Bukannya senang nak cari kawan yang baik. Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya. Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya. Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia. Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya. Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.
Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik... kepada kawan baik kita.
Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik!
Amin Ya Rabbal Alamin.
18 comments
yup , betul..jadilah kawan yg terbaik untuk diri kita sendiri bcoz x semua orang mampu menjadi kawan yg terbaik untuk diri sendiri :)
Allahuakbar..
sedih bla baca entry nie
sbb kawan baik my skrg..
dudk jauh dr my..
nak jumpa pun...
3 or 4 tahun skali jak huhu
untuk mencri kawan yang baik..anda perlu menjadi baik.suke statemnt itu!.hihi.kawan ,rakan dan sahabat adalah berbeza..walaupun mmbw mksd yg sm.nk menjmput adik jd juri untuk segmn akk boleyy..
Insya Allah....Kawan baik adalah kawan yg sanggup bersama kita...ketika susah dan senang...betul tak?
Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu di dalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya. ;)
betul2 saya setuju:)
Amin.. kawan yg baik akan menerima kekurangan kawannya :)
betul tu, bermulanya dari diri kita sendiri..InsyaAllah..kita juga akan mendapat kawan yg baik
@NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI syukran..insya allah.. :)
@MyMy
laa tahzan uhkty..setiap berlak ada hikmahnya... :)amin allahumma amin
@jia creatifelt
insya allah kak..alhamdulillah..Allah Allah.
inshaAllah ana akan berusaha sebaik mungkin menyempurnakan tugasan2 tu..
jazakillahu khayr ♥ ♥ ♥ :)
syukran kak atas jemputan tu...
@Che Rosliza Che mat
mabruk alaik...ye sohih! :)
@ADZA IRDAWATI aka MAK DARAWahhh.. Mantop ..mudaha-mudahan..ana di dalam golongan itu...jazakillah khair mak dara... :)
@Pecinta pink^^.. angkat tangan ..saya setuju dgn pecinta pink jugak.. :)
@Kira Kekuri well said.. allah..allah... :)
@KY
mudah-mudahan enti..doakan..doakan... aminn ya mujibasiilin.. :)
aminn~..
kawan ttp mnerimma sgala kkurangan kawannya..and stiap kkurangan itu ad plengkap msing2..^_^
kawan dan kekasih yang terbaik adalah Nabi Muhammad S.A.W..sehingga mati dia masih menyebut ummati..ummati...
skrg agak susah untuk mencari kawan seperti yang disebutkan...akhir zaman..
tetapi,insyaAllah,kita mulakan dengan menjadi kawan yang baik sekalipun dibalas dengan tidak baik..
kalau tidak kita mulakan,sampai bila akan lahir kawan baik itu?
sebagai muhasabah bersama...
Allah..jauhnya diri dari ajaran Islam yang indah....T_T