Hidup Membujang Seumur Hidup Demi Ilmu..




Terharu apabila segelintir kaum hawa bertanya tentang tiadakah kisah ulama dan awliya' di kalangan wanita untuk dikongsi sebagai tauladan? Subhanallah, tingginya cinta mereka kepada ulama. :)

Jangan ingat wanita tak mampu jadi ulama dan jangan ingat tiada ulama wanita!

Al-Muhaddithah Syaikhah Karimah Al-Marwaziyyah r.a. Hidup Membujang Seumur Hidup Demi Ilmu..

As-Syaikhah Al-Alimah Al-Musnidah Ummul Kiram, Karimah binti Ahmad bin Muhammad bin Hatim Al-Marwaziyyah, seorang ahli hadith yang lahir di Marw pada tahun 363 hijrah, bersebelahan dengan Tanah Haram Makkah Al-Mukarramah.

Beliau berguru dengan Abil Haitham Al-Kusymihani kitab Sahih Bukhari dan juga berguru dengan Zahir bin Ahmad As-Sarakhsi dan Abdullah bin Yusuf bin Bamuyah Al-Asbahani.

Adalah beliau apabila meriwayatkan hadith, bertepatan dengan asalnya(lafaz asal hadis). Beliau mempunyai kefahaman dan pengetahuan yang luas serta kebaikan dan banyak beribadah.

Beliau meriwayatkan hadis kitab As-Sahih dengan sangat banyak, antaranya dengan bacaan Abu Bakar Al-Khatib Al-Baghdadi.

Antara pada ahli hadith yang berguru dengan beliau adalah:

1)Khatib Al-Baghdadi
2)Abul Ghanaim An-narsi
3)Abu Tolib Al-Husein
4)Muhammad bin Barakat As-Sa'idi
5)Ali bin Husein Al-Farra'
6)Abul Muzoffar Mansur bin As-Sam'ani dan ramai lagi..

Berkata Abu Bakar bin Mansur As-Sam'ani,"Aku mendengar anak saudara Syaikhah Karimah berkata," Karimah hidup bujang dan tidak berkahwin seumur hidup."

Beliau wafat pada tahun 463h pada umur 100 tahun.. Betapa luasnya ilmu dan jasa beliau sepanjang umurnya rahimahallah rahmatan was'ian.

[Sumber: Al-Ulama Al-Uzzab karya Syaikh ABdul Fattah Abu Ghuddah m/s 274]








Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

5 Mei 2012 9:32 PG

nk kawen smbil mnuntut ilmu,

susa ea?

bole bole gak

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.