Antara Pernikahan Awal Dan Kematian Awal: Mana Lebih Awal?









Ayah, along nak kahwin !
“Belajar dahulu, biar ada duit sendiri baru boleh bagi makan anak orang”


-Mak, adik nak nikah!
“Gatal sangat ke nak kahwin awal, kerja pun tak ke mana lagi dah berangan nak ada isteri”


Saban tahun kes-kes maksiat masih lagi dipelopori dalam kalangan remaja termasuklah golongan yang terpelajar. Isu yang hangat dibahas ini sering timbul dalam kalangan mahasiswa. Tinggal serumah dengan pasangan kekasih, pelajar kahwin lari, pelajar luar negara kahwin tanpa memberitahu ibubapa.


“ Kami nak kahwin tapi mak ayah tak bagi. So, lantaklah !”



“ Wanita sekarang ini pakai terlalu seksi. Ko gay ke kalau tak rasa suka?”


" Mahar tinggi sangatlah bro, gua budak sekolah je pun"

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.
[ An- Nur : 30 ]



Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya
[ An- Nur : 31 ]


" Awak letak antivirus tak dalam laptop awak ? "


" Mestilah letak ! "


" Biar pun tak kena virus lagi ? "


" Laa, kalau dah kena virus ,teruklah jadinya. Sekarang ni banyak virus, jadi kena install antivirus yang terbaik dan kena selalu scan tau "


"Ha, begitu juga hati, kalau dah sentiasa terdedah dengan 'virus', tak salah kan kalau kita ada cara yang lebih sikit untuk scan hati kita "


*************************


Seorang Ulama Tabiin, Imam Thawus bin Kaisan Al-Yamani sangat menitikberatkan soal pernikahan. Hinggakan beliau pernah berkata,

“Ibadah seorang pemuda tidak akan sempurna sehinggalah dia menikah.”

Dalam riwayat yang lain, beliau berkata kepada Ibrahim bin Maisarah, “Hendaklah kamu segera menikah, atau akan aku katakan kepadamu perkataan Sayyidina Umar al-Khattab kepada Abu Az-Zawaid, 'Yang boleh menghalangi kamu untuk tidak menikah hanyalah kerana lemah(syahwat) dan kezaliman’".

Bagaimanapun, agama ini bukan hanya sempurna dengan pernikahan.. Pernikahan tak mampu juga meningkatkan taqwa dan agama kerana pernikahan juga boleh jadi fitnah.

Ramai yang persoalkan dan berfikir tentang 'Nikah Awal', tetapi berapa ramai yang ada berfikir tentang 'Mati Awal'?

Sufyan meriwayatkan bahawa beliau pernah mendengar Thawus bin Kaisan berkata, “Tidak ada yang mampu mengingatkan seseorang kepada agamanya melainkan tanah kuburnya (kematiannya).”


Apabila difahami bahawa perkahwinan juga merupakan wasilah untuk beribadah kepada Allah dan melazimi sunnah Nabi SAW, rupanya hal inilah yang akan menghindarkan seseorang dari maksiat. 

Tiada jaminan untuk mereka yang berkahwin boleh terlepas daripada godaan maksiat. Jika rumahtangga itu dibina hanya atas dasar elak maksiat semata-mata, jadilah perkahwinan itu sebagai tuntutan nafsu sedangkan dalam islam, perkahwinan merupakan tuntutan agama.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

29 April 2012 2:26 PTG

sekadar ingin menyempurnakan separuh agamaku

Tanpa Nama
3 Mei 2012 12:54 PTG

ku ingin berkeluarga kerana mereka tiket2 dan kupon2 bonus untukku ke syurga. Ku teringin pahala bersabar terhadap isteri, pahala membimbing keluarga, pahala mendidik anak perempuan, pahala mengembirakan hati isteri, keluarga isteri, dan kebanyakan sunnah nabiku dapat ku praktikkan...bilaku tiada, anak2ku yang soleh dan solehah dapat mendoakanku. bila diakhirat kelak, isteriku yang solehah bersama2 anak2ku yang soleh dan solehah akan menarikku bersama mereka masuk ke syurga...dengan izin Allah...bukankah ini juga cara kita mengingat mati..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.