MURAH HATI YANG MAHAL...


 

Ana..ummi dan adik ana mujahid kecil singgah solat di sebuah surau. Usai solat seorang budak menghampiri ummi. Sebuah tabung derma dihulurnya. Raut wajah dan gaya pakaian budak itu meyakinkan ummi bahawa dia adalah anak yatim yang mewakili sekolahnya memohon sumbangan. ummi menghulurkan derma.
Di suatu sudut beranda surau kelihatan seorang pakcik penarik beca sedang berehat melepaskan penat.

Budak itu lalu menghampiri pakcik itu dan menghulurkan tabung derma kepadanya.
Pakcik penarik beca menyeluk saku seluarnya yang lusuh. Sekeping note berwarna merah sepuluh ringgit dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam tabung derma tersebut.
Budak itu mengucapkan terima kasih seraya berpaling untuk pergi. Tetapi pakcik itu memberi isyarat supaya menunggu. Pakcik menyeluk poket seluarnya yang sebelah lagi.
Dia mengeluarkan beberapa note kertas berwarna biru dan hijau lalu dimasukkan kesemuanya ke dalam poket baju melayu budak itu.

“Ini hok mu buat beli makanan.”

ummi kemudian menghampiri pakcik itu, sambil bertanya, “Berapo pendapatan pakcik sehari?”

Dia berkata, “Tak tentu! Kade-kade ado, kade-kade tak dok.”

Tanya ummi lagi, “Bakpo pakcik sedekah semua duit pakcik kepada budak itu?”

Jawabnya, “Budak tu anak yatim. Berjalan kaki jauh, lapar. Pakcik tak pe, ada beca, boleh kayuh lagi.”

Subhanallah... Dia jauh lebih murah hati daripada ummi.

Ana mula berasa sebak...  ana pandang ummi.... kami saling berpandangan...


ana tahu ummi juga berperasaan serupa...

“Kalu gitu mari ikut saya pergi makan... saya dan anak-anak saya nak pergi makan ..bolehlah ikut sekali.. ” pelawa ummi


"marilah pakcik... " pelawa adik lelaki ana..sambil memegang tangan pakcik itu...
“Hari ni pakcik posa.” jawabnya perlahan.

kami bertiga tidak mampu bersuara lagi..

................

Nota: Murah hati yang mahal nilainya ialah apabila sanggup menyumbang harta kepada orang yang memerlukan, sedangkan dia sendiri memerlukannya. Berbeza daripada murah hati yang sanggup menyumbang harta sama ada kepada orang yang memerlukan, dalam keadaan dia sendiri tidak memerlukannya..

Kelebihan orang yang murah hati..

1. Pemiliknya akan mendapat kasih sayang dan redha Allah SWT.

2. Bukti kesempurnaan akal, lapang dada dan besar jiwanya.

3. Akan mendapat pertolongan malaikat.

4. Semua manusia akan terdetik hatinya untuk membantu dan bergabung dengan pemilik sifat ini.

5. Seseorang yang berusaha menanamkan sifat ini dengan cara membiasakan dan memupuknya akan mendapat pahala yang besar dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT.

6. Ia adalah salah satu sifat Allah SWT dan para wali-Nya.

7. Ia dapat menyatukan hati dan menebarkan kasih sayang antara manusia.

8. Melenyapkan kebencian, kedengkian dan dapat meluluhkan hati.

SUBHANALLAH ! ♥


nota kaki- Kalau dapat amalkan, bagus! Kalau tAK, cukup sekadar bersyukur.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


8 comments

28 Jun 2012 pada 7:00 PTG

semoga kite jugak dkurniakan haty sesuci pakcik tue . i.allah . semoga allah rahmati dan redho dgn pakcik tue , i.allah .

28 Jun 2012 pada 7:00 PTG

semoga kite jugak dkurniakan haty sesuci pakcik tue . i.allah . semoga allah rahmati dan redho dgn pakcik tue , i.allah .

28 Jun 2012 pada 7:59 PTG

tersentuh membaca kisahnya..begitu bermurah hati pakcik tu....sikap yg harus dicontohi oleh diri ini

28 Jun 2012 pada 8:47 PTG

tetiba rasa sebak . dah lah kayuh penat penat time panas , puasa pulak . memang respect lah ketabahan pak cik tu . semoga hdup pak cik tuu di tambah rahmat dan rezeki yang melimpah :)

28 Jun 2012 pada 8:51 PTG

tersentuh, terharu :') amalan yang patut dicontohi dan diamalkan. Insya Allah.

28 Jun 2012 pada 8:53 PTG

Alangkah mulianya hati p.cik yg pemurah tu.. I love the quote above..

3 Julai 2012 pada 12:01 PG

alhamdulillah...vitamin hati malam ni :)terima kasih cik pipi merah

2 Jun 2014 pada 11:47 PTG

d halaman n sy suka maguti.tpi bikin tkut lh sbb bini sy prnah sprti gini sablm dia tgl kn aku.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.