Pelajar meninggal selepas wuduk



Pipi terasa basah dan hangat bila terbaca satu keratan akhbar dari harian METRO pagi ini.

PONTIAN: “Afiff baring di pangkuan saya dan kira-kira 15 minit kemudian, dia menghembuskan nafas terakhir,” kata ibunya, Russiah Ibrahim, 44, ketika ditemui di kediamannya di Taman Nong Chik, Batu 36, Jalan Johor, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6 pagi kelmarin, anaknya, Muhammad Afiff Faris Ahmad Seri, 15, meninggal dunia di pangkuannya ibunya selepas mengadu pening kepala.


Russiah berkata, Afiff sebelum itu baru saja selesai berwuduk dan mahu menunaikan solat Subuh.



“Afiff mengadu pening kepala dan saya terus meribanya. Saya kemudiannya mengurut dahi Afiff dengan minyak.


“Bagaimanapun, saya terkejut apabila mendapati bibir, kuku tangan dan kakinya bertukar kebiruan. Saya terus mengusap dadanya, manakala Afiff seolah-olah tidur berdengkur sebelum nafasnya terhenti,” katanya.


Menurut Russiah, dia memanggil jiran sebelum menghubungi Hospital Pontian serta suaminya, Ahmad Seri Abu Bakar, 48, yang ketika itu bekerja di Tanjung Bin.


Katanya, pasukan perubatan yang tiba kemudiannya melakukan pemeriksaan sebelum mengesahkan Afiff sudah meninggal dunia.


Ahmad Seri pula berkata, Afiff yang juga pelajar pintar adalah anak ketiga daripada lima beradik dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Penggawa Barat (SMKDPB).


Afiff bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) minggu depan.


Menurut Ahmad Seri, dia bergegas pulang ke rumah sejurus menerima panggilan telefon daripada isterinya pada jam 6.15 pagi.


“Tiba di rumah, Afiff sudah meninggal dunia. Saya reda di atas pemergian Afiff kerana Allah lebih menyayanginya.


“Afiff seorang yang rajin dan suka menolong ibunya memasak,” katanya.


Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.


“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah,” katanya

AL-FATIHAH.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


12 comments

3 Oktober 2012 pada 9:18 PG

eh, kat pontian ea, dekat dgn tempat qira tue

3 Oktober 2012 pada 9:24 PG

Innalillah, semoga Afiff ditempatkan dlm golongan org yg beriman, begitu juga kita satu hari nnti, amin..

3 Oktober 2012 pada 9:37 PG

meninggal dengan cara yang mudah..semoga rohnya di cucuri rahmat.

3 Oktober 2012 pada 9:47 PG

Al-Fatihah :)

3 Oktober 2012 pada 10:02 PG

Al-fatihah. Moga Allahyarham Afiff ditempatkan bersama-sama orang-orang beriman.

3 Oktober 2012 pada 10:06 PG

salam takziah buat keluarga mangsa. sudden death la ni ye. huhuhu. semoga arwah di dalam rahmatNya. al-fatihah..

3 Oktober 2012 pada 10:51 PG

al fatihah. semoga adik afif ditempatkan bersama orang orang yang beriman.

Risau jugak ni sebab anak dara yang darjah 2 pun selalu ngadu pening kpla. x tau la sbb main panas ke, malas mandi ke atau apa. harap harap takde apa apa yang memudaratkan la (mood sedih.... Risau...

3 Oktober 2012 pada 5:41 PTG

Mesti keluarga arwah terkejut dengan pemergian arwah. Tiba tiba je meninggal. Hukum Allah siapa yang mampu lawan. Semoga arwah ditempatkan dikalangan yang beriman.

3 Oktober 2012 pada 5:51 PTG

Al Fatihah..mudahnya dia 'pergi'...

3 Oktober 2012 pada 7:55 PTG

Innalillah.. semoga ia ditempatkan dikalangan mereka yg beriman...

4 Oktober 2012 pada 12:23 PG

AL-FATIHAH .. MOGA ROHNYA D TEMPATKAN D KALANGAN ORG2 YG BERIMAN .. AMIN

21 Disember 2012 pada 10:10 PTG

al-fatihah...
untung nya dye 'pergi' dgn cara trhormat...

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.