Rintihan wanita Islam yang dikurung di dalam penjara Syria.


“Setiap hamba Muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya, pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau akan mendapat seumpamanya”

HR Muslim

So sahabat-sahabat saya di seluruh pelusuk dunia, bacalah dan ambiklah ibrahnya dari kisah ini, doakan mereka, tapi jangan bagitahu saya .

Jom, saling mendoakan, kita kan sahabat sampai Syurga, kan?

Surat ini telah berjaya dibawa seludup keluar dari Baad Assad Syria. Ia menceritakan tentang rintihan wanita Islam yang dikurung di dalam penjara Syria.



Dengan nama Allah yang pengasih lagi penyayang. Kami telah menulis berpucuk-pucuk surat dengan air mata dan rintihan hati tetapi malangnya tidak satu pun sampai kepada umat Islam di luar pintu besi ini. Kami tidak dibenarkan menulis atau membaca. Kertas dan pen diharamkan. Penderitaan kami tidak dapat menembusi dinding-dinding hitam yang mengurung kami. Tetapi kami yakin bahawa Insya Allah surat ini akan sampai kepada umat Islam seluruh dunia.



Dalam surat ini kami menceritakan tentang penderitaan dan kezaliman yang dikenakan oleh binatang-binatang pemabuk yang digunakan oleh kerajaan Syria ke atas kami dalam penjara jahannam ini. Kalaulah setakat pukulan dan kejutan elektrik kami dapat bersabar menahannya, tetapi penderitaan kami di sini lebih daripada itu.



Dapatkah kami terus bersabar menahan hati apabila terdapat antara kami dirogol tanpa belas kasihan sehingga menghembuskan nafas terakhir. Kami berharap kami tidak diperanakkan di bumi ini. Dari hati kami yang terseksa kami memohon agar semua umat Islam berusaha untuk menyelamatkan nyawa dan maruah kami. Kalau dahulu, apabila seorang Muslimat meminta pertolongan daripada khalifah al-Mu'tasim kerana dizalimi, seluruh bala tentera Islam dikerahkan untuk menyelamatkan tetapi di dalam penjara ini, beribu-ribu Muslimat diseksa, dibunuh dan dibunuh oleh binatang yang tidak berperikemanusiaan.



Ramai antara kami yang mengandung akibat perbuatan mereka. Kami tidak meminta kami tidak dibebaskan. Kami hanya berharap agar penjara ini diletupkan dengan kami sekali di dalamnya.



Wahai umat Islam seluruh dunia, cukuplah tidurmu, takutlah di waktu kamu semua akan disoal di hadapan Allah di akhirat nanti tentang apakah yang kamu lakukan apabila mengetahui kezaliman dan jenayah yang dilakukan atas kami. Apakah-apakah kesalahan Muslimat ini sehingga mereka dirogol dengan ganas dan ditelanjangi. Mereka dipukul dan dikenakan kejutan elektrik.



Apakah-apakah kesalahan Muslimat ini sehingga terdapat Muslimat muda yang terpaksa dihantar ke hospital dalam separuh mati akibat dirogol tanpa belas kasihan oleh 26 orang tukang seksa? Apakah kesalahan mereka? Suami mereka dibunuh di hadapan mata mereka sendiri.



Wahai umat Islam seluruh dunia, sebenarnya kamu nyenyak tidur. Apakah jawapan kamu semua wahai umat Islam seluruh dunia? Apakah kami akan terus berharap supaya kamu akan dapat menyelamatkan kami dari neraka yang tidak bersempadan ini? Apakah cahaya murni akan menyinari kami untuk menerangi hati kami yang terseksa ini???


BANGUNLAH WAHAI UMAT ISLAM SELURUH DUNIA !!



daripada,
Muslimat yang menjadi mangsa thogut nasionalis Syria.

- Diharap kita semua tersentak, sedar dan insaf apabila membaca artikel ini. Sekiranya tidak terasa apa-apa muhasabahlah diri.
- Bacalah dengan mata hati untuk melihat kebenaran. Tidak ada bezanya Brunei dan Syria. Di mana-mana pun, Muslimat akan berhadapan dengan persekitaran yang menakutkan selagi umat Islam terus lalai begini.

Bangunlah ! Bangkitlah!

lagi post mengenai syria.

Hancurkanlah Basyar dan sekutunya Ya Allah..
-Syria hari Ini
-Kezaliman Basyar Pasti Akan Tumbang
-Israel hancur Tahun 2022
-Allah akan menghukum Basyhar
-Lebih dasyhat dari yahudi




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


10 comments

4 Oktober 2012 pada 12:16 PG

SUBHANALLAH . ZALIM GILA

4 Oktober 2012 pada 1:24 PG

Astagfirullah..
Semoga Allah turunkan balasan utk manusia yg kejam begitu ;(

4 Oktober 2012 pada 2:54 PG

hurm.. sekarang ni ramai tertipu dengan penipuan dunia yang sangat besar sekali... ramai yang beranggapan syiah adalah agama yang benar.. tapi sebenarnya adalah sebaliknya.. mohon agar saudara2 kita di sana dilindung Allah Yang Esa..amin...

4 Oktober 2012 pada 6:38 PG

hmmm...
sedihlah apabila mbc surat ni...=(

4 Oktober 2012 pada 7:46 PG

Semoga Allah swt sentiasa bersama mereka...amin...amin...

4 Oktober 2012 pada 9:59 PG

allahuakbar..

4 Oktober 2012 pada 11:36 PG

Allahuakbar... selamat mereka Ya Allah. Amin2

4 Oktober 2012 pada 11:54 PG

semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan pada saudara saudara kita

4 Oktober 2012 pada 11:56 PG

semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan pada saudara saudara kita

4 Oktober 2012 pada 12:28 PTG

masyallah... wahai kaum wanita semua. perkukuhkan kekuatan di dalam dirimu... insyallah.. akan dilindungi oleh Allah swt

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.