Paus akan meletak jawatan pada hujung bulan ini dalam perkembangan tidak dijangka, mengatakan beliau terlalu tua untuk meneruskan tugasnya pada usia 85 tahun, The Guardian UK melaporkan.
Pemimpin tertinggi Gereja Katolik dunia itu dilaporkan mengumumkan akan mengundurkan diri kerana faktor usia.
Dalam satu kenyataan, Paus berkata: “Selepas beberapa kali mengkaji naluri saya di hadapan Tuhan, saya telah membuat ketetapan bahawa kekuatan saya, disebabkan usia lanjut saya, tidak lagi sesuai untuk perlaksanaan mencukupi bagi kementerian Petrine…
“Dalam dunia hari ini, tertakluk kepada banyak perubahan pantas dan dikejutkan dengan persoalan kaitan mendalami kepercayaan, bagi mentadbir Saint Peter dan mengumumkan Gospel, kedua-dua kekuatan minda dan jasad adalah perlu, kekuatan yang dalam beberapa bulan kebelakangan, telah merosot dalam diri sata sehingga sata terpaksa mengiktiraf ketidakupayaan saya untuk memenuhi secukupnya kementerian diamanahkan kepada saya.”
Beliau menjadi Paus Benedict XVI pada 2005 berikutan kematian John Paull II.
Ia merupakan kematian pertama Paus meninggal dunia semasa memegang jawatan berkenaan dalam era moden.
Pada usia 78 tahun, bekas cardinal Joseph Ratzinger adalah paus tertua yang dilantik dalam sejarah.
Semasa beliau dilantik semasa Gereja Katolik berdepan dengan pergolakan paling hebat dalam beberapa dekad iaitu skandal gangguan seksual ke atas kanak-kanak oleh paderi berlaku.
***
Masa Salman al Farisi mengikut agama Nasrani, beliau sangat taat kepada paderi kerana melihatkan ajaran paderi yang bagus, menggalakkan orang ramai menderma. Tetapi semasa paderi itu mati, beliau terjumpa longgokan harta yang menimbun yang dikumpul oleh paderi tersebut. Ternyatalah paderi itu jahat. Lalu Salman kecewa dengan agama Nasrani dan mencari agama lain sehingga bertemu Islam.
Zaman sekarang, 'paderi' itu masih wujud. Mereka menggalakkan orang menabung, menderma, tetapi mereka sendiri merampas hak rakyat, menaikkan cukai, membazir dengan cincin 24 juta, no. plat 0.5 juta, Psy 2 juta, menyeksa orang Kelantan dengan merompak royalti minyak. Lebih malu lagi kalau 'paderi' itu dari kalangan orang agama. Ahli kitab seperti itu tetap wujud.
3 comments
mcm penah BK dgo citer pasal paul nh
terus terang, saya x nampak apa kaitan paus letak jawatan dgn cincin 24 juta. mungkin lebih baik saudari kaitkan dgn bagaimana saudari menyokong islam liberal dan suka utk lihat nama Allah terpampang di gereja-gereja sptmana di indonesia sekarang... jgn kerana dendam kita gadaikan prinsip tauhid kita..
-- saya bukan orang kerajaan ttp saya orang islam
sy pun bukanlah org kerajaan.. tp bila menyamakan seseorang yg munafik itu sebagai "paderi" yang terang2 kita tahu paderi itu bukan agama islam rasa nya tak patut.. kita perlu luahkan rasa kekecewaan kita pd kerajaan mahupun pada org yg zalim.. tp cukuplah setakat itu sahaja tanpa menyentuh "iman" orang tersebut disisi Allah.. sesungguhnya Allah lebih dekat dgn kita dan lebih mengetahui.. wallahualam .. :)