Lelaki dan Airmata...








kamu menangis wahai lelaki??


Tahukah engkau,
Lelaki sebenarnya jauh lebih sering MENANGIS?
Namun mereka menyembunyikan tangisnya di dalam kekuatan akalnya.


Itulah mengapa Allah menyebutkan pada lelaki lebih kuat akalnya berbanding seorang wanita. Dan itulah sebabnya mengapa tiada yang kau lihat melainkan selain kedegilan mereka.


Lelaki menangis kerana tanggung jawabnya di hadapan Allah.
Dia menjadi tonggak penyangga dalam rumah tangga.
Menjadi pengawal Tuhan bagi ibu, saudara perempuan, isteri dan anak-anaknya.


Maka, tangisnya pun tidak pernah nampak di matanya.


Tangisan lelaki adalah pada keringat yang bercucuran demi menafkahi keluarganya.


Tidak dapat kau lihat tangisnya pada keluh kesah di lisannya.


Lelaki menangis dalam letih dan lelahnya menjaga keluarganya dari kelaparan.


Tidak dapat kau dengar tangisnya pada omelan-omelan di bibirnya.
dalam tegak & teguhnya dalam melindungi keluarganya dari terik matahari, deras hujan serta dinginnya angin malam.

Tidak nampak tangisnya pada peristiwa kecil dan remeh.


Lelaki menangis dalam kemarahannya, bila kehormatan diri & keluarganya digugat.
Lelaki menangis dengan sigap bangunnya di kegelapan dini hari.
Lelaki menangis dengan bercucuran peluhnya dalam menjemput rezeki.
Lelaki menangis dengan menjaga serta melindungi orang tua, anak & isteri.
Lelaki menangis dengan tenaga dan darahnya menjadi garda bagi agamanya.




Namun..
Lelaki pun sungguh-sungguh menangis dengan air matanya apabila bersendirian.. menyedari tanggungjawabnya yang besar di hadapan Allah.






Pandanglah Ayah..
Pandanglah Suami..
Pandanglah Saudara lelaki..
Sesungguhnya


syurga Allah berada di dalam keredhaan mereka..


**********


Kita dihidupkan hari ini bukan untuk menyambung maksiat kelmarin, melainkan untuk kembali mencari keampunan-Nya.


ما أحببت أن يكون معك في الآخرة فقدمه اليوم، وما كرهت أن يكون معك في الآخرة فاتركه اليوم


Dahulukanlah pada hari ini perkara yang kamu suka ia bersamamu di akhirat dan tinggalkanlah sekarang perkara yang kamu benci ia bersamamu di akhirat.




Nota Kasih- Tidak perlu menunggu diri kita se’alim ulama’ untuk sebarkan kebaikan. Mulalah dari sekarang. :)


Kbai-


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

30 April 2012 pada 7:20 PTG

manly je airmata diorang ni.. oh ayah, tabahnya dikau!

2 Mei 2012 pada 5:10 PTG

setapak lg kau mngenali kami

eh silap, mereka (:

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.