pada jam 10.48 pagi dan disambut dengan persembahan tarian singan dan perarakan chingay.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan kecewa sekiranya mendengar perbualan para pengunjung yang memenuhi kawasan belakang padang Kolej Han Chiang semasa sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang hari ini.


Najib turut ditemani bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin BN negeri Teng Chang Yeow, Teng Hock Nan, serta menteri pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen.

Ramai di kalangan pengunjung memakai baju berwarna kuning, hijau dan merah. Anggota Umno juga dilihat memakai warna merah seperti warna parti mereka.

Selain itu, ada di kalangan pengunjung yang memakai baju perhimpunan BERSIH.


Seorang daripadanya, Alex Tan, 27 dari Klang berkata beliau hadir untuk menyaksikan persembahan Psy dan untuk menyokong Pakatan Rakyat.
Dalam ucapannya di majlis itu, Najib antara lainnya bertanya para pengunjung sama ada mereka bersedia untuk menyaksikan persembahan rap Korea Gangnam Psy.

Najib mengulangi soalan itu sebanyak empat kali dan para hadirin berkenaan menyahut “Ya” dengan bersemangat.

Sebahagian daripada mereka bagaimanapun menunjukkan reaksi berbeza apabila ditanya sama ada bersedia untuk “BN”.

Kumpulan orang ramai di kawasan belakang padang tersebut menyahut “Tidak” dan tertawa.

Para penonton juga ketawa apabila Najib menyebut nama kolej Han Chiang dengan nama “Han Niang”, apabila mengumumkan untuk menaiktaraf kolej tersebut kepada universiti kolej.

Hadirin berkenaan turut ketawa apabila pengerusi majlis menjemput isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor untuk menyanyi lagu sambutan Tahun Baru Cina.

Rosmah ditemani beberapa pemimpin BN termasuk Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen di atas pentas.
NONE

Malaysiakini

Notakaki- Mencari orang yang jujur kepada agama sama seperti berenang di lautan api. Jarang dijumpai. Para mufti dan ustaz yang berdiam diri terhadap kebodohan, maksiat dan pembaziran yang dilakukan oleh UMNO/BN mungkin bimbang jika rezeki mereka terjejas. Kerana dalam sejarah, arwah Mufti Ishak Baharom (Selangor) telah dipecat atas arahan Perdana Menteri pada masa itu kerana menegur pertandingan ratu cantik. Maklumlah, rezeki ditangan kerajaan. Selain keji, bodoh dan memperbodohkan adalah sinonim dengan UMNO/BN.

BACA SINI  MUFTI SELANGOR DI PECAT KERANA PERTANDINGAN RATU CANTIK.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


15 comments

11 Februari 2013 pada 4:30 PTG

pehh..terkena..haha

11 Februari 2013 pada 4:51 PTG

sharing is caring :)

11 Februari 2013 pada 4:52 PTG

huhuhuhuhuhuhhuhu...

11 Februari 2013 pada 5:02 PTG

kesian PM... dah berabis juta2 tu nak bawak psy mai datang.... kalau tau jadi camni baik beli cincin datin sri....kekeke

Tanpa Nama
11 Februari 2013 pada 5:27 PTG

peliklah dgn owner blog ni...suka sgt tgk kelemhn n keburukn org lain..tgk pd blog mcm muslimah tp xsgka dlm diri tu ada niat sebaliknya..Masyallah..
Adkh anda ni seorg muslimah pling sempurna atau pemimpin pling bgus diklgn rkn2 anda??
maaf yer ter over pula..

11 Februari 2013 pada 5:45 PTG

@Tanpa Nama ;) Betapa jelas realiti masyarakat kita diselubungi masalah yg suka berprasangka.saudara,sampai masanya kita perlu menyatakan pendirian kita. Selamanya kita tidak boleh menjadi neutral kerana bimbang akan jatuh ke lembah kemunafikan jika terus menjadi neutral.Maka pendirian saya adalah jelas. Saya penyokong tegar Pakatan Rakyat, juga menentang perkara taghut, keji dan bodoh yang dilakukan oleh BN/UMNO.jangan membazir harta dan wang rakyat, laksanakan keadilan dan kesamarataan.

Mereka tidak tahu. apakah wajar jika kita memarahi mereka yang tidak tahu?
atau sebenarnya kita yang perlu dimarahi kerana tidak berusaha memberitahu?
i'm perfectly IMPERFECT. so PLEASE,don't misjudge me.struggle as best as she can to love ALLAH mostly than others. syukran :)

11 Februari 2013 pada 8:14 PTG

Berani kerana benar :)

11 Februari 2013 pada 10:09 PTG

sudah smp msanya utk kta memilih pemerintah yg baru agr ngara trus aman dan makmur serta mendpt redha Allah. jka ini berterusan dgn pmrnthn yg msh sama dan tdk memerintah berlndaskan syariat Islam dikhuatiri Allah akn murka dan kta mnzalimi diri kta sndr. Ya, mmg bnar ulul amri (ketua/pemerintah) antra org yg ptut kta ptuh. tp jka dia zalim maka kta berhak utk ingkar dan itu tdk berdosa melainkan nabi dan rasulNya jka kte menentang, KAFIR. wallahualam..

11 Februari 2013 pada 11:45 PTG

Wow penyokong tegar bahya ni.. Biasa kalu terlebih tegar dia syok nampak sebelah pihak je
Bagus tu menentang pembaziran.. Taghut tuu.. Keji dan bodoh.. Tp bukan hanta dr bn tp dr semua pihak.
termasuk le pr yg dcintai

12 Februari 2013 pada 9:46 PG

Buang duit je bayarvsi psy tu. baik bantu rakyat yang susah. Dapat jugak pahala...

12 Februari 2013 pada 10:26 PG

Tanpa Nama 5:27 PTG
kamu ni macai umno!
parti Umat Melayu No Otak...... kamu sudah takde hujah utl memenangkan umno lantas menyerang pribadi @ admin blog ni plak!
Hujah la dulu.... Adakah wajar PSY dibayar 2 juta utk prsembahan tu?
hujah laa... duit sapakah yg digunakan utk bayaran PSY tu?
hujah la... muslmah PAS & PKR,ke yg terlalak2 atas pentas tu?
hujah laa.... 1 Mlysia yg dicanangkan ole DSNR tu berjaya kah di aplikasikan pd rakyat skrang?
hujah la.... kalau DSNR kata sebarang sambutan perayaan sesuatu kaum usah dipolitikan, apasal dlm pgrme yg dihadiri ole PSY tu Najib dok laung "re'u redy fr BN...?" haa kan tk pasal2 besau kemaluan najib tu!!! tpi syang teloq tarak!!

12 Februari 2013 pada 2:57 PTG

Emmm... Perbelanjaan 2 juta untuk beberapa minit itu, bukankah satu pembaziran yang amat ketara. Untuk hiburan tu, dan yang sedihnya bila ada yang menyokongnya. Wang itu bukan datang dari poket mereka yang menyokong "BN"mahupun "pihak pembangkang" sahaja malah ia datang dari semua yang tinggal di Malaysia yang turut membayar cukai. Saya bukan penyokong parti sebab bagi saya mana2 pemimpin dari mana2 parti ada yang layak jadi pemimpin tapi ada juga yang tidak layak menjadi pemimpin. Sedih bila duit sebanyak itu dibelanjakan kearah yang kita tahu sememangnya tidak membawa apa2 manfaat pun.

Tapi lagi menyedihkan apabila ada mereka yang tidak dapat menerima kritikan terhadap pemimpin yang sememangnya secara terang2an telah membuat suatu yang tidak sepatutnya sebagai pemimpin beragama Islam. Lantas telah mencari kesalahan orang lain untuk menutup keaiban itu.

Biar saja penulis blog ini menulis apa yang dia hendak kongsikan. Anda suka anda baca anda tak suka cuba beri komen yang lebih membina dan gunalah nama anda jika ikhlas ingin berkongsi. Bukan berselindung disebalik "tanpa nama".

Kepada penulis teruskan usaha anda untuk mengajak kami ini terus berfikir tentang apa yang anda rasakan perlu. Dan kita tidak perlu "perfect" untuk terus memberi ingatan pada mereka yang lain. Sebab di dunia ini tiada dikalangan kita yang "perfect", hanya Nabi kita Muhammad S.A.W yang benar2 sempurna.

Tanpa Nama
13 Februari 2013 pada 1:53 PTG

actually PSY dtg bukan BN bayar. Depa p tempek nama je.. Masuk dlm event org.. Biasala tu...

20 November 2013 pada 11:44 PTG

"Ya Allah, ampunkan semua umat rasulullah SAW, Ya Allah, berilah hidayah kpd semua umat rasulullah SAW, Ya Allah kasihanilah semua umat rasulullah SAW"

20 November 2013 pada 11:44 PTG

"Ya Allah, ampunkan semua umat rasulullah SAW, Ya Allah, berilah hidayah kpd semua umat rasulullah SAW, Ya Allah kasihanilah semua umat rasulullah SAW"

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.